JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 6 Disember 2013

JOM KITA DOA UNTUK SAHABAT KITA YG DILANDA BANJIR

Assalamualaikum kekawan dan salam Jumaat :)

Sekarang ni tengah musim tengkujuh melanda, kebanyakan negeri di pantai timur dan selatan tengah dilanda banjir , entri dari mama NzA yg kerisauan sedikit-ujian-buat-kamimohon-doa. anak NzA belajar di Kuantan Pahang, anaknya memaklumkan hanya makan roti dan air mineral jer.. aduh kesian saya membacanya... marilah kekawan kita mendoakan negeri yg dilanda banjir pulih semula. Amiin...








KUANTAN

KELANTAN

TERKINI DI PAHANG

MELAKA DAN JOHOR




Khamis, 5 Disember 2013

GULAI IKAN PARANG @ MASAK LEMAK CILI PADI IKAN PARANG

Assalamualaikum kekawan... semoga sihat dan ceria :)

Sekarang dah musim tengkujuh kan, kesian sahabat kita yg berada di Pahang, banjir yg teruk sedang melanda, semoga mereka dilindungi Allah dan bersabar dengan dugaan ini.... sedih tengok gambar yg diposkan oleh kekawan di FB, kawan ofis adik saya siap upload ada gambar buaya yg terlepas dan juga ular yg masuk rumah.. 

Gulai ikan parang ni dah lama berkurun dalam draf saya, tak tahu nak buat entry apa saya update lah gambar ni ye heheh...
Ini lauk kegemaran en suami , selain asam pedas, saya pun suka ikan parang ni, lemak manis bila dimasak dengan tomato, pastu perangatkan 2 3 hari lagi sedap... kuah dah sebati dengan ikan tu kan...

Resepi saya senang aje kekawan... Jom kita intai resepinya ..

RESEPI GULAI IKAN PARANG TOMATO

Bahannya :-
  • 500 gram ikan parang (saya ambil belah ekor)
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*dikisar)
  • 300 gram santan (200 grm + 1 cawan air)
  • 3 biji tomato
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg ditambah air kedalam periuk, bahan kisar  dan ikan. Kacau pelahan-pelahan sehingga mendidih dan masukan garam
  2. Kemudian masukan serai, daun kunyit dan asam keping.
  3. Selepas tu masuk kan santan pekat bersama tomato, kacau perlahan, rasa masinnya, angkat bila sudah masak.
  4. Siap untuk dihidang.


Rabu, 4 Disember 2013

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

Assalamualaikum kekawan....




Jalan-jalan blog Kak Ni,
Sambil join Mini GA,
Jom kekawan kita menyertai,
Moga kita dapat apa yg kita suka,