Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberi kesihatan yang baik :)
Pada hari Sabtu kak Ateh saya membuat kenduri menyambut kedua menantunya.. saya dari hari Jumaat ke rumah Kak Ateh .. apa lagi kerja merewanglah kan.. jenuh juga mengupas bawang ni dalam kategori berguni ni.. meleleh lah air mata dibuat nya.. ehe :)
Tema pada hari itu adalah ungu.. saya tak banyak ambil gambar, gambar2 ni pun saya ambil dari whatsapp group.. tersenyum riang kedua pasang mempelai ni.. senang kerja Kak Ateh dua sekali utk satu kendurikan..
Sama padan sama cantik bak kata orang dulu-dulu bagai pinang dibelah dua :)
Sepupu-sepupunya menyakat jugak pada mulanya.. bila kerusi ni mereka duduk dan minta di bayar TOL dari pihak pengantin tu yg mereka menggelabah kerana tidak menyediakan duit hahaha :D
Makan beradap pulak.. teruja pengantin nak makan tu.. dah lapar sangat kata pengantin lelaki tu..
Bapa dan mak pengantin pun tak ketinggalan juga untuk bergambar bersama-sama kawan yg datang meraikan majlis ni.. ada kekawan sekolah mereka datang sama.. hampir berpuluh tahun tak jumpa.. bila datang kekawan tu yg sembang tak sudah ..
Sebenarnya ada photobooth kat sini tapi bila dah sibuk ni memang tak sempat lah bergambar.. si Khairul ni pun bergambar pada ptg Jumaat tu.. tengok baju basah dek peluh.. sibuk menolong sama pengantin ni..
Saya ditugaskan oleh Kak Ateh untuk menjaga Goodies ni.. kena pastikan setiap yg hadirin mendapat .. jadi kerja saya keluar masuk dalam bilik utk mengeluarkan goodies ni.. tu yg tak sempat nak bergambar bagai.. ehe :P
Ni boss dan kawan sekerja Khairil tu.. boss dia chinese .. suka betul mereka.. ramai kekawan sekerjanya yg datang..
Nak dijadikan cerita pada hari Jumaat tu.. ada pulak paip pecah ditepi jalan besar nak masuk rumah kak Ateh.. sudahnya air paip tak adalah.. memang susahlah kalau kenduri air tak ada ni.. Jadi nya petang tu en suami pergi mencari hotel bajet di Pekan Bukit Beruntung tu.. boleh lah kami mandi dan solat serta tidur disini.. Ambil yg double bed ni..
Pukul 10pagi tu barulah dihantar tangki air oleh pihak Syarikat Air Selangor (SYABAS) ni.. jadi pada hari jumaat tu kenalah angkut air dari tempat lain.. sebab nak masak-masak lauk pauk kenduri tu kan.. Kesian sungguh Kak Ateh.. ujian nak menyambut menantukan..
Bila dah akhir kenduri ni.. apalagi.. dera pulak pengantin untuk cuci periuk bagi putih berkilat :D










