JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 3 Januari 2014

# BACK TO SCHOOL :: SEKOLAH AGAMA KE TIGA NABILAH... ^___^

Assalamualaikum kekawan... salam jumaat barakah utk semua :)

Semalam dah bermula hari persekolahan yg pertama bagi anak-anak kita semuakan, tengok blog rata-rata update entri menguruskan anak kesekolah... begitu juga dengan saya, semalam bercuti mengurus kakak berdua tu sekolah, Nabil hari isnin baru Maahad Tahfiz Nurul Hanna mula sekolah....



Semalam petang menghantar Nabilah ke Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, banyak betul sekolah Nabilah ni... Dari darjah satu hingga empat Nabilah bersekolah di Sekolah Rendah Hira` Batu Belah Klang, bila darjah lima bertukar pula ke Maahad Tahfiz Az Tazkar, oleh kerana darjah enam tiada disitu maka terpaksalah saya mendaftarkan Nabilah di SRA Seksyen 3 Shah Alam sebab tahun ni ambil UPSRA pulak. Alhamdulillah anak saya ni jenis ramah, jadi senang dapat kawan, masa saya jemput dia petang dia bagi tau, kakak dah dapat kawan baru namanya Alisha, anak cikgu katanya..

Kesian nabil yg teruja nak kesekolah bila tengok kawan2 kesekolah... nabil ni bila nak sekolah mama, hehehe risau sangat dia... Nabil hari isnin baru sekolah ye :)

p/s anak kekawan semua ok ke sekolah...

Khamis, 2 Januari 2014

RENUNGAN :: JOM ULANG KAJI ~ RUKUN QAULI DALAM SOLAT

Assalamualaikum kekawan... salam Jumaat yg barakah :)


Jom kita ulangkaji... mungkin ada yg dah terlupa ke.... saya ambil

 dari FB yg dikongsi oleh rakan... sekaran kongsi pula disini... 

semoga memberi manfaat.....


RUKUN QAULI DALAM SOLAT


Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-
fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.


Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.


Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)

2. Qauli (diucap dengan lidah)

3. Fi'li (perbuatan)


Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]

2. Niat.[Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]

6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]

7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]

9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13. Tertib [Qalbi]



Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
(Surah Al-`Isra' ayat 110)
http://uniqueummah.blogspot.com/2012/10/rukun-qauli-dalam-solat.html


Rabu, 1 Januari 2014

AL FATIHAH :: DAMAILAH ROH MU DISANA.. TN HJ AIDI

Assalamualaikum kekawan dan selamat tahun baru 2014...

Malam tadi saya terima berita pemergian Allahyarham Tn Hj Aidi Munawir Ahmed Shukri, bagi saya dialah seorang ketua yg sangat soleh dan akhlaknya, tidak pernah meninggi suara kpd staffnya, dibimbing dgn penuh berhikmah.
Tghari semalam saya berkesempatan menziarahi beliau di IJN bila menerima mesej yg beliau semakin kritikal dan berada di ICU, perjalanan bekerja bersama beliau selama 16 tahun, membawa kenangan yg amat berharga... masih terkenang wajahnya yg damai... pergi menunaikan haji bersama beliau pada tahun 2007.. seorang tidak lokek dgn ilmu... beliaulah yg mecetuskan idea LZS circle untuk kumpulan usrah... kata-kata hikmahnya "apa jua perbuatan baik atau jahat yg kita lakukan Allah mengetahui, oleh itu jgn dicari murkaNya"

Damailah rohmu disana sahabat ku semoga rohmu ditempatkan dikalangan org beriman dan soleh...