JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 26 April 2017

SAYA ada DIA.😍


BISMILLAH

AKU BUKAN MEREKA

Mereka kata aku bodoh
Tapi aku dicerdaskan Nya

Mereka kata aku sakit
Tapi aku disembuhkan Nya

Mereka kata aku lemah
Tapi aku kuat bersama Nya

Mereka kata aku jatuh
Tapi aku diangkat Nya

Mereka kata aku hancur
Tapi aku dibentuk Nya

Mereka kata aku sedih
Tapi aku dihibur Nya

Mereka kata aku salah
Tapi aku dibenarkan Nya

Mereka kata aku berdosa
Tapi aku ditebus Nya

Mereka kata aku menangis
Dan air mataku jatuh
Tapi aku dibuatnya tersenyum,
Dan disekanya airmataku

Mereka kata aku bukan
siapa siapa
Aku NOTHING
Tapi Aku berharga dihadapan Nya

Mereka kata aku begini
Mereka kata aku begitu
Tapi Dia kata bukan begini
Dan bukan begitu

Mereka hanya menyindir
dan memandang sinis
Menonton saja dan
hanya bercaci
Serta kadang memaki

Tapi Dia tidak….
Dia selalu menjadi
penolong yang setia
Dia selalu membelai
dan memandangku
dengan Kasih Nya

Walau dunia menghimpitku
Tapi Dia selalu memberikan
kelegaan padaku

Jadi,
peduli apa aku
dengan mereka
Dan peduli apa
mereka dengan aku?

Mereka tidak mengerti
dengan apa yang
mereka perbuat
Mereka tidak mengerti
dengan apa yang mereka
kata tentang aku

Biarkan aku hidup
dalam duniaku
Dan mereka hidup
dalam dunia mereka

Kerana aku bukan mereka
dan mereka bukan aku
Kerana aku adalah aku
Dan mereka tetap mereka,

Aku punya Allah Sang Maha Pencipta
Yang tulus dan tak bercacat cela

Jadi.
Tinggalkanlah aku,
dan hiduplah dalam
dunia mereka,
dan bukan duniaku.....
Kerana aku hanya perlu
DIA yang mengasihiku

Hamba Yang Dhoif

Sumber : WhatsApp

p/s kesibukan yang melanda sepanjang april ni.. tak sempat nak BW dan nak update entri.. nanti bila free saya terjah blog kekawan ye.. terima kasih yg masih sudi singgah blog saya.

Rabu, 19 April 2017

RESEPI SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR SEDAP..😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Dalam minggu ni saya begitu sibuk.. tak sempat nak BW kekawan.. nanti saya terjah dan bom komen utk seminggu ye 😀😂
Sebelum tu marilah kita tengok resepi sotong yg membuat air liur meleleh 😉
Asyik lalu je kat wall FB saya.. minta di save lah tu 😉


Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur yang sedap dan mudah! Memang terbaek!!!

Fav anak2 ni, mak ayah pun suka! Sedap sgt2, bertambah nasi! Share cpt!

Bahan-Bahan

Inti Sumbat:
2 biji telur ayam
carrot (dicincang)
sosej (dicincang)
secubit garam
minyak untuk menggoreng
1 sudu besar mayonis

Cara-cara:
campurkan semua bahan dan goreng hancur

Sambal Sotong:
3 ekor sotong
2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu rempah kari
1 biji bawang merah (dipotong bulat2)
2 sudu sos cili
minyak untuk menumis
3 batang pencongkel gigi/lidi
sedikit air asam jawa
garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi
2. kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau
3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukan serbuk kari dan sos cili
5. kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih
6. masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
7. masukan bawang besar yang telah dipotong bulat2
8. bila dah masak boleh la hidangkan ;)

Sumber :Facebook

Isnin, 17 April 2017

KITA DI GRED YG MANA 😟

*5 gred solat*🕌🕌🕌💚

😩 *Gred E* 🕌
Bila azan, buat tidak tahu,  tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya

😔 *Gred D* 🕌
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

😌 *Gred C* 🕌
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

😊 *Gred B*
Bila azan, terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau.🕌

😄 *Gred A*
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.🕌

Apakah gred solat Kita❓
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah swt di hari perhitungan nanti bknnya result exam !
Solat terjaga 💯insyaAllah benda lain pun 👍✅✅ Sama2lah kta balance kan hal dunia & hal akhirat...

Jom muhasabah😌⏰⌚
BACALAH KEJAP..
TAK DOSA PUN..
DAPAT PAHALA FREE LAGI :)💚🍀✅

*7 kalimat yg harus di biasakan..*
🍀1. *_Bismillahirrahmannirrahim_*-Setiap hendak melakukan sesuatu.
💚2. *_Alhamdulilah_*-Setiap habis melakukan sesuatu.
🍀3. *_Astargfirullah_*-Jika melakukan sesuatu yang buruk.
💚4. *_InsyaAllah_*-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang.
🍀5. *_Laa hawla walaaquwwata illaah billaah_*-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
 💚6. *_Innalillahi wainna ilaihi rojiun_*-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.
🍀7. *_Lailaha illallah_*-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

*Ada 2 pilihan utk anda :*
👉1. Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
👉2. Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

 🍃Rasulullah bersabda, *_"Barangsiapa yang menyampaikan 1 ilmu sja dan ada orang yang mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.._*🍃

*_Amiiin ya rabbal alamin_*
Semoga bermanfaat.
Amiinnn.....✅
🕌🍀🕌🍀🕌🍀🕌🍀🕌
Sumber : whatsApps

Jumaat, 14 April 2017

TERLENA 😪😪😪




*TERLENA*
Dari Almarhum Pak Hamka

_Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena_

_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat._

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?_

_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku._

_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?_

_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?_

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena._

Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)

Sumber : WhatsApp

Rabu, 12 April 2017

Bila Nabil Dapat LESEN Memandu ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Pergi test lesen memandu di Legoland hahahha.. sebelum mereka membawa kereta ni ada taklimat diberikan dalam bilik tu, saya tak masuk pun dalam bilik tu, depa jer masuk adik beradik sepupu sepapat hihihi..
Biasalah Nabil suka warna biru, jadi terus menerjah ke kereta warna biru tapi sayang sekali kereta tu macam bateri dia nak habis.. puas lah si Nabil menekan pedal tu tak juga laju pergi nya... boring sungguh dia masa tu..

Kakak Nabilah dan Najeeha lagi boring sebab stering kereta dah kena kat lutut hahahahha.. bila nak habis ni.. sebab ada trafict light juga.. bila lampu merah kena lah berhentikan..
Luas juga tempat mereka test memandu ni.. ada juga budak-budak yang terlanggar kereta kekawannya ni hihihi..
Tapi tak apalah pengalaman ..

Gembira sudah bila dapat lesen ni.. tapi melayang juga duit mama RM25 utk lesen ni.. tambah RM5 dah boleh renew lesen mama setahun hahahha..
Saya suruh kakak dua orang tu buat pilihan , sama ada nak lesen atau beli lego lain.. dorang tak nak lah lesen.. sebenar mereka dah servey nak kotak pensil lego tu.. 

Close-up sikit nabil dengan lesennya.. tangan kanan yg diangkat tu sebenarnya nak tunjuk cop di tangan tu LULUS.. jadi boleh dapat lesen memandu hihihi..

Selasa, 11 April 2017

KASTARD LABU

Salam petang yang ceria kekawan... :)

Baru balik sekodeng FB, tengok menu yg melintas di wall tu menarik hati dan tekak utk dicuba hahaha :D
Jadi kita save dulu kat blog ni.. bila-bila saya cuba.. saya up entri ye... atau kekawan yg rajin nak cuba dulu..
Gandingan labu dan kastard ni.. emmm dapnyaaaa :)



Kastard Labu

1 biji labu sederhana besar buang biji
1 cwn susu cair
5 biji telur gred B
2 sd mkn tepung kastard
1 st esen vanilla
Susu pekat @ gula ikut manis yg disukai

-Campur semua bahan,kacau sebati
-Tapis,masukkan kedlm labu
-Panaskn pekukus dahulu dlm 10 mnt
- Kemudian kukus hingga btol2 msak
-Dh siap,sejukkn & boleh la dipotong

SELAMAT MENCUBA :)

Sumber : Facebook

Isnin, 10 April 2017

Kisah Si Mee Kari Udang Galah 😌😔

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Apa dia disebalik kisah Mee Kari Udang Galah ni ye.. minggu lepas saya ada retreat ofis selama 2 hari .. jadi terpaksalah tinggalkan budak2 ni dengan abahnya.. Najeeha tak balik minggu tu.. jadi kerisauan dia lah dia.. hari Jumaat tu saya dah ambil baju kotor utk di basuh.. Alhamdulillah kak Nabilah balik minggu tu.. jadi boleh membantu saya meguruskan rumah dan adik-adiknya.. Masa sebelum pergi tu saya dah tinggalkan duit belanja kat Nabilah.. saya kata nanti pergi beli nasi ayam Pak Mall gi makan di asrama dengan Najeeha.. Abahnya kerja pagi tu jadi tunggu abah balik kerja baru gi asrama.. 
Hari itu ada karnival Food Truck di padang kemerdekaan Shah Alam tu.. adalah bermacam-macam jualan makanan .. salah satunya Mee Kari Udang Galah ni lah.. rupa-rupanya kak Nabilah nak sangat makan tapi abahnya tak beri beli katanya mahal sangat RM16 semangkuk kecil tu.. 
Esok ahad tu saya dah balik pukul 2.30 ptg tu.. masa abahnya datang menjemput saya tu tengok dah siap-siap bawa semua barang2 dan baju najeeha.. maknanya terus hantar barangnya.. jadi saya singgah lah kat Karnival Food Truck ni.. masa ni lah Nabil bercerita dengan saya yg kak Nabilah tu nak makan Mee Kari Udang Galah tu.. saya pun mencarilah tengok tak ada pula menjual hari tu.. saya ni kalau anak2 nak makan sebolehnya saya penuhi sebab kasihan kan , kalau anak2 nak makan.. sedih hati saya.. tambahan mereka banyak membantu saya... masa jemput saya petang tu kak nabilah tak ikut sebab nak menyiapkan barang dia balik madrasah pulak petang tu..


Jadi semalam masa pergi pasar tani pagi ahad tu saya beli lah bahan-bahan untuk membuat mee kari ini.. Saya masak selepas balik kenduri kahwin anak abang sepupu saya di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.. masak mee ni mudah jer kekawan tak banyak remehnya.. 1 jam dah siap memasak.. 

Jom intai resepi mudah saya :D

RESEPI MEE  KARI UDANG GALAH

Bahannya :-
- 18 ekor udang galah size sederhana
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*ditumbuk
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 4 sudu besar kari daging
- 1 tangkai daun kari
- 1 biji bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- sedikit kayu manis
- 2 biji bunga cengkih
- 1 biji kentang - direbus dan dilenyek.
- 2 biji tauhu goreng yg telah dipotong 
- 2 mangkuk sederhana santan
- Air Asam jawa
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Tumis bahan tumbuk, rempah kari, bahan herba, dengan cili kering kisar sehingga naik bau wangi.
2. Kemudian masukan santan, air asam,daun kari dan kentang leyek tadi.Masukan garam juga.
3. Akhir sekali baru dimasukkan udang galah dan tauhu goreng tadi. Rasa garamnya dan asamnya, jika kurang masam boleh tambah 1/2 keping asam keping.
4. Apabila dah mendidih dan elok masaknya boleh lah ditutup apinya.

Bahan sampingan :-

- 1 bungkus mee kuning cap siti - ini kakak nabilah yg hendak.
- Taugeh dicelur
- Lada Merah dihiris
- Daun sup
- Sawi dicelur
- ikut suka kekawan kalau nak letak telur rebus.
Saya malas merebus telur tu.. bahan tu pun dah cukup hihihi

Ini pinggan kak Nabilah lah.. gambar2 ni pun dia yang mengambilnya.. gembira sungguh bila saya memasak keinginannya.. "Mama terima kasih banyak masakan Mee Kari Udang Galah.. very very delicious , 2 kali kakak tambah" katanya.. terharu saya mendengarnya.. masa tu saya selesai mandi utk menghantarnya balik ke Madrasah pukul 6.30pm nanti.. sebelum tu saya dah pesan gi makan.. mama dah siap masak tu.. bungkus utk bekal balik madrasah. dia kata tak nak sebab dah kenyang sangat sebab 2 kali tambah. Malam tu pun kami dinner yg sama hihihi.. 

Ahad, 9 April 2017

RESEPI SOTONG KENTANG GORENG RANGUP SEDAP😊❤

Salam petang yang ceria :)
Ehhh macam best jer kak ton.. kentang lagi.. jom kita viral😆
Ni skodeng kat FB.. tengok gandingan menarik jer kentang dan sotong tu.. anak2 tentu suka.. 😊

Resepi Sotong Kentang Goreng

BAHAN-BAHAN

Sotong basah 1/2 kilogram
Kentang 5 biji
3 sudu tepung Bistari
3 Sudu Tepung Beras
1 biji telur

CARA-CARA

1. Kentang potong panjang-panjang. Kemudian sumbat padat-padat dalam sotong.

2. Tepung Bistari campur dengan tepung beras dan telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair.

3. Celup-celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil. Dah siap goreng, makan dan confirm sedap!

GAMBAR - Roszieyana
RESEPI ASAL - Khairil Bariah

Jumaat, 7 April 2017

BACA PERLAHAN-LAHAN ANDA AKAN TERPUKAU 😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dihari Jumaat yg barakah ini serta dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.




Baca pelan-pelan dan Baca Sampai Akhir

_*Anda Akan Terpukau*_

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .      

 Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada dihati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                              

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه .

Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, karena Allah telah bersumpah dua kali "sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 الحياة سألت الموت :
لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟
أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة

Kehidupan bertanya kepada kematian:
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
 maka maut menjawab: "karena kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟
أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!
فاعمل ولا تستصغر !!!!!!

kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??
apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين
  وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله

ketika kau meyakini bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكره

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh karena itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁: كلام جميل 💯%💯

إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.

jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......karena rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......nescaya dia akan sampai kepadamu...

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!
قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"

jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!
Allah berfirman "dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!
ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu karena malu kepada majikan.....maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"

jangan kau iri kepada seorangpun kerana sebuah nikmat, karena kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya...... dan janganlah bersedih karena sebuah musibah, karena kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu......... Allah berfirman "sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira"

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :
حكمة يابانيةُِ :
ليس كل سقوط نهاية  فسقوط المطر أجمل بدايةُ

bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..
دائما الحمدلله علىَ كل حال ''
dahulu aku menangis karena aku berjalan tanpa alas kaki.... namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya......maka selalu ucapkanlah alhamdulillah pada setiap keadaan

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يوماً ما ستكتشف:
"أن حزنك حماك من النار
  وصبرك أدخلك الجنة"

pada suatu hari kau akan menemukan: bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).

diantara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..
استعن بالكريم
استعنْ بالرحيم
استعن بالعظيم

jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
•إن ضاقت عليك أمورك!
    » ففي القرآن جنتك .

• إن آلمتك وحدتك !
    » فإلى السماء دعوتك .

• إن سألوك عن أخبارك !
    » فاحمد الله و ابتسم .

jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu
Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamu
dan jika mereka bertanya tentang khabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
أخيراً:
• إذا نويت نشر هذا الكلام!
    »  انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا

Sebagai penutup..
Jika engkau berniat utk share faedah yg sangat berharga ini,,
Jgn lah lupa berniat baik/Luruskan Niat
Semoga dgn niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dlm segala urusan kita..
Keberkahan dlm rezeki kita..
Dijaga dr segala marabahaya..
Diluaskan rezeki kita..
Dijaga aqidah kita berserta keluarga dan anak cucu dr segala aliran dan aqidah yg menyimpang..
Dan ditutup umur kita semua dlm keadaan husnul khatimah,
Amiinn Allahumma Amiinn..
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
هدية للأحباب..🎁
أرسلها لقائمتك ليشهدوا لك بذلك غداً ولا تحرم نفسك الأجر بإذن الله
Hadiah utk saudaraku yg kucinta..

Sumber : WhatsApp

Rabu, 5 April 2017

Legoland 2 :: Kerana TERPAKSA Kuturutkan Jua😵😨😥😉😀

Assalamulaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Sewaktu saya sedang duduk berborak dgn en suami.. Nabil dtg berlari2.. menghampiri..
"Mama mama tak cukup lagi seorang utk naik permainan dragon ni"
Saya pandang en suami.. en suami kata tak nak .. pusing tadi tak habis lagi hahaha..
Iye tak ye TERPAKSA saya yg akan melengkapi group dorang.. pastu adik ipar kata "okey kak .. best jer."
Gambar kat atas cer tengok.. betapa sayup mendaki kepuncak huhuhu

Haaa bermula untuk menjunam.. 😦😥dari mula naik tak sudah mengucap saya ni 😦

Pommmm meluncur kebawah... kus semangat mak ko 😥😥😥 berpeluh rasanya 😁 habis lecun basah.. saya dah menunduk takut tu 😂😂

Alhamdulillah dah sampai.. lega rasa hati 😊😍

Budak2 ni pakai baju hujan tak lah lencun basah.. muka gembira bila dah sampai bawah tu..

Ini gambar yg diambil oleh kamera yg disediakan oleh pihak legoland tu. Satu gambar ni RM60 dgn softcopy yg diberikan. Jadi saya minta pada adik ipar saya yg softcopy.. dah lah gambar saya tak nmpk muka.. menunduk . Konon nak mengelak basah tapi lencun jugak hahaha 😂😃

Selasa, 4 April 2017

Menu Simple Buka Puasa😊😍 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)


Semalam tengok entri kak saniah Sayur Bening , tiba-tiba datang idea nak masak sayur bening juga untuk berbuka puasa.. teringat kesedapan menghirup kuah tu.. bak kata kak saniah.. en suami elok jer menyudu satu mangkuk.. usai saya masak tu terus en suami makan .. lapor bebenor lah tu.. hahahha...
Resepinya di sini Sayur bening,boleh nak campur karot, kobis bunga bagi meriah sayur-sayuran tu, saya dah masak dulu.. malas pulak nak menyalin resepi nya semula.. gi jer klik kat pautan tu ye kekawan :)

Saya regu kan dengan terung goreng sambal.. cukuplah dua lauk saya masak.. 
Nom hang kata ada beli terung kan semalam.. kalau nak resepi boleh intai kat sini Terung Goreng Sambal :)



Yang ni tukang rasa.. dah dua kali dia merasa tu.. mula2 dia kata kurang masin.. suruh tambah sikit lagi katanya.. lepas tu Nabil kata okey dan secukup rasa hahahha.. bila saya buka puasa .. iye dah secukup rasa.. Nabil ni sanggup tunggu makan sama dengan saya berbuka.. suruh makan dengan abahnya tak nak pulak.. jadi berdua beranak elok jer menghirup kuah sampai habis satu periuk yang dimasak tu.. menyandar masing2 kekenyangan hahaaha..

Isnin, 3 April 2017

Legoland :: Aduhai.. Menahan JANTUNG Dibuatnya 😆😀 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berad dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.
Mula-mula tu main lah yang macam-macam budak punya tu hahaha.. layan jer lah kan.. Najeeha dengan Qaseh dihujung sana.. Nabil pula dengan Auntie Faizah nya.. lagi jauh dihujung sana.. susah nak mengambil gambarnya..

Kemudian mereka nak naik ni pulak.. Project X katanya.. saya tengok pun menyeramkan hahahha.. jadi yg kawankan Nabil , abahnya.. saya memang lah tak.. mahu keras kejung nanti saya ni kat atas tu hahaha..

Nun mereka diatas tu.. kata en suami memang rasa nak gugur jantung dibuatnya, tapi budak-budak kemain suka.. boleh naik sampai 2 kali tu.. Abahnya kata ko nak naik lah sorang abah dah mabuk ni berpusing-pusing kat atas tu.. hahhaha..
Kekawan pernah naik ke ? ~_^

Sabtu, 1 April 2017

Segmen Blogwalking Janji Kita ~__^

Salam ceria kekawan.. :)


Jom kita joint Segment blogger segmen-blogwalking-janji-kita.html 

Syarat-syarat penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.

2. Follow Blog Janji Kita.

3. Add to Circle Google + Mar Mansor

4. Follow Instagram @janji_kita

5. Like page FB Janji Kita

6. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwalking Janji Kita".

7. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

8. Segmen akan tamat pada 5/4/2017 jam 11.59 malam.

❤❤❤❤❤