JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Lepat Labu Bersagu Inti Kelapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lepat Labu Bersagu Inti Kelapa. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mei 2015

LEPAT LABU BERSAGO INTI KELAPA

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Tajuk entri tak mengalah kan .. ini gara-gara gabungan 2 resepi yg saya ambil dari dua blogger yg pakar masak dalam kuih tradisional, siapa lagi kalau bukan Blogger Sinar Kehidupanku ... Yatiememories tu dan juga Blogger Dari Dapur Madihah tu..

Kebetulan labu itu hari saya beli sebiji pada hari ahad tu, untuk breakfast gader-gader dengan kekawan reunion sekolah tu, dorang suruh saya buat ondeh-ondeh labu yg saya post kat group wasap tu.. saya buat separuh jer, jadi adalah separuh lagi, jadi saya bawa balik shah alam dan ambil daun pisang kat rumah mak tu..
Jadi hari isnin tu apa lah kuih yg nak buka puasa ni kata saya.. so jadilah Lepat Labu Bersago Inti Kelapa ni..

Biasalah saya ni kan.. mesti nak cari resepi yg mudah dan cepat dimasak serta dimakan.. hahahha.. Bila tengok resepi Yatiememories ni memang mudah.. bila tengok resepi Madihah ada sago pulak.. macam sedap jer.. jadi mula lah menggabung kedua resepi.. jadi lah resepi saya yg membuat tajuk kuih panjang berjela.. hahaha.. ko ni Yati , buat suka hati ko.. ye lah ko kan nak makan ikut tekak ko .. tak gitew Kak Ton a.k.a MD , tak pun kita belasah jer kan NEK MUMMY
Walaupun mereka bergabung didalam resepi tapi mereka bermufakat.. menjadikan lepat labu ni.. sedap meletop-letop.. tak caya cubalahPK  oiii :D
CH tahulah PK ni masak main campak-campak jer menjadi.. tak macam CH ni mesti nak ada sukatan kalau tak tong sampah punya rezekilah ... adoiii jangan membazir ye CH..
Aduh dah melalut jauh ni saya ni .. Jom tengok resepi gabungan saya ni :)

RESEPI LEPAT LABU BERSAGO INTI KELAPA

Bahannya :-
  • 1/4 biji labu
  • 1/4 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji isi putih kelapa parut
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar sagu - rendam sekejap samapi kembang dan toskan
  • Daun pisang yg di layurkan secukupnya dan lap bersih
Caranya :-
  1. Kupas labu, potong dadu dan kukus, bila dah empok , lecek hingga halus.
  2. Masukan tepung dan gula kacau sebati (tepung ikut pada isi labu tadi, nanti keras pulak)
  3. Kemudian gaulkan sago tadi hingga mesra.
  4. Satukan kelapa dan garam
  5. Letakan adunan labu ditengah daun pisang dalam 1 1/2 sudu dan letak kelapa di tengah , kemudian tutup semula dgn 1 sudu isi labu tadi , lipat daun pisang dgn kemas
  6. Kukus selama 15-20 minit dan sejukan baru makan ehe :)