JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Selasa, 7 Jun 2016

Untuk Sahabat ... WAHAI WANITA ^__^



Wahai wanita,

jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,

jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

Wahai wanita,

jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,

jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,

jika engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."

Wahai wanita,

jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,

dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,

dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

Isnin, 8 Julai 2013

Kurma yg sinonim dgn Ramadhan ;-)

Insha Allah hari Rabu ni bermula lah kita berpuasa, bila berpuasa maka sinonim lah dengan buah kurmakan kekawan... Maka semalam petang saya pun mengajak en suami pergi ke Manaz Shah Alam yg terkenal dengan menjual kurma dan barangan dari timur tengah tu...

Kami sampai pukul 6pm sebab en suami mengajak pergi lepas solat asar, senang katanya bila dah solat nak berjalan ni..



Tengok si Nabil sibuk nak menolak troly ni, dah lah troly ni lebih tinggi padanya, sudah mendongak jer ambil gambar tu :D

Tempat sini jer lengang mama tiada orang, kakak nak bergambar disinilah ... ok tak :)

Tengok Nabil tu dah mula boring, mula lah baring bawah troly tu dia... aduhai anak mama ni...

Cuba tengok kat tempat kurma ni, sesak dengan orang, saya minta en suami jer pergi pilih kurma tu, saya pilih yg kat tempat kosong jer... bijaksana betul saya ni kan hehehe...

Ini lah antara barang-barang yg sempat saya beli kurma ajwa, mariami dan lagi satu yang kotak tak tau apa namanya, kacang cerdik, kiwi, prune, air delima, spagethi ni kakak nabilah yg hendak dan buah tin...
Malam ni mula nak pek kurma tu dlm kotak tu utk sedekah kepada keluarga dan jiran tetangga... esok dah boleh mengagihkannya...

p/s Bila macam ni teringat masa kecik dulu mak beli kurma dalam guni jer siap timbang, arwah atuk kata kurma ni kat Arab buat bagi makan unta jer hehehe... geli hati saya... Rindunya nak berpuasa di kampung macam dulu2 dan siap hantar juadah pada jiran tetangga :)



I


Rabu, 15 Ogos 2012

Sudah tiba malam 27...

Terus memburu dan memburu Lailatul qadar...


Jadi iftar kami petang ni, saya akan buatkan mee hailam dan air vitagen mangga... cukup untuk mengalas perut...



Mangkuk mama :)) 

Air  Vitagen Mangga
Jom kita terus memburu Lailatul Qadar... ianya belum berakhir...

Isnin, 23 Julai 2012

Iftar Ramadhan Pertama dan kedua

Assalamualaikum semua, sudah masuk hari ke 3 kita berpuasa, pada ramadhan pertama dan kedua saya di rumah mak di Kuang, alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik untuk berbuka puasa dengan mak dan abah di kampung. Hari pertama tu konon nak balik awal tapi en suami pulak ada kerja, pukul 6 pm baru balik dan sampai rumah 6.35pm, en suami kata masak dulu dirumah kita lepas tu bawa balik rumah mak, so saya buat tomyam ayam dan puding roti marble coklat. En suami habis mandi dan bersiap dah pukul 6.45pm, terus gerak balik kampung, sampai rumah mak di kuang dah pukul  7.25pm, lagi 5 minit nak berbuka... jadi gambar semua tak sempat nak ambil sebab dah berbuka semua selamat dalam perut :D..

Hari kedua baru ada sikit gambar, itu pun tak semua nak ambil, sibuk berbuka puasa.. hari tu kami buat mee kari, ayam percik bakar, bubur jagung dan kuih koci labu... gambar ni pun diambil oleh kak Nabilah.. saya sibuk di dapur menyiapkan lagi juadah petang tu..

Bubur Jagung

Mee Kari

Ikan Terubok Bakar

Kuih Koci Labu... Nabil sibuk jer org nak ambil gambar..
bebel kak nabilah...
Gambar tengah makan tak ada... sebab semua orang tengah kusyuk makan... Alhamdulillah Kak Nabilah dan Kak jeeha, habis puasa 2 hari tu... semoga penuh sebulan seperti tahun lalu... Ameen

Jumaat, 20 Julai 2012

RAMADHAN KAREEM

Esok kita semua akan mula berpuasa, di kesempatan ini saya mengucpakan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat semua, saya juga memohon maaf kepada semua sekiranya sepanjang saya menulis ada yang menyinggung perasaan sahabat semua, begitu juga jika komen yang saya berikan mengguris perasaan sahabat semua ...


Sedikit info mengenai puasa yang perlu kita ketahui, semoga puasa yang dilaksanakan di terima oleh Allah s.w.t :-

Puasa Umum


Puasa umum atau Shaum al Umum adalah puasa yang hanya menahan diri daripada makan dan minum dan keinginan syahwat. Selain daripada itu, mereka tidak menahan diri daripadanya seperti mengumpat, bercakap bohong, melihat maksiat, mendengar nyanyian melalaikan dan sebagainya. 



Puasa Khusus


Puasa khusus atau Shaum al Khusus ni up sikit dari puasa umum.Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa; dan ditambah pula dengan menahan lidah, mata, telinga, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Misalnya, tidak mengumpat, mencela, memaki, membebel tak tentu pasal, mencarut, melihat maksiat atau perkara yang sia-sia seperti program tv atau drama yang tidak bermanfaat, melihat aurat orang, mendengar umpatan, mendengar lagu yang lagha, dan sebagainya. 

Selain daripada itu tidak tidur berlebihan di siang hari, tidak boros berbelanja, tidak melakukan maksiat dan tidak makan berlebihan.



Puasa Khususul Khusus

Puasa Khususul Khusus atau Shaum Khusus alKhusus bermaksud berpuasa dengan menyertakan semua perbuatan di atas dan disertai dengan berpuasanya hati. Iaitu berpuasa daripada cita-cita kotor dan pemikiran duniawi. Puasa ini adalah puasa tahap Anbiya', Siddiqin dan Muqarrabin.. 




Cara untuk mencapai 3 tahap puasa adalah:


1. Menundukkan pandangan dan menahan diri kita daripada melihat perkara yang dilarang oleh syariat.

2. Lebih baik diam atau berzikir dan membaca Al-Quran daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah, mengumpat dan sebagainya.

3. Menahan diri dari mendengar perkara yang dibenci oleh syarak.

4. Menahan anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang dan menahan perut daripada berbuka dengan makanan yang haram.

5. Jangan makan berlebihan ketika berbuka puasa.

6. Hendaklah timbul dalam hati rasa takut kepada Allah kerana kita tidak tahu samaada puasa kita diterima ataupun tidak.
7. Perbanyakkan ibadah sunnat seperti mengaji alquran, tadarus alquran, berzikir, memperbanyakkan bacaan agama, solat sunat isyraq, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, solat sunat taubat, tahajjud, tasbih, hajat, witir dan sebagainya...

Niat berpuasa dan doa buka puasa


Jadual berbuka puasa bagi Zon 1 Selangor


Sumber info : Google.com