JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Resepi kelonsong gandum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi kelonsong gandum. Papar semua catatan

Isnin, 29 Ogos 2016

KELONGSONG GANDUM SERAWA DURIAN... emmmm dapnya.. 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Gara-gara tergoda dengan entri Hainomokje tu lah saya pun membuat kelongsong gandum untuk diregukan dgn serawa durian ni.. hari khamis tu hari en. Suami gi kerja ke Ipoh.. singgah lagi kat Tapah beli durian lagi.. dah tahu semua dlm rumah ni penggemar raja buah ni.. di beli lagi satu karung.. tapi saya makan agak-agak juga.. takut weyyyy.. ke hospital nanti hahaha :D 😆😄

Ehhh.. jom balik ke pangkal jalan.. kisah si kelonsong gandum ni... sebenarnya lempeng je kekawan.. tapi bila dah digulung tukar namanya hahaha.. begitulah menurut cerita si hainom okje ..😆
Resepi saya mudah aje.. lebih kurang lempeng pekak kata kak rose blogger My Kuali tu..
Jom intai resepi..

RESEPI KELONGSONG GANDUM
Bahannya :-
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air suam (ikut agak ya cair tepung tu)
- 1/2 sudu kecil garam halus.

Caranya:-
1. Masukkan tepung kedalam bekas mangkuk. Kemudian masukkan garam halus. Selapas tu tuang air suam sedikit2 kedalam tepung. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul2.
2. Kemudian sapu kan sedikit minyak kedalam pan non stick tu.
3. Lepas tu ambil sesenduk adunan tepung tadi. Tuang ditengah2 pan tu.. kemudian nipiskan menjadi bulat.
4. Apabila dibawahnya telah masak, terbalikan perlahan. Apabila kedua belah telah masak. Angkat.
5. Kemudian gulung dan letakan didalam pinggan.
6. Buat sehingga adunan habis.
7. Siap dihidang bersama sambal tumis bilis, sambal tumis sardin atau serawa durian.

Saya buat serawa durian tu dulu.. jadi bila masak je satu kelongsong gandum.. Nabil dah ambil.. tak sabar nak mencicah dgn serawa durian tu.. pastu dia tanya kenapa gulung pulak mama.. bukan ke mama kata nak buat lempeng 😆😆😄😄..  :)
ini nama baru pulak bila dah buat gulung nama nya kelongsong gandum.. :D.
Untuk resepi serawa durian tu.. kekawan boleh intai disini.. Resepi Serawa Durian