JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Sayur campur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur campur. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2016

Menu Iftar Lagi :: KARI IKAN SENANGIN 😊😆 ~____^

Salam petang yg ceria kekawan :)

"Dah lama tak makan kari" kata en suami..
Ye lah saya pun baru perasan dah lama saya tak masak kari..
Pastu Najeeha kata " Kari ikan lah mama, dah lama pula tak makan ikan"
Ye juga tu .. jadi saya memenuhi lah selera dua beranak ni untuk iftar.. yg ada dalam petiais tu ikan senangin.. boleh jer layan kan .. sedap isi nya lembut..

Najeeha ni bila masak kari suka layan dengan keropok.. jadi saya suruh dia goreng keropok.. sebenarnya semua orang suka keropok kih kih kih.. siap goreng banyak2 dan simpan dalam tupperware tu..
Bila nak sahur boleh makan sama jugak..
Resepi saya sama jer kekawan. Jom tengok saya letak sekali lagi.. jom lah kita mengari petang ni :)

RESEPI KARI IKAN SENANGIN
Bahan-bahan:
  • 4 ekor ikan senangin dikerat dua
  • 3 ulas Bawang merah kecil
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 7  bendi di kerat dua
  • 2 buah tomato
  • Semangkuk air asam ( cukup rasa masam yang sesuai)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 buah Pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 cm kulit kayu manis
  • Sebatang serai (diketuk)
  • Setangkai daun kari
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-cara :-

1. Basuh ikan hingga bersih. (saya suka basuh dengan limau nipis supaya hilang hanyir ikan)
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (saya suka tumbuk dengan lesung batu)
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar dan rempah tiga sekawan sehingga wangi,
4. Masukan kari tumis hingga wangi juga.
5. Masukan bendi dan ikan , gaulkan rata, lepas itu masuk air asam.Tunggu mendidih
6. Selepas itu masukan tomato,santan, serai, daun kari dan sedikit garam secukp rasa.
7. Tunggu sehingga mendidih . Angkat .Siap dimakan bersama nasi.



Hari tu saya masak sambal tumis ikan bilis petai.. petai tu saya borong masa pergi cameron highland tu hari.. kupas simpan dalam petiais tahan lama.. petai dari sana sedap .. petai hutan kan..
nak resepi boleh terjah kat sini Sambal petai sedap

Dah lama juga saya tak buat sayur campur ni .. jadi saya buat sekuali juga .. nak lepas geram.. meratah sayur jer masa berbuka tu..

Boleh jadi idea utk memasak kekawan petang ni..
Saya masak weekend jer  :)