JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Mandi di akuatik shah alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mandi di akuatik shah alam. Papar semua catatan

Ahad, 14 April 2013

Berendam di kolam ^___^

Cuti sekolah seminggu bulan mac tu hari saya tak bawa mereka jalan kemana-mana pun... kesian dia orang... kakak berdua tu saya hantar ke Program Daurah di Masjid Negeri Shah Alam dan Nabil saya masih hantar ke tadikanya... saya sendiri pun kesian dengan mereka... kalau nak hantar balik kampung pun kesian kat mak sebab mak pun tak berapa sihat... 

Oleh kerana hari jumaat, Daurah tiada maka saya kena ambil cuti jadi saya bawa merekka berendam di kolam Akuatik Shah Alam, dah lama mereka bertiga mengajak saya kesini... so selepas sarapan pagi saya bawa kesini... Ambil waktu pukul 9.00am hingga 11.30am... apa lagi gembira sungguh dia orang... saya biarkan mereka mandi puas...

Saya ambil gambar ni pun guna handphone jer... sibuk kak Nabilah suruh ambil gambar....

Okey ready semua possing dulu sebelum meluncur...

Tunggu Nabil nak buat peaca dulu  :D

Okey... GO....

Muka puas hati dan gembira mereka :D
Di akuatik ni ada 4 waktu operasinya, bermula pukul 9-11.30am, 12-2.15pm, 3-5.15pm dan 6-7.45pm... pilih lah waktu yang kita suka :D.

Bayarannya pula Isnin - Jumaat, kanak-kanak RM1.50 dan Dewasa RM2.00. Bagi hari Sabtu,Ahad dan cuti umum, Kanak-kanak RM2.00 dan dewasa RM2.50


Pakaian pula seelok-eloknya baju mandi untuk berenang tu lah kan... tapi MBSA beri juga kelonggaran boleh pakai t-shirt dan seluar track suit ke... cam tu... hari tu anak saya pakai t-shirt dan track suit jer...

 Saya bagi mereka berendam puas-puas sampai habis waktunya... 

 Kalau hari jumaat sessi pukul 12 tak dibuka sebab dia orang solat jumaat... so kena tunggu yg pukul 3.00pm tu buka pulak..

Tengok si bujang saya ni sebenarnya dah kecut-kecut jari jemarinya... ni nak naik atas pas tu terjun ke kolam tu... macam-macam aksi dia orang ni :D

Bila wisel dah ditiup tandanya waktu dah habis.. masing akan keluar untuk bersihkan diri dan kolam tu kosong selama 1/2jam... rehat jap...

Kalau kekawan ada masa boleh lah datang kesini... seronok jugak :D