JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 18 November 2013

HARI KONVOKESYEN DZULIMAN ~ MUHAMMAD NABIL SYAHMI ^___^

Hari konvokesyen Nabil pada hari Sabtu 9hb November 2013 yg lalu, baru sekarang saya dapat buat entrinya kerana selepas konvo  Nabil terus demam (ceritanya disini doakan-nabil-cepat-sembuh-ye-kekawan., alhamdulillah-nabil-dah-sihat.html)
Jom kita layan gambar sambil bercerita... :)
 Alhamdulillah Nabil dapat periksa no 3, tapi hadiah tropi hanya dapat periksa no 1

Nabil dapatlah hadiah saguhati Beg sekolah Dzuliman yang cantik tu... 



 Bergambar bersama mak atihnya dan adik sepupunya Zaara Khadijah.. saya kalau jalan KL ni selalu fail tu sebab minta adik ipar saya ni hantarkan kesana...

 Payah betul nak bergambar dengan Nabil terpaksa peluk dia ni... kalau tidak lari jer pergi ke kawan-kawan dia untuk bermain...

 Yang ni pula tengah menunggu giliran untuk membuat persembahan diatas pentas tu...

 Nabil memegang watak sebagai anak... ceritanya ialah "Menghormati Jiran Tertangga" mengisahkan mak nabil memasak makan tengahari yg bau hingga terbau oleh jiran sebelah, atas menghormati jiran mak nabil menyuruh nabil menghantar makanan ke jiran sebelah sebagai mengikuti sunnah nabi yg menyuruh lebihkan masakan kamu agar jiran tetangga dapat merasa. Saya ada merakam nabil belakon ni tapi tak boleh nak upload pulak disini...

 Apa yg nabil menungkan tu, mesti tengah mengingat dialog skrip tu... seminggu dia menghafal skrip tu dengan dibantu oleh kakak Nabilah...


 Yang ni pula beratur untuk menerima scroll pengijazahan mereka.... hehehe 


 Inilah gambar dan sijil yg ada dalam scroll Nabil tu ^___^

Mama doakan semoga nabil menjadi anak yg soleh, cemerlang di dunia dan akhirat. Amiin :)


Jumaat, 15 November 2013

LZS CIRCLE : USRAH SITI KHADIJAH...COMPASS SETTING ARAH TUJUAN HIDUP

Assalamualaikum dan salam jumaat yang barokah...
Semoga kekawan semua berada dalam kemanisan iman :)

Dipejabat saya, kami telah mengadakan satu kumpulan yg dinamakan LZS circle, kumpulan usrah kami bernama Siti Khadijah, Naqibah nya Wan Ritini Binti Wan Ismail..

Ini lah anggota  usrah Siti Khadijah
 Usrah kami dah berjalan sebanyak 3 kali, baru kali ini saya dapat membuat entrinya, ini kerana saya begitu terkesan dengan topik usrah iaitu mengenai "Arah Tujuan Hidup"  iaitu dari Alam Roh, Alam Rahim , Alam Duni, Alam Barzakh dan Alam Mahsyar..

Naqibah telah menceritakan kematian seorang adik yg mana masa itu dia menjadi fasilitator... iaitu As Syahid Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yg mana meninggal dunia di Turki.. kisahnya boleh dibaca diblog ustaz hasrizal ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/


Kisah yg diceritakan oleh Naqibah ini sungguh menyentuh keseluruhan jiwa raga saya utk saya memuhasabah diri saya yg kerdil disisi Allah... Tujuan kita hidup didunia ini hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah maka jadikanlah keseluruhan hidup kita ini hanyalah untuk Allah...

Firman Allah 

"Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata," - surah az-Zaariyat: 56 


Khamis, 14 November 2013

Hari Sukan Maahad Tahfiz Az Tazkar..

Assalamualaikum kekawan.. moga ceria selalu ;)

Hari ni saya cuti untuk menyelasaikan banyak perkara.. lepas hantar anak kesekolah, saya terus ke LHDN Shah Alam (nanti entri ni) Lepas tu gi Klinik Ajwa utk chekup guna baucher PERKESO tu(ni pun nanti saya citer) Cerita sekarang ialah sukan sekolah agama kakak di Maahad Tahfiz..

Saya smpi disitu mereka tgh berlangsung acara rebut kerusi....

Bila muzik berhenti berebut nak duduk... dapat juga nabilah dan najeeha kerusi. Pemenang adalah lima orang... menanglah mereka berlima ni ;)

Dapat hadiah utk acara rebut kerusi

Akhir sekali bergambar dengan semua rumah Oren, belah kanan pengetua Ustaz Syahrani.... nanti smbg cerita lagi.. update guna handphone tak best.. mesti ejaan tunggang langgang..