JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Serawa Durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Serawa Durian. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mac 2017

Cara Tanak Pulut Guna Rice Cooker😊😘 :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Masak pulut dan serawa durian ni adalah hari ahad yang lalu.. gara-gara terliur tengok serawa durian Hainom :) 
Jadi merajinkan diri lah membuatnya.. bukan dah musim durian kat tempat saya ni kekawan.. lain Hainom balik kampung Muo dah musim derian gitew :D
Ini durian yang saya frozeen kan.. bak kata Lieya Latif.. masa musim durian ni kita frozeen.. bila teringin boleh makan hihihi..

Saya tanak pulut ni guna rice cooker kekawan.. malas benor nak mengeluarkan pengukus tu.. lagi pun nak masak sikit ajer.. guna rice cooker ni lagi mudah.. 
Meh lah tengok resepi saya yang mudah ini :)

TANAK PULUT GUNA RICE COOKER

Bahannya :-
- 3 cawan beras pulut
- 3 cawan air
- sedikit garam
- daun pandan

Caranya :-
1. Cuci beras pulut sehingga bersih kemudian toskan.
2. Lepas tu alihkan kedalam rice cooker, masukan air dan garam serta daun pandan.
3. Dalam tempoh 10 minit , kacau pulut tersebut agar masak sekata, jangan kacau beriye nanti hancur pulak, (macam hainom dia tak kacau, petik ajer cook dan biar masak sendiri.. insyaAlla masak sekata katanya :)
4. Kemudian bila button telah naik kepada warm, kacau sekali lagi, kemudian biarkan ia lembut dan masak sepenuhnya.
5. Siap dihidangkan bersama serawa durian ke, sambal tumis ikan bilis ke, ikan masin ke atau inti kelapa :)

Jadi petang tu memang meriah lah anak beranak memakan pulut dengan serawa durian ni.. emmmm dapnyaaa.. sehingga menjilat pinggan hahhaha.. tu Nabil lah :D
Nak resepi serawa durian di sini Serawa durian sedap dan mudah


Isnin, 29 Ogos 2016

KELONGSONG GANDUM SERAWA DURIAN... emmmm dapnya.. πŸ˜†πŸ˜Š ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Gara-gara tergoda dengan entri Hainomokje tu lah saya pun membuat kelongsong gandum untuk diregukan dgn serawa durian ni.. hari khamis tu hari en. Suami gi kerja ke Ipoh.. singgah lagi kat Tapah beli durian lagi.. dah tahu semua dlm rumah ni penggemar raja buah ni.. di beli lagi satu karung.. tapi saya makan agak-agak juga.. takut weyyyy.. ke hospital nanti hahaha :D πŸ˜†πŸ˜„

Ehhh.. jom balik ke pangkal jalan.. kisah si kelonsong gandum ni... sebenarnya lempeng je kekawan.. tapi bila dah digulung tukar namanya hahaha.. begitulah menurut cerita si hainom okje ..πŸ˜†
Resepi saya mudah aje.. lebih kurang lempeng pekak kata kak rose blogger My Kuali tu..
Jom intai resepi..

RESEPI KELONGSONG GANDUM
Bahannya :-
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air suam (ikut agak ya cair tepung tu)
- 1/2 sudu kecil garam halus.

Caranya:-
1. Masukkan tepung kedalam bekas mangkuk. Kemudian masukkan garam halus. Selapas tu tuang air suam sedikit2 kedalam tepung. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul2.
2. Kemudian sapu kan sedikit minyak kedalam pan non stick tu.
3. Lepas tu ambil sesenduk adunan tepung tadi. Tuang ditengah2 pan tu.. kemudian nipiskan menjadi bulat.
4. Apabila dibawahnya telah masak, terbalikan perlahan. Apabila kedua belah telah masak. Angkat.
5. Kemudian gulung dan letakan didalam pinggan.
6. Buat sehingga adunan habis.
7. Siap dihidang bersama sambal tumis bilis, sambal tumis sardin atau serawa durian.

Saya buat serawa durian tu dulu.. jadi bila masak je satu kelongsong gandum.. Nabil dah ambil.. tak sabar nak mencicah dgn serawa durian tu.. pastu dia tanya kenapa gulung pulak mama.. bukan ke mama kata nak buat lempeng πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜„πŸ˜„..  :)
ini nama baru pulak bila dah buat gulung nama nya kelongsong gandum.. :D.
Untuk resepi serawa durian tu.. kekawan boleh intai disini.. Resepi Serawa Durian

Selasa, 2 Februari 2016

SERAWA DURIAN Sahabat Dia ROTI JALA ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat serawa durian ni dah lama kot.. hehehe tengok tu sampai tak ingat.. dah elok jer duduk entri ni dalam draf tu yg sampai tak ingat tapi nak juga up entri ~__^
Durian ni pun beli sebab Nabil nak sangat makan durian.. tengok ada pulak orang menjualnya, pastu disetengah-setengah tempat dah ada musim durian kan..
En suami pun suka serawa durian ni, kekadang dia hirup jer kuah dia macam tu jer.. en suami kata dia kenal serawa durian bila kahwin dengan saya hehehe..
Dulu arwah mak dia buat lempuk jer.. dia tak berapa suka sangat tapi dia suka dodol durian yg arwah mak dia buat..
Kekawan nak resepi boleh ambil disini SERAWA DURIAN

Selepas tu sahabat serawa durian ni kita gandingkan dengan roti jala.. lagi sedap laju je menyuap  ke mulut roti jala ni .. tengok2 dah 5 keping masuk ke mulut... :)


Kali ini di jala sepenuhnya oleh Cef Nabilah.. jadi macam2 versi lah yg dibuatnya, ada yg bulat ada yg empat segi.. saya tengok kan aje.. pembantunya si Najeeha dan Nabil.. kecoh kat dapur tu bila Nabil pun join sama :D
Sesekali mereka suka kan buat lain dari yang lain jadi mereka akan explore lah sepenuhnya..
Nak resepi boleh ambil di sini ROTI JALA saya suka resepi ni sebab dia lembut sampai kepetang.. kalau simpan dalam peti ais, esoknya panaskan kat microwave masih lagi lembut..

Rabu, 12 Ogos 2015

MENGIMBAU KEMBALI JALAN-JALAN HARI RAYA MASA SEKOLAH DULU-DULU ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik...

Pada hari Sabtu 1 dan 8 Ogos kami Whatsapp Group SMBG 82-86 mengimbau kembali jalan raya masa sekolah dulu-dulu dari rumah kawan ke rumah kawan yg lain. Tapi ni versi mak-mak pulak..

Mula jalan raya kami adalah dirumah Norshidah di Sg Plong, yg pakai baju hijau tu.. siap tanya lagi , korang nak makan apa tengahari tu.. sebab rumah dia mula 12.30tghri, apa lagi macam2 permintaan kekawan, saya minta dia masakan tempoyak udang dgn petai.. perghhh memang terangkat pedasnya hehehe.. Si Midun minta ikan kerisi taucu.. Normilah pulak Ikan masin pekasam.. rajin sungguh shidah memenuhi selera kami ni.. hubby dia pun sporting sungguh.. Normilah nak balik Perth esok malam.. tu yg nak sangat berjumpa dengan dia.. Normilah yg pakai baju coklat tu :)

Pukul 2.00pm kami gerak pulak kerumah Siti Hawa di Sg Serai, Siti hawa yang baju warna hitam, Rumah hawa di hidangkan dengan laksa Penang , Roti Jala Serawa Durian dan Puding Kastard berkuah.. saya bawa anak-anak sekali, laksa tu memang kesukaan mereka, bertambah mereka makan, Hawa siap bekal kan tempoyak untuk kami satu bekas plastik seorang.. kata Milah selamat sampai ke Perth tempoyak Hawa.. Alhamdulillah lepas pulak pemeriksaan kastam tu..

Dengan Hawa ni lagi lama tak jumpa.. hampir 28tahun tu.. jadi memang sembang lama dengan Hawa, hiruk pikuk di rumah Hawa, Hawa punya gembira melayan kami makan.. tengok gambar tu pun dah tahukan.. Hawa kata rumah dia banyak rambutan.. pergi lah ambil Midun.. hahaha.. Midun dah boroi mana nak panjat pokok lagi.. tu lah dia kata tak sempat nak goreng cempedak utk korang.. keliling rumah Hawa ni penuh dengan buah-buahan tempatan..

Pukul 3.30pm kami gerak pulak rumah Rahmah, pun di Sg Serai, Rahmah yg pakai baju merah berjalur, di rumah Rahmah lagi ramai kekawan.. lagi riuh rendah rumah rahmah.. hidangan pun sedap Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar, Kupang masak tumis, laksa juga.
Anak2 saya teruja nak makan kupang tu.. sedapnya kata mereka..

Lepas dari rumah Rahmah pukul 4.30pm gerak rumah Mashitah, rumah Ita ni depan rumah Rahmah jer, so jalan kaki jerlah kesana.. di rumah mashitah ni pulak lupa nak ambil gambar.. Mashitah menyediakan lempeng pisang yg sangat sedap..  Lepas tu saya bergegas balik rumah sebab lepas tu rumah saya pukul 5.30pm.. dirumah saya pun lupa nak bergambar, selepas tu saya tak mengikut rombongan itu lagi.. lepas tu mereka pergi ke Paya Jaras pulak.. rumah saya pada malam tu ada buat bacaan tahlil untuk aruah abah dan doa selamat untuk mak, adik saya panggil orang masjid selepas isyak, alhamdulillah ramai orang masjid yg hadir.

Pada 8 ogos sambung lagi jalan raya, mula rumah Noorwahidah, yang pakai  tudung kelabu bunga merah tu tuan rumahnya, rumahnya di Kg Damai , Lorong Ros, sebelah lorong dengan rumah mak saya, ehe :), wahidah jemputan dari pukul 2pm-7pm, saya sampai rumah wahidah pukul 2.30pm ptg, macam2 juadah yg dihidangkan oleh wahidah, naik senak perut anak beranak makan.. 

Konon pukul 3.30 nak bergerak ke rumah Shamsul Azehar pulak tapi Kak Ilah dtg lambat pulak jadi terpaksa saya batal utk kerumah shamsul.. kekawan lain ajer yg pergi.. Malamnya di rumah Roslee pulak.. tapi saya tak pergi sebab saya ada program perjumpaan ibubapa di sekolah Nabil..


Puas berposing didalam rumah wahidah, kami berposing pulak kat tangga rumah si wahidah ni.. boleh pulak si Midon tu tumpang duduk makan ditangga tu hehehe.. 10 tahun lagi jadi nostalgia pulak gambar duduk ditangga ni.. lupa lah pulak berposing di tepi tingkap rumah wahidah, Wahidah ni tinggal di rumah pusaka ayah dan mak nya.. wahidah anak bongsu dan jaga mak nya yg sudah berumur 87tahun.. sebaya dengan aruah abah saya.. tapi mak wa ni sihat lagi cuma sakit-sakit orang tua aje..

#rasa seronok sesangat mengimbau jalan raya masa sekolah dulu-dulu versi mak-mak ni :D

Jumaat, 15 Jun 2012

SERAWA DURIAN...

Sekarang ni durian tengah gugur dengan jayanya... maka dimana-mana pasar pagi or malam ada durian ni. Nabil memang suka durian.. masa pergi pasar malam SS6 sibuk dia suruh beli.. saya kata sini tak boleh beli sebab dia kira berat, 1kg RM5-RM8.. tak lah saya nak membeli. saya kata tunggu esok pasar malam SS7 murah sikit sebab dia kiri biji, 4 biji RM10, 3 biji RM10 juga sebab dia ikut saiz.

Jadi hari Rabu saya tunaikan hajat di hati Nabil.. suka bukan main lagi. Kak Jeeha pula suka serawa durian cecah dengan roti. Petang juga dia suruh saya buat, saya tunaikan juga permintaan kak Jeeha ni... Kak Nabilah pula dua-dua dia bedal.. memang hantu durian tapi tak de dusun durian :( harap membeli jer lah nampak nya. Rumah uwan di Kuang adalah sepokok dua tapi selalu berebut dengan monyet.. bila berbunga habis di luruhnya oleh monyet tu.. memang tak merasa apa jenis buah di rumah mak sebab banyak monyet.




Pagi tadi sebelum pergi sekolah, sarapan pagi kak Jeeha pun ini juga serawa durian, banyak juga dia makan. Saya ni dah pening-pening lalat sebab dalam rumah dah berbau durian jer.. belum lagi yang dalam peti ais, bila buka peti ais berbau jer durian.






RESEPI SERAWA DURIAN

Bahan-bahannya : (untuk 5 0rang makan saya buat sikit jer)


  •  5 ulas Durian
  • 250 grm santan kelapa
  • 3 cawan air
  • Gula putih secukup rasa manis yang dikehendaki ye..(kalau nak letak gula merah boleh juga)
  • sehelai daun pandan
  • Secubit garam

Caranya :

  1. Masukan durian, santan, air dan gula kedalam periuk.
  2. Masakan sehingga menggelegak
  3. Kemudian masukkan daun pandan 
  4. Rasa kemanisannya, ikutlah rasa yang dikehendaki, lepas tu letak secubit garam.. ini utk rasa lemak.
  5. Sendukan kedalam mangkuk, sedia utk dimakan


Disebalik cerita durian ni....mari tengok...

4 biji RM10.. dah suruh budak tu bukakan sikit nanti kat
rumah senang nak buka, yang ni saya buat serawa

3 biji RM10, yang ni kita orang makan camtu jer 

Isi warna kuning yang sangat yummy ^__^

Kak Nabilah yang cuba buka durian.. haha kalau gitu caranya sampai ke sudah tak
boleh buka kak oiii

Ni lah budak hantu durian, saya sekat juga makannya, takut panas malam nanti, 
tu pun pagi bangun tidur dah berlengging jer dengan seluar..