JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Resepi Roti Puri Tanpa Yis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Roti Puri Tanpa Yis. Papar semua catatan

Jumaat, 23 November 2018

Resepi Roti Puri Mudah ... Emmm dapnya.. πŸ˜‹πŸ˜…

Assalamualaikum kekawan..
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua.😍

Roti Puri ni saya buat masa hari maulidul rasul tempohari.. baru sekarang berkesempatan update blog. Ingatkan bila dah bersara ni boleh lah update blog tiap hari. Rupanya lagi busy you 🀣🀣..

Ini pembantu mama.. tolong canai roti Puri.. senang kerja mama.. love u 😘😘

Jadi penyebab roti Puri pun ada lebih Kari kepala ikan dinner Malam tu.. asyik lempeng nasi je mama.. kata Nabil.. tukar lain pulak.. Tu yg Tanya en Google πŸ˜ƒ..
Keluarlah resepi Roti Puri Tanpa Yis.. I liked.. Couse kat rumah tak ada yis πŸ˜‚.
Pastu tengok minyak marzola dah expiredπŸ™„. Aduhai nmpk sgt mama ni dah lama tak masak Kan.. Nabil pun mengambil.. ganti minyak zaitun jer mama😎 yes.. good idea Nabil 😘

Okey jom Kita tengok resipi mudah ni.

RESEPI ROTI PURI TANPA YIS

Bahannya:-
500gram tepung gandum
2 sudu besar minyak masak (saya letak minyak zaitun)
270ml air suam
1 sudu besar garam halus

Cara-caranya :-
1. Gaul garam dan tepung gandum, kemudian letak minyak dan uli perlahan2 dgn mencurahkan air suam sedikit demi sedikit sehingga doh licin dan tidak melekat pada tangan. Uli Dalam 5 minit macam tu.

2. Bulat-bulatkan doh dgn kemas , kemudian canai nipis.

3. Goreng dgn api yang sederhana menggua minyak yg banyak. Yakni tenggelam doh Tu.

4. Simbah minyak ke atas roti sebelum diterbalikan.

5. Buat sehingga doh yg dicanai habis.

6. Boleh dihidang bersama kari atau sambal tumis.

Selamat mencuba 😎😘😌