Hari ahad tu hari balik rumah mak di kuang, berbuka puasa disana, masuk ni dah dua kali kami berbuka dirumah mak, petang tu Nabil pergi bazar ramadan bersama en suami, penyudahnya en suami kena pau dengan Nabil beli bunga api ni, lepas solat maghrib dia orang berlima pun mulakan aktiviti menjerebukan rumah atuk yg sedia ada jerebu sikit-sikit tu ehe :D
Aktiviti bermula, baru nak warm up tu... tengok sorang-sorang dulu bakar bunga api tu..
Nabil dan Dany punya turn, kak Nabilah dah menyala bunga api tu... jeeha masih lagi jauh-jauh.. penakut sikit ni :)
Kak nabilah ni melayan sepupunya kecik dia qhalisya yg nak main tapi takut hehe
Dah bermula berlari-lari satu laman rumah tu dgn kak jeeha
Gembira sungguh dua sepupu ni...
" Abah kasi abis bunga api ni baru balik" pinta Nabil, abahnya melayan jer kerenah mereka semua...
Tengok tinggal plastik kosong jer... dah habis sekotak bunga api ni... ini saat indah semasa kecik2 main bunga api kan... zaman saya dah berlalu kini melayan kehendak mereka pulak...
Kekawan semua bagi ke anak-anak main bunga api :D