JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label tahlil arwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahlil arwah. Papar semua catatan

Selasa, 5 September 2017

Ya Allah.. Terimalah KORBAN Kami..🐂🐐

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Pada hari raya aidiladha yg kedua , saya dan adik beradik mengadakan majlis korban. Selalu saya dan suami buat korban melalui online.. tahun ni saya jer yg korban.. en suami dan anak-anak masih lagi melalui online.. tahun ni hantar ke Rohigya pulak.. semoga korban kami diterima oleh Allah..

Selepas asar kami mengadakan tahlil arwah mak dan abah.. diam tak diam dah 3 tahun mereka pergi meninggalkan kami. Semoga roh mak dan abah dicucuri rahmat Ilahi serta ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan solehin. Al fatihah.

Selepas tu diadakan majlis marhaban dan tahnik untuk cucu dan anak buah yg baru lahir tahun ini.

Pada sebelah malam buat pula sambutan hari lahir ogos dan september. Untuk kak lang dan suami. Abang alang lahir 25 ogos dan kak lang lahir 27 ogos. Jadi anak2 buat sambutan sekali.
Semalam 4 september hari kelahiran puteri sulong saya Sofea Nabilah. Doa mama semoga kakak menjadi anak yg solehah, taat pada perintah Allah dan menjauhi larangan Nya. Berjaya dunia dan akhirat serta diberikan kesihatan yang baik . Aamiin.