JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label kompang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kompang. Papar semua catatan

Selasa, 1 September 2015

BIG DAYS .. NURIN & NISHAM ~ 30 OGOS 2015

Pada hari minggu lepas kakak Alang saya menyambut menantu sulong, Anak kak lang yg sulong Nurin.. setelah bertunang hampir 2 tahun.. DISINI (sedih pulak tengok entri tu sebab masa tu arwah abah ada dan mak pun sihat lagi), sepatutnya dilangsungkan pada cuti sekolah bulan lima tu hari.. tetapi masa tu mak baru sebulan kena stroke.. jadi terpaksa di tangguhkan ke bulan lapan.

Pada hari khamis tu kak Alang dah bawa mak ke rumahnya.. jadi saya mula cuti hari khamis lagi utk jaga mak.. dan membantu menolong membuat gubahan hantaran utk anaknya.. 
Alhamdulillah majlis berjalan lancar .. iya lah kenduri sulong , ramai sungguh tetamu yg hadir.. abang ipar saya ni keluarganya ramai di Singapura.. pada hari Jumaat mereka telah turun ke sini..


Pagi tu pada pukul 10.30am telah diadakan majlis akad nikah.. pengantin dinikahkan sendiri oleh ayah nya.. dengan sekali lafaz.. sah lah Nurin menjadi isteri kepada Nisham.. tapi yg kelakarnya... abang ipar saya ni yg gemuruh lebih.. dia yg berpeluh-peluh masa nak menikahkan tu..

Hadiah rantai utk akad nikah ni.. (tak nampak pulak kalong tu )


Pukul 2.00 pm pulak waktu bersanding.. buat hari yg sama senangkan.. dah lah pengantin lelaki ni dari Perak.. 

Bab ni yg Nabil suka.. silat pengantin.. lepas tu ada lak pulak berlawan-lawan tu.. memang teruja lah anak2 lelaki ni kan..

Kompang ni lah yg memeriahkan pengantin dan tanda kedatangan pengantin kan kekawan.. yang bestnya bila nyanyian mereka tu ada unsur usik-mengusik utk pasangan pengantin yg duduk bersanding tu :D


Berselfie dengan pengantin ni dah jadi acara wajib ye kekawan.. ni pun saya ambil dgn kemera handphone cap ayam saya ni.. kebanyakan gambar di ambil oleh kak Nabilah.. saya banyak dalam bilik menjaga emak.. tambahan ramai juga yg menziarah mak bila datang ke majlis ni.. rumah kakak saya ni di Kg Melayu Sri Kundang, berhampiran Tasik Biru Kuang tu.. jadi ramai jemputan kak lang tu , anak2 nya adalah kawan2 mak juga.. Ada yg baru tahu mak sakit.. menangis kesedihan mereka .. 

"Semoga perkahwinan Nurin berkekalan hingga ke syurga
Barakallahu Lakuma Fii Khair"