JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label ubat cacing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ubat cacing. Papar semua catatan

Rabu, 2 Julai 2014

:: Kisah NABIL dengan CACING Kerawit ehe :)

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah hari keempat kita berpuasa.. semoga kita diberi kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah yg lain ye kekawan..

Ini cerita sebelum puasa itu hari, kan ustaz mereka suruh makan ubat cacing, maka hari khamis tu masa bawa kak nabilah keklinik, saya pun beli lah sekali ubat cacing.. ye lah si Nabil dah sibuk tanya, bila nak beli , bila nak beli.. bergembira lah dia bila dapat ubat tu..

Lepas solat isyak budak berdua tu Najeeha dengan Nabil tu pun makanlah ubat tu..
"Makan habiskan semua kata doktor tu kan Mama" tanya Nabil..
"ye, dalam tu ada 10ml jer" jawab saya..
Kisah keesokan harinya.. Nabil hendak buang air besar..
 "Aduh sakit perutlah " katanya
Tiba-tiba terdengar orang menjerit dari bilik air...
"mama, cacing tu dah keluar.. dia dah mati.. ada banyak..." jerit dia dari dalam bilik air..
"cam mana ni.. macam mana ni" jerit dia..
"tak apa cacing tu dah mati, plas ajer tandas tu" jawab saya .. kakak dua orang tu dah tergelak-gelak sakit perut ketawakan dia..

Keluar dari tandas muka Nabil cuak jer..
"Mama nanti dia keluar lagi ke, bila Nabil buang air besar" soalnya
"Dah habis keluar tu dia dah mati" balas saya..
"Jadi selama ni, cacing ni yg selalu makan, bila nabil makan chiken goreng tu ye, patutlah Nabil kurus " ujarnya .. tersenyum saya mendengarnya..

Saya tanya pada Jeeha.. "Jeeha macam mana buang air besar, ada cacing keluar" 
Perlahan jer dia menjawab " ada mama tiga ekor.. besar pulak"
"Hahaha sempat pulak ko mengira jeeha" tawa kak Nabilah
"ko Nabil tak kira ke cacing ko tadi" tanya nabilah pada nabil..
"tak, takut.. terus plas air " jawab nabil
"ko pun patut kena makan ni Nabilah sebab kurus juga" balas saya.
"Darjah satu itu hari kan kakak dah makan, tak ada pun cacing" ujarnya..

Bila begini teringat pulak saya masa kecik-kecik dulu-dulu.. lagi bila bermain kejar2 ke.. apa ker mana pakai selipar.. dah tentu banyak cacing.. bila Pusat kesihatan datang sekolah kan mereka bagi makan ubat cacing.. dulu-dulu Misi tu ceritalah tentang cacing ni.. macam2 jenis kan.. cacing kerawit, cacing gelang..  ehe :)

Kekawan dah bagi ke anak2 makan ubat cacing :)