Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik..
Setelah hampir 18 tahun tak berjumpa.. baru sabtu lepas saya bertemu muka dengan kawan sekolah saya ini.. itu pun tak dapat saya nak berborak lama kerana perlu balik semula ke shah alam dengan segera..
Mula-mula menjejak kasih di FB.. Fazilah mula add friends dengan saya.. teruja saya menengok FB.. secepat saya approve kan.. pastu mesejlah.. minta pula no wasap.. dah berwasap pula..
Masa tu open house di rumah kawan sekolah saya wahidah ni yg berbaju biru.. lama saya menunggu dari pukul 2.30pm hingga ke pukul 4.30pm, ingatkan memang tak dapat nak jumpa sebab saya dah gerak balik.. tiba saya disimpang besar untuk kejalan besar, dapat telefon dari dia.. "Ti, aku sesat ni.. kat mana rumah wahidah" "laaa.. ko kat mana sekarang, aku dah balik pun tapi tak aku kat simpang ni.." "Aku kat depan hardware ni" "Ok , ko tunggu aku kat situ, aku patah balik"
Gigih saya patah balik untuk berjumpa kawan lama saya ni.. dari sekolah rendah ke sekolah menengah sama.. mahu tak rindu.. bila masing2 dah berkeluarga tu yg terpisah sekian lama..
Bila dah berjumpa tu terus berposing ambil gambar, tak naik lagi rumah wa, tu yg gambar posing depan kereta dia ajer..
Senyum jer hubby dia tengok perangai kami.. yg berpeluk-pelukan.. :)
![]() |
| Ni lah pemberiaannya.. Kacang Botol, Bunga Kantan dan Dodol.. Dodol yg dia buat tu amat sedap sekali.. |
"Ti, aku ada bawa sesuatu untuk ko, ni semua aku tanam dan dan buat sendiri, kesian pulak aku baca wasap ko kat group ladies SMBG tu.. payah nak dapat bunga kantan.. yg dah layu pun harga RM4.50 sebatang huhuhu.. tapi tulah tak banyak benar bunga kantan ni"
Keesokan harinya, wasap dia ucapkan terima kasih, dan maaf saya tak ada apa pun untuk dia.. dia kata sebenarnya nak pergi ziarah mak saya.. tapi tulah terperangkap dalam jem.. rata2 jalan pada hari tu memang jem, orang pergi open house dan juga kenduri kahwin.. tak sangka pula dia berhajat utk sedekah duit pada mak, jadi dia kirimkan duit tu pada wahidah.. aduh bertambah sebak saya..
Kalau kawan rapat memang macam tulah kan.. banyak suka duka dikongsikan bersamanya dulu.. tu yg rindu sangat..
Hari ahad tu saya masak kacang botol yg diberikan goreng berlada dengan ikan bilis.. kegemaran anak2 saya juga.. Kakak Nabilah kata"Mama ni yg mak cik tu bagi mama ye, sedaplah kacang botol dia lembut"
Yelah hasil tanaman sendiri.. fresh dari ladang kan..
Semalam saya buat pulak kerabu kacang botol dengan ikan pekasam.. en suami semalam last berpuasa.. buka puasa dengan ni bertambah-tambahlah tambah nasi nya :)
Nak respinya disini kerabu-kacang-botol-ikan-pekasam.
Bunga kantan yg diberi saya buat pula asam pedas.. lagi lah en suami tersenyum lebar.. membangkit selera nya berbuka puasa..
Terima kasih teramat banyak buat sahabat saya yg dikasihi ni..
"That's What Friends Are For ?" kan :)





