JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label kebakaran kecil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebakaran kecil. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

Mama... Mama... API.. API.. Meletop...

Assalamualaikum kekawan..

Ini kisah malam tadi yg membuat saya empat beranak ketakutan yg amat sangat.. selepas habis mengulangkaji dan buat homework sekolah dalam pukul 10pm, kami pun nak masuk tido.. Sebelum masuk tido tu kakak nabilah "tanya boleh tak pasang aircond..?saya kata "okeylah bila dah sejuk nanti tutup lah.. " saya pun masuk bilik air nak berus gigi.. tiba-tiba terdengar budak berdua tu menjerit

"Mama ... mama.. api .. api.. meletop"
Saya pun berkejaran masuk kebilik mereka.. saya lihat api dah menyala menyambar khemah mainan mereka.. cepat cepat saya buang dan padam kan api.. di mulut saya hanya menyebut Ya Allah.. Ya Allah.. saya takut api merebak.. Alhamdulillah api di khemah tu dah padam..


Lepas tu saya tengok plug tu pun tak ada mengeluarkan api.. dengan beraninya ,cepat-cepat saya tutup suiznya.. selepas tu saya terduduk dihujung katil sambil melafazkan..

Alhamdulillah.. wa syukurillah.. Sesungguhnya Engkau lah tempat kami memohon perlindungan.. tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolongan Mu ya Allah.. maka terselamatlah kami dari bahaya itu..

 Anak-anak dah ketakutan, saya mententeramkan mereka sebaik mungkin.. kakak nabilah kata "tak mahulah tido kat bilik kami mama.. takut" saya kata "tak ada apa .. inshaAllah.. tido jer pasang lampu dan jgn tutup pintu bilik"

Khemah mainan ni kan plastik cepat saja ianya terbakarkan.. dua hari lepas memang ada terbau benda hangit .. tu yg tak pasang aircond mereka .. jadi malam tadi dorang cuba nak pasang..

Dalam pukul 11.30pm en suami balik dari kerja, cerita dengan en suami.. en suami pun masuk dlm bilik mereka tengok plug tu dan cabutkan.. suami kata overload elektrik ni.. malam tu dibilik kami pun tak pasang aircond sebab masih trauma..

Saya bersyukur yg amat sangat kerana kejadian kebakaran ini berlaku saya dan anak-anak belum nyenyak tido.. kalau tidak .. tak tahu nasib saya dan anak-anak malam tu.. penyudahnya malam tu tido saya tak lena.. sekarang di tempat kerja dan ternguap-nguap jer.. Sujud syukur saya kepada Allah kerana telah memelihara kami anak beranak..