JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Majlis korban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis korban. Papar semua catatan

Rabu, 14 Ogos 2019

"Ya Rabb Terimalah Qurban Kami, Tanda Cinta Kami Kepada Mu ♥️πŸ’šπŸ’–"

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️

Saya membuat qurban pada hari isnin 11 Zulhijjah 1140h , Di kuang seperti tahun- Tahun Yang laluπŸ‚πŸ˜˜ Alhamdulillah..

Antara yg berkorban pada Tahun ini..


Baik sungguh lembu ini, elok aje membaring diri sebelum disembelih, sungguh redho , semoga diangkat oleh malaikat qurban Kami ini sebagai tanda cinta kami kepada Mu Ya Allah.♥️πŸ’šπŸ’–

Ini kumpulan menyembelih, mudah aje tiada meronta lembu ni..🀩😍

Ini kumpulan melapah pulak.. meriah sungguh mereka🀩😍

Ini kumpulan utk membahagikan daging korban. Ada je kak andak dgn kak ateh ni dgn kepala lembu ni 😊

Kami kat dlm dgn kumpulan utk menyediakan juadah. Ni pagi Tu sibuk menganyam ketupat, tak sempat nak ambil gambar yg lain utk group memasak ni.😍

Ini sebahagian juadah pada kenduri tahlil pd Hari itu.
Menunya sup tulang, rendang daging, ketupat, nasi impit, kuih kuih.

Gambar tgh bacaan tahlil pun tak sempat nak ambil.

Pada Hari itu lah baru sempat jumpa cucu kak andak yg balik berhari Raya, Tahun ini 3 cucu kak andak terima, saya ni menumpang gembira bergambar dgn cucu- cucu ni😍😘

Salam Eiduladha buat semua sahabat maya saya😍😘🀩


Selasa, 5 September 2017

Ya Allah.. Terimalah KORBAN Kami..πŸ‚πŸ

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Pada hari raya aidiladha yg kedua , saya dan adik beradik mengadakan majlis korban. Selalu saya dan suami buat korban melalui online.. tahun ni saya jer yg korban.. en suami dan anak-anak masih lagi melalui online.. tahun ni hantar ke Rohigya pulak.. semoga korban kami diterima oleh Allah..

Selepas asar kami mengadakan tahlil arwah mak dan abah.. diam tak diam dah 3 tahun mereka pergi meninggalkan kami. Semoga roh mak dan abah dicucuri rahmat Ilahi serta ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan solehin. Al fatihah.

Selepas tu diadakan majlis marhaban dan tahnik untuk cucu dan anak buah yg baru lahir tahun ini.

Pada sebelah malam buat pula sambutan hari lahir ogos dan september. Untuk kak lang dan suami. Abang alang lahir 25 ogos dan kak lang lahir 27 ogos. Jadi anak2 buat sambutan sekali.
Semalam 4 september hari kelahiran puteri sulong saya Sofea Nabilah. Doa mama semoga kakak menjadi anak yg solehah, taat pada perintah Allah dan menjauhi larangan Nya. Berjaya dunia dan akhirat serta diberikan kesihatan yang baik . Aamiin.