JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 15 Mei 2015

LEPAT LABU BERSAGO INTI KELAPA

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Tajuk entri tak mengalah kan .. ini gara-gara gabungan 2 resepi yg saya ambil dari dua blogger yg pakar masak dalam kuih tradisional, siapa lagi kalau bukan Blogger Sinar Kehidupanku ... Yatiememories tu dan juga Blogger Dari Dapur Madihah tu..

Kebetulan labu itu hari saya beli sebiji pada hari ahad tu, untuk breakfast gader-gader dengan kekawan reunion sekolah tu, dorang suruh saya buat ondeh-ondeh labu yg saya post kat group wasap tu.. saya buat separuh jer, jadi adalah separuh lagi, jadi saya bawa balik shah alam dan ambil daun pisang kat rumah mak tu..
Jadi hari isnin tu apa lah kuih yg nak buka puasa ni kata saya.. so jadilah Lepat Labu Bersago Inti Kelapa ni..

Biasalah saya ni kan.. mesti nak cari resepi yg mudah dan cepat dimasak serta dimakan.. hahahha.. Bila tengok resepi Yatiememories ni memang mudah.. bila tengok resepi Madihah ada sago pulak.. macam sedap jer.. jadi mula lah menggabung kedua resepi.. jadi lah resepi saya yg membuat tajuk kuih panjang berjela.. hahaha.. ko ni Yati , buat suka hati ko.. ye lah ko kan nak makan ikut tekak ko .. tak gitew Kak Ton a.k.a MD , tak pun kita belasah jer kan NEK MUMMY
Walaupun mereka bergabung didalam resepi tapi mereka bermufakat.. menjadikan lepat labu ni.. sedap meletop-letop.. tak caya cubalahPK  oiii :D
CH tahulah PK ni masak main campak-campak jer menjadi.. tak macam CH ni mesti nak ada sukatan kalau tak tong sampah punya rezekilah ... adoiii jangan membazir ye CH..
Aduh dah melalut jauh ni saya ni .. Jom tengok resepi gabungan saya ni :)

RESEPI LEPAT LABU BERSAGO INTI KELAPA

Bahannya :-
  • 1/4 biji labu
  • 1/4 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 biji isi putih kelapa parut
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar sagu - rendam sekejap samapi kembang dan toskan
  • Daun pisang yg di layurkan secukupnya dan lap bersih
Caranya :-
  1. Kupas labu, potong dadu dan kukus, bila dah empok , lecek hingga halus.
  2. Masukan tepung dan gula kacau sebati (tepung ikut pada isi labu tadi, nanti keras pulak)
  3. Kemudian gaulkan sago tadi hingga mesra.
  4. Satukan kelapa dan garam
  5. Letakan adunan labu ditengah daun pisang dalam 1 1/2 sudu dan letak kelapa di tengah , kemudian tutup semula dgn 1 sudu isi labu tadi , lipat daun pisang dgn kemas
  6. Kukus selama 15-20 minit dan sejukan baru makan ehe :)


13 ulasan:

  1. kak YAti...lama JM x singgah sini

    bahan lain boleh d cari..tapi daun pisang tu...adus...susah nk cari d tempat JM ni....

    BalasPadam
  2. sedapnya..
    semua lepat knor mkn...nak buat jer tak reti...

    BalasPadam
  3. Mmg sungguh gabungan mantap rakan blogger dan kuih lepat labu dan sagu...hihi....
    Hari tu okje buat pengat labu tp yg makannya huh....mak sorang. Tau dah sebenarnya tp dah tekak mak teringin....

    BalasPadam
  4. sedap al tgk ni kak...nak buat, takut tak menjadi je...

    BalasPadam
  5. sedapnya kak.. sy tak pernah lagi makan ni:)

    BalasPadam
  6. nak satuu..lama dah SB tak buat lepat

    BalasPadam
  7. pernah sekali buat lepat pisang kat sini... senang aje rupanya... Tapi tak dapat sambutan... anak2 dah lupa cara nak makan lepat pisang :(

    BalasPadam
  8. nampak mudah dan tentunya sedap .Anak2 kakak suka lepat2 ni cuma suami kakak saja tak makan labu.Nak buat pun cam tak best bila dia tak makan....apapun kakak nak simpan resepi yatie ni utk buatkan anak2 nanti.

    BalasPadam
  9. Kak zai suka makan lepat labu. Nanti kalau buat nak ikut cara yatie campur dengan sagu. Terima kasih kongsi resepi.

    BalasPadam
  10. Bab-bab campak baling ni PK memang expert :)

    Nasib baiklah saya tak terliur tengok lepat labu ni. Kalau tidak, lagi sekali kena diet lepat pulak. Takda siapa kat rumah tu yang suka lepat. Tapi kalau tanya saya, lagi suka lepat pisang.

    Eh, CH pun kira rajin dan expert jugalahkan campak baling tetiba menjadi jerk resepi orang jadi resepi sendiri! Kalau saya ni, banyak 'khuatir' nya aka 'malas' :)

    BalasPadam
  11. sedapnya...benda yg berlabu ni semua sy suka....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)