JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 24 November 2016

HOMEMADE AISKRIM STRAWBERRY WITH SYRUP STRAWBERRY... Step by Step πŸ˜ŠπŸ˜†❤πŸ“πŸ¦πŸ¨

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Bila saya duduk cuti duduk rumah berbagai homemade yg saya nak cuba hihihiπŸ˜†☺.
Ini gara2 teringat aiskrim strawbery yg kat Cameron Highland tu hari lah.. 
Saya buat ni masa hari sabtu petang tu.. sebab esok petang ada gadering parti utk birthday Novemberian katanya.. 

Resepi cukup mudah kekawan.. pastu sedap pulak lemak berkerim πŸ˜†πŸ˜Š

Bahannya :-
- 3 cawan coffemate
- 3 cawan susu strawberry
- 3 sudu besar susu pekat manis

Caranya :-
1. Kisar semua bahan tadi didalam alat pengisar.. selama 10 minit.. biar dia sebati bersama.

2. Kemudian masuk kan dalam bekas tupperware. letak dalam bahagian atas.

3. Kemudian apabila aiskrim dan keras, kisar lagi dalam 10 minit.. CH buat petang tu kan.. malam dalam pukul 10, CH keluarkan utk kisar lagi agar ais lebih lembut dan halus. CH buat sekali kisar jer.. kalau nak lembut lagi buat 2 3 kali kisarnya.

4. Kemudian masukan dalam bekas kecil2 ni dan frozen kan semalaman.

Nabil ni bersemangat nak rasa.. tengahari ahad tu sibuk nak makan aiskrim ni dgn sirap strawberry tu..

Sirap strawberry ni saya buat pagi sabtu tu.. ni gara2 nak menghabiskan strawberry yg saya frozeen kan tu masa gi Cameron Highland tu.. tengok berapa lama saya simpan.. alhamdulillah elok lagi.πŸ˜†πŸ˜Š
Jom intai pulak resepi sirap strawberry ni ala ala Hasley Syrup tu.. tapi lebih sedap yg CH buat ni hahaha πŸ˜‚πŸ˜ƒ

RESEPI SIRAP STRAWBERRY
Bahannya :-
- 1 bekas plastik strawberry .. lebih kurang 1/2 kg 
- 1 cawan air
- 1 1/2 cawan gula
- 1 sudu besar tepung jagung

Caranya :-
1. Kisar buah strawbery bersama air sehingga sederhana halus.
2. Kemudian masukan dalam bekas periuk.. 
3. Kemudian apa bila mendidih masukan gula dan tepung jagung yg telah dibancuh dgn setengah cawan air.
4. Gunakan api yang perlahan.. masakkan sehingga sirap memekat.. pada tu boleh lah rasa.. kalau nak manis lagi tambah lah gula.. saya suka masam masam manis macam ni..

TadaaaaπŸ˜‰πŸ˜‰
Dah siap aiskrim dan sirap strawberry yg sedap itu πŸ˜†πŸ˜…
Siapa nak puji kalau bukan diri sendirikan.. ehhhh nak habaq ang.. nabil habis lima bekas tau.. saya masuk dalam bekas kecil tu dapat 40 bekas..

Inilah yang lahir novemberian... adik ipar saya yg atih tu satu keluarga november.. suami dan anaknya.. 
Macam2 hidangan yg dibawa secara potluck.. saya bawa kuih kole kacang.. yg itu saya tempah kat jiran saya.. serious sedap weyyy..

Buat kat taman yg najeeha sambut itu hari.. ramai yg hadir.. tambahan kak ipar dari Sa ah tu pun ada.. sebab daftar anak masuk UIA kat PJ tu..

Melompat kegembiraan besday boy n girl tu..
Yang mak ngah pun lahir november juga.. udah disuruh melompat juga.. sporting tu.. umur 61 tahun daya lagi melompat tu πŸ˜†πŸ˜…πŸ’•❤

Rabu, 23 November 2016

SARDIN HOMEMADE... step by step.. πŸ˜ŠπŸ˜™❤ ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dokurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Semalam datang lah rajin saya ni.. nak cuba buat sardin sendiri.. πŸ˜ŠπŸ˜† dah lama teringin sebenarnya.. pastu post kat WA group Aweks Blogger .. udah nya blogger Norazimah minta resepi.. tu yg hari ni up terus entri sardin homemade ni.. Mak hainom pulak kata.. kalau hang tak ada highpressure noxxa tu Azimah guna jenama lain pun tak apa.. jenama Noxxoss ke hahaha 😜😜 macam2 lah ko nom.. πŸ˜‚πŸ˜‚

Jom kita intai resepi yg mudah ini....
Bahannya :
- 1 kg ikan sardin (CH beli 4 ekor jer😊)
- 1 biji bawang besar*
- 2 biji tomato* (* kisar)
- 1 tin tomato puri

Caranya :-

1. Panaskan minyak dengan menekankan stir fry tu.

2. Tumis bahan kisar sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan tomato puri. kacau mesra.

4. Susun ikan cantik2 dalam pot tu.. susun sama camtu dia tak sembang dah sebab kepala dah kena buang hahaha πŸ˜‚πŸ˜„πŸ˜†

5. Benamkan ikan dalam kuahnya ye.. nanti baru masak sekata.

6. Kemudian tutup dan tombol alihkan ke pressure.. lepas tu pergi ke butang  high pressure set kan 60 minit . lepas tu tekan butang ON/OFF.
Oleh kerana ikan CH ni besar.. CH tambah lagi 30 minit.. baru tulang temulang lembut πŸ˜†πŸ˜Š
 memula CH set 60 minit tu.. tengok ikan kurang lembut tu yg tambah lagi 30 minit.
7. Tunggu sehingga beep berbunyi. release kan tombol ke steam tu.. biar asap tu keluar abis baru buka tutup periuk... 
Tu diiaaa habaq ang.. terserlah bau sardin dalam tin tu..πŸ˜πŸ˜ŠπŸ˜†

Simpan 2 ekor dalam bekas utk frozeen kan.. nanti nak masak ambil aje dlm tu..

Yang 2 ekor tu CH tumis utk makan lunch tu.. dahlah makan sorang2.. menikmati sungguh saya ni.. regu pulak dengan sayur air petola dgn fucuk serta suhun.. wala wala.. sedap ... 😘😍

❤SELAMAT MENCUBA❤

Selasa, 22 November 2016

LABU GORENG RANGUP ...emmm dapnyaaa πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜€ ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Goreng labu ni masa hari sabtu yg lalu.. memula nak buat pengat tapi tak rajin pulak nak menyantan bagai πŸ˜†πŸ˜…. Maka jadi lah labu goreng mengganti pisang goreng.. 
Weyy sedap rupanya labu goreng.. lagi sedap dari keledek goreng.. lembut jer isinya.. cicah pulak dgn sambal tumis.. lagi tak sedar habis sepiring oleh saya seorang. πŸ˜†πŸ˜Š

Cara goreng dia lebih kurang goreng pisang juga.  Tambahan guna resepi tepung rangup.. alahaiii.. sedap je krup krap makan kan..
Jom kita intai resepi tepung goreng yg rangup ni.

LABU GORENG RANGUP
Bahannya :
- 1/2 biji labu (potong kecil ikut suka hati 😊)
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu besar majerin ( cairkan pastu biarkan sejuk)
- Air secukupnya

Caranya :-
1. Satukan semua bahan kecuali air dan majerin dalam mangkuk.
2. Masukan air sedikit-sedikit sehingga adunan mesra dan pekat sedikit. Adun guna tangan jadi tahu kepekatan mana yg sesuai utk tepung tu di goreng dgn labu nanti.
3. Kemudian baru masukan majerin cair tadi.. kacau sehingga mesra.
4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian celup labu dalam adunan tepung tadi.
5. Goreng sehingga kekuningan dan toskan dalam tapisan. supaya kekal rangup tepung.
6. Ulang sehingga labu habis digoreng.
7. Hidang bersama kopi 0 panas.. emmm dapnyaaa πŸ˜†πŸ˜…

p/s saya cuti lagi sehingga khamis.. update entri pun guna handphone. semalam bz sungguh.. hari ini saya cuba BW kekawan ye 😊☺