JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label RESEPI MANGGA PULUT SANTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI MANGGA PULUT SANTAN. Papar semua catatan

Selasa, 26 Mei 2015

RESEPI MANGGA HARUMANIS PULUT SANTAN ALA THAI @ KHAO NEOW MA-MUANG

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya :)



Sebenarnya dah lama saya nak mencuba Mangga Pulut Santan Ala Thai ni kekawan.. nak cuba buat guna mangga harumanis ni pulak.. aduhai selera tak mengalah tu.. tambahan ada pulak blogger yg tunjuk dapat harumanis ni.. lagi lah teruja saya untuk mencubanya..

Ada kawan sekolah kata nak pergi Perlis1 Mei tempohari masa hari cuti pekerja.. beriye saya kirim 2 kilo.. sedih pulak dia kata tak jadi pergi sana .. :(
Mungkin belum rezeki saya nak merasa lagi mangga harumanis yg diperkatakan tu..

Entah macam mana saya teringat adik satu tempat kerja ni selalu pergi ke Perlis utk pantau projek disana, saya pun wasap adik ni pada 14 Mei, lepas tu dia reply, dia kata esok dia pergi Perlis, macam orang mengantuk disorong bantal.. apa lagi saya pun mengirim lah 2 kilo.. Pastu dia reply lah kata tak boleh banyak tu sebab ramai yg kirim lepas tu dia naik kapalterbang.. oklah balas saya.. yg penting saya nak sangat merasa harumanis ni..


Hari isnin 18 Mei tu, dengan senyum lebar nya saya menerima mangga harumanis ni... aduh aroma wangi harumanis ni menusuk ke dalam hidung saya.. Adik tu kata maaf ye kak, boleh dapat 2 biji seorang jer ye.. tak pa lah dik.. sekurang-kurang akak dapat juga rasa harumanis ni.. Mengalahkan orang mengidamkan saya ni kekawan.. adik tu kata buah ni sampai bulan Mei ni jer kak.. lepas tu habis musim.. dia mula bulan Mac tempohari.. dan mangga ni hanya sesuai ditanam di Perlis sahaja.. Ni akak dah boleh makan sebab saya dah minta mereka peram dulu.. Alahai terima kasih banyaklah menunaikan impian akak ko ni dik oiii :)


Apalagi buka puasa saya pada hari itu Mangga Pulut Santan ni lah... saya ni biasalah kan kekawan mesti cari resepi yg mudah dan cepat dimakan.. selongkar resepi di google .. jumpalah resepi Blogger MamaDarwish.. Kebetulan pula mamadarwish ni pun guna mangga harumanis ni.. Saya buat separuh jer dari resepi mamadarwish ni.. takut saya jer makan seorang.. tapi rupanya Najeeha dan Nabil suka juga.. cuma en suami jer kurang suka sikit dengan pulut ni.. dia makan macam tu jer mangga harumanis yg sangat sedap ni :)
Jom intai resepi kekawan.. boleh saja kekawan nak cuba dengan mangga lain-lain yg manis tu :)

RESEPI MANGGA HARUMANIS PULUT SANTAN
Hidangan 4-6 orang makan

Bahan yg diperlukan :

Bahan A
  • 2 cwn beras pulut
  • 2 cwn air
Bahan B
  • 1 kotak kecik santan segera
  • 2 cawan air
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/k garam
  • 4 s/b gula
  • 1 helai daun pandan
Bahan C
4 biji Mangga yg ranum

Cara Penyediaanya :-
  1. Cucu beras pulut seperti kita cuci beras nasi, masukkan air dan kukus dalam loyang sehingga masak.
  2. Dalam periuk berasingan, masak santan dengan api perlahan selama 2 minit, kemudian masukan tepung jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut. Padamkan api.
  3. Setelah masak bancuhan santan, sudukan 3 sudu besar kedalam loyang pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan. Biar sejuk.
  4. Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda. Hidangkan dengan pulut dan santan. Enak dimakan sejuk.. emm dapyaaa :)