JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 3 Oktober 2013

KARI KEPALA IKAN MERAH DAN TELUR IKAN

Assalamualaikum...

Rasa dah lama saya tidak masak kari kepala ikan merah, ini lauk kegemaran suami dan anak-anak. Kalau nak tengok suami dan anak-anak makan bertambah, masaklah lauk ni. Semalam saya pun masaklah lauk ni,
Kebetulan masa beli kepala ikan merah tu ada telur ikan, apalagi, suami pun suruh beli dengan telur ikan sekali. Memang telur ikan ni pun kegemaran suami, saya ambil 5 jer sebab besar-besar telur ikan ni. Jadi saya masukan sekali telur ikan itu dalam kari. Hahaha senang betul lah kerja saya, sekali masak jer... nampak sangatlah kerajinan saya ni kan ^__^



Tada .... kepala dia untuk suami la tu :)

Tu dia telur ikan... apa lagi suami gak booking... 
jadi untuk aku tinggal apa ? kata Upin 
Tulang ikan hahahha...

KARI KEPALA IKAN MERAH DENGAN TELUR IKAN

Bahan-bahan:

Kepala ikan Merah  500grm ( saya ambil sebelah sahaja)
5 telur ikan
3 ulas Bawang merah kecil
2 ulas Bawang putih
1 inci Halia
5 sudu besar serbuk kari
7 sayur bendi
2 buah tomato
Semangkuk air asam ( cukup rasa masam yang sesuai)
1 cawan santan
2 buah Pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
Sebatang serai (diketuk)
Setangkai daun kari
Minyak masak
Garam

Cara-cara :-

1. Basuh ikan dan telur ikan hingga bersih. (saya suka basuh dengan limau nipis supaya hilang hanyir ikan)
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (saya suka tumbuk dengan lesung batu)
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar dan rempah tiga sekawan sehingga wangi,
4. Masukan kari tumis hingga wangi juga.
5. Masukan bendi dan ikan , gaulkan rata, lepas itu masuk air asam.Tunggu mendidih
6. Selepas itu masukan telur ikan, tomato,santan, serai, daun kari dan sedikit garam secukp rasa.
7. Tunggu sehingga mendidih dan telur ikan masak.
8. Siap dimakan bersama nasi.

Nota : Saya dapat petua dari mak cik saya, jika tak hendak bendi tu tak layu, hendaklah ditumis bersama semasa kita menumis kari tu. Nanti bendi tak layu dan tetap nampak segar.







Rabu, 2 Oktober 2013

WW : SAYA DAH TUNAI JANJI KE PADA ANDA SEMUA :)



p/s kepada follower sahabat blog saya, ada tak saya tak follow balik di blog sahabat.. takut juga saya tak tunai janji saya untuk follow blog anda semula... mohon komen dibawah ye dan tinggalkan pautan anda untuk saya follow... macamana nak follow yg circle tu.. ada kekawan tau tak... Papa Mifz akak tak tahu nak linkan ke blog list akak....

Selasa, 1 Oktober 2013

LAUK EKPRESS.... EHE :D

Assalamualaikum kekawan.... 
Petang semalam balik dah lewat baru sampai rumah monday blues tu dari pagi sampai petang ... sampai rumah dah pukul 6.50pm.. sekarang ni maghrib awal pukul 7.08pm dah masuk waktukan... letak beg terus bergegas ke dapur... fikir pulak apa lauk ekpress nak masak hehehe

 Penyudahnya nampak telur dihujung dapur ada, request dari Nabil nak telur goreng kicap soon....bagus juga tu cadangan nabil... memang kegemaran mereka semua tu termasuk abahnya sekali... 

 Orang lain selalu letak segenggam jer soon saya letak 3 genggam soon hehehe... dah semua orang suka soon... sama dengan acik erna lah ni kan suka soon...

 Petang masa ambik Nabil di tadika, dia dah mengadu badan dia panas, saya rasa memang dedar sikit... lepas maghrib bagi dia makan nasi lauk telur goreng kicap kegemaran dia tu, bertambah dua kali nasi dia makan... selera jugak tu... lepas sembahyang isyak sendiri tu abah dia bagi makan ubat... terus terlena....

Saya letak tuala basah dikepalanya bagi kurang panas, memang itu yg diminta olehnya... pagi tadi bangun dah tak demam tapi bekalkan juga ubat ke tadika takut disana dia demam balik...

Nak tempek jugak ke resepi telur goreng kicap soon ni... ehe... mudah jer kan... tak pe lah letak juga utk rujukan anak dara saya nanti...

RESEPI TELUR GORENG KICAP SOON













Bahannya :-

  • 5 biji telur (kami 5 beranak kan :D)
  • 1 biji bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih(dimayang)
  • 2 biji cili hijau
  • 3 genggam soon(rendam sekejap)
  • 1 biji bunga lawang, pelaga, dan 1 cm kulit kayu manis
  • kicap
  • garam
  • air
Caranya :-
  1. Goreng telur satu persatu , letakan ketepikan
  2. Tumis bawang merah,putih, cili hijau dan rempah sekawan tu sehingga wangi.
  3. Kemudian letakan kicap dan air, kacau sekata, lepas tu masukan soon, rasa garamnya.
  4. Selepas tu baru dimasukan telur goreng tadi. Gaulkan sedikit.
  5. Siap untuk dihidang...