JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 28 April 2018

RAIKAN CINTA :: ATIQAH๐Ÿ’–FAIZ - 15 APRIL 2018๐Ÿ’๐Ÿ’•

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Ingin juga mencoret moment indah adik ipar yakni adik en suami yg melangsungkan perkahwinan pada 15 April 2018 yg lalu. Majlis tak buat dikampung. Sekarang ni jenis gabung dgn belah lelaki sekali. Senang macam tu kan. Buat di Serdang.. lupa lak nama tempat tu ๐Ÿ˜‰

Lepas nikah tu sempatlah bergambar dgn pengantin. Adalah gambar berlima tu..๐Ÿ˜

Boleh anak dara saya ni jadi flower girl hihihi.. sudah malu tersipu-sipu keduanya.๐Ÿ˜€

Suka tengok gambar ni.. en suami satu keluarga.. cuma seorang je tak ada.. Alin, yg mengikut suaminya sambung belajar di Leeds.

Selepas menepung tawar pengantin.. hanya gambar berdua jer.. anak2 semua dah entah kemana.. hendaknya nabil.. sepuloh kali rasanya menghadap aiskrim tu๐Ÿ˜‚

Akhir sekali reramai bersama saudara mara yg datang meraikan.

Ini masa sengang menunggu majlis habis pukul 3.00pm. Jadi bergambarlah dgn atuknya.. sebab lepas tu nak hantar balik asrama semula..

Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke syurga buat mereka berdua.

Ahad, 22 April 2018

IKAN TALAPIA BAKAR

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu..
Elok pulak melintaskan wall FB.. so kita simpan sini dulu.. nanti kita buat ye.. terima kasih yg berkongsi resepi ๐Ÿ˜Š

IKAN TALAPIA BAKAR

BAHAN-BAHAN

1 ikan talapia – cuci bersih
3-4 sb cili giling
1sk bawang putih
1 sk gula perang
garam secukup rasa
2 sb kicap manis
jus limau dari 1/2 limau


CARA-CARA

campur semua bahan dalam mangkuk, gaul sebati
sapukan kepada ikan
balut ikan dengan aluminium foil atau daun pisang atau daun kunyit
Bakar sehingga masak.
Bila dah masak hidangkan dengan sambal kicap.

SELAMAT MENCUBA