Assallamualaikum semua π
Saya minta maaf tak dpt reply mesej semuaππ»ππ»
Terima Kasih atas keperihatinan semuaπ₯°
Jadi saya reply diblog saja utk semua.
Sejujurnya saya tidak tahu bgmana boleh dijangkiti Covid 19. Segala SOP telah dipatuhi. Bagi saya ini adalah ujian bagi saya dan saya terima dgn redha. Semoga Allah SWT kurniakan kesabaran dan kesembuhan buat kami yang dijangkiti Covid 19 ini.
Seperti kata nurse sebelah katil saya ini, kak, Kami frontliner pun segala SOP telah dipatuhi, pakai baju PPE seluruh badan, kami dijangkiti juga, saya sejujurnya 2 Hari menangis, kenapa saya dijangkiti, pastu doktor pakar kata, dia pun dijangkiti, skrg satu unit hampir dijangkiti, Covid Kali ini cepat merebak. Jadi kita kena positif apabila dijangkiti, jihad utk kesembuhan. Org beriman apabila terima ujian ia akan berjihad. Terima dgn positif Dan redha. Nasihat doktor kpdnya.
Ada juga yg bertanya.. apa simptom Ti kena Covid ye, saya sakit perut cirit birit, ingatkan Salah makan atau gastric. Ambil ubat juga, Lepas seminggu tak elok juga Tu yg refer hospital, sebelum Tu kena buat swab test Covid, bila tengok positive. Simptom setiap org berbeza, Ada yg demam, batuk, selsema, sesak nafas, sakit sendi, Salah satu lah..
Ada juga yg tidak bergejala seperti adik yg satu ward dgn saya, dia kata, kwn ofis Ada dijangkiti Covid, jadi satu jabatan kena buat swab test seramai 120, yg disahkan positive 7 orang termasuk saya katanya. Saya terkejut juga kak sbb tak bergejala, jadi satu keluarga kena swab test, suami Dan 1 seorg anak perempuan positive, yg 2 org nagetif. Suaminya kuarantin Di HKL anaknya Di bangi sana.
Jadi kita jangan beranggapan Kita ini tidak dijangkiti sebab tidak bergejala. Saya dulu pun fikir mcm tu.. tak bergejala tak ada positive Covid. Sebab tak buat swab test kanπ¬
Apa yg boleh diambil ikhtibar, positive selalu, doa, usaha, istiqamah dahulu baru bertawakal, jgn bertawakal je.. kalau nak dijangkiti nak buat mcm mana .. tak boleh mcm Tu.. apa yg saya nmpk Kita patuhi SOP, pakai mask, cuci tangan, sebagainya bila keluar rumah tapi balik rumah kebersihan kendiri selalu terlupa, sepatutnya buang mask, terus mandi, pakaian hendaklah direndam dgn detol. Selepas itu baru Kita boleh bersama keluarga. Fikir-fikirkanlahπ€π€
Allah Jaga Kitaπ
Allah sayang kita❤️
Allah urus kitaπ
Allah SWT segalanya bagi kitaπππ❣️



