"Nabil sungguh '
bergembira' jika boleh naik lorikan", kata Nabil kepada saya... tersenyum saya bila disebut perkataan bergembira tu... nampak suka sangat lah tu. Entah macamana malam tu en suami bawa balik lori .. tapi semua orang tak tahu kerana dah lena tidur. Pagi tu en suami bagi tahu yang bos dia minta tolong bawa lori itu untuk inspection PUSPAKOM kerana derebar bercuti ... kebetulan tempat tu dekat ajer dengan rumah so en suami pun bersedialah untuk membantu...
Bila mendengar ada lori... sungguh teruja lah si Nabil ni, maka minta bawa jalan-jalan sekejap, abah dia kata tunggu abah balik dari inspection lori baru boleh bawa jalan-jalan..
 |
| Pusing-pusing di taman perumahan sahaja... |
 |
| "Dah sudah ke abah"? tanya Nabil.. macam tak puas je jejalan :) |
 |
| Dah turun, abah nak hantar balik ofis... |
 |
| Muka "bergembira" :D |
 |
| Best sangat :)) |
 |
| Seronok :D |
Lepas tu dia boleh cakap "Nabil nak naik bas pulak lepas ni"... aduhai, mana pulak abah dia nak pinjam bas ni.. hahaha