JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 29 Jun 2020

Back to school.. semoga Dalam Pemeliharaan Allah SWT buat Sofea Nabilah 😍😘

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua hendaknya 😘😍

Hari sabtu 27 Jun 2020 pergi hantar nabilah balik ke asrama utk memulakan kelas bagi form 5 utk yg ambil SPM.. ikut prosedur sekolah hanya anak saja yg boleh mendaftar, ibubapa sila tunggu dlm kereta ye.. Tu yg ambil gambar dr dlm kereta saja 🀭

Belajar rajin2 ye kakak.. dapat juga peluk dia sebelum balik.. tiada yg menolong saya utk masak.. Alhamdulillah syukur Kan sepanjang PKP dia Ada menolong saya, tambahan kesihatan saya ni pun tak menentu..


Carta alir balik ke asrama yg sekolahnya bagi.. ikut SOP KKM..


Ini bilik lama dia.. 

Nabilah dah tukar bilik lain.. katanya. Petang Tu hantar gambar pd saya.. sibuk mengemas barang lama tukar bilik lain. Satu bilik hanya 3 org saja.. kalau bilik kecil hanya seorang saja boleh..



Pagi tadi nabilah wasap lagi dah nak pergi sekolah.😍😘 Mama doakan semoga dipermudahkan segala urusan Dan dikurniakan ilmu dan Hikmah dari Allah SWT..
Niatlah menuntut ilmu kerana Allah SWT dengan ilmu Allah Kita Akan menjadi orang berjaya dunia Dan akhirat..


Hari ini saya Ada follow up Di hospital putrajaya.. Ada dua follow up pulak , satu orthopaedic Dan satu lagi endocrine tapi saya tak pergi yg ini sebab doktor dah call Hari isnin Lepas.. dah dpt result darah yg hypothyroidism Tu.. doktor naikan makan ubat. Ini lah dah Tua hidup dgn ubat pulak..😒

Semoga saya sabar dan kuat dengan ujian sakit ini..



Selasa, 23 Jun 2020

28 Syawal 1441H.. Rindunya keluarga saya pulak 😍😘😘❤️πŸ’ž

Assallamualaikum kekawan semua πŸ˜πŸ’ž

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍



Hendak juga mengabadikan raya PKP 2020 ni.. wlpn dah penghujung Syawal bersama adik beradik yg tercinta😍😘

Mula2 pergi rumah kak Lang dulu.. mkn tengahari.. smpi tiga saya bertambah nasi, apa tak nya.. udang masak tempoyak, sambal goreng ikan bilis dgn petai.. perghh lauk kegemaran saya..πŸ˜‹



Pastu pergi rumah kak andak.. oleh kerana kat situ adik beradik dekat rumahnya.. kak ngah, uda Dan ucu.. jadi Kita bergambar saje dirumah pusaka emak abah ni 😍😘❤️

Kak andak masak mee Kari πŸ˜‹ kegemaran Kami anak beranak 😁





Lepas Tu pergi ke homestay adik saya itam.. satu buah rumah Tu dia buat utk dia bila balik kuang Ada tempat menginap. Jadi mlm Tu saya tido kat homestay dia yg sebuah Tu. Kat situ Kami mkn satay Dan kuih Raya.. πŸ˜‹

Sibuk mengambil cendawan kukur kat pokok getah yg dah mati Tu..


😁😁 Belakang homestay itam Tu , rumah abg along saya, along saya suka bercucuk tanam, boleh pulak pergi memetik sayuran yg AdaπŸ€—
Geram pulak tengok sayur petola, kailan, bendi, Bayam merah, Bayam Brazil,  mcm2 lah.. petik buah nona, buah lain pun Ada tapi berkongsi dgn si monyet.. cempak, manggis tak dpt nak Rasa..πŸ˜”

Di bawah pokok buah makisar yg tengah lebat berbuah, gambar ni saya ambil masa balik Bulan puasa Tu Hari.. skrg buah makisar habis dikerjakan oleh si monyet 😁

Inilah kisah dgn beraya dgn adik beradik, wlpn tak dapat gi semua rumah..πŸ˜πŸ’ž
















Selasa, 16 Jun 2020

Bila Abah PM Bagi Merentas Negeri πŸ˜πŸ˜˜πŸ’

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍

Home sweet home.. rindu kampung.. FIL

Bila dapat merentas negeri untuk menziarahi ibubapa dikampung, Kami pun tidak melepaskan peluang, pagi sabtu 13.6.2020 pukul 6.30am terus bergerak , en suami takut jem.. Alhamdulillah syukur percaturan memang berbaloi, pukul 8.00am dah smpi ke Gemenceh.. 

Mula mencari ayam kampung Dan maman sebelum smpi ke kampung.. tapi semuanya habis.. hampa sungguh kami.. cuma Mendapat 2 batang lemang, Lepas Tu dpt percuma sebatang..😁



Gambar Raya Aidilfitri Tahun 2020 tiada baju Raya🀭

Nanti Hari Raya Haji balik tau.. Syawal pun tak habis lagi abah.. ternyata abah rindu utk menyambut Hari Raya bersama😘

Pengubat rindu dgn cucu2 yg pertama balik ke kampung 😍



Tak terasa suasana raya Kan bila tengok gambar niπŸ˜”

Bye atuk.. Kami balik dulu ye.. InsyaAllah next week, adik ipar saya anong Dan Atiqah balik.. kena balik berperingkat-peringkat.. tak boleh ramai2.. kena ikut SOP KKM ye 😍.. cakap dgn abah.. nanti polis dtg rumah ketuk pintu🀭 
FIL mengharapkan anak2 cucunya balik ramai2 😍

Kakak Nabilah ni biasa lah suka sgt selfie 😍

InshaAllah, Raya Haji nanti Kita masak2 ye abah.. ketupat, lemang Dan rendang N9 ayam kampung dgn mamanπŸ˜‹ rindunya Masakan Raya ini..

Petang sabtu Tu sempat juga balik kg chohong rumah Pak itam, semua berkumpul disitu, Pak teh Dan mak andak..😘😘

Baju Raya Kami Sama warna😍😘❤️


Ada sambut besday April Dan Mei..😍❤️

Dirumah Pak itam lah Kami jumpa ketupat daun kelapa, rendang daging, kuah lodeh, kuah kacang, betul2 juadah Hari Raya lah.. Raya Fasa 2 kata mak itam, ye lah anak sulong mak itam baru dapat merentas negeri Dari Penang, atas permintaan anaknya utk sediakan juadah Raya.. dapat Kami menumpang juadah Raya🀭

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Di kampung Pula😍😘😘

Apa cerita kekawan yg dapat merentas negeri juga utk beraya😍



Khamis, 11 Jun 2020

MY QURAN TIME ~ SEMOGA SAYA ISTIQOMAH

Assallamualaikum kekawan semua 😍
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua hendaknya 😘😍

Alhamdulillah syukur.. bila TV Al Hijrah meneruskan taddabur Al Quran sewaktu Kita PKP dulukan.. semoga Kita semua mendapat manfaat . Sesungguhnya Ada Hikmah yg Allah hendak berikan kepada Kita Kan πŸ˜πŸ’š

Setiap jam 12 tengahari, ulangan pukul 5pm, 10pm Dan 6am. Carilah Waktu yg sesuai utk kekawan semua 😍


πŸ’• RINGKASAN EPISODE 2 & 3 πŸ’•
AL BAQARAH (2: 1-16) - ms 2 & 3

ORANG BERTAQWA
(QALBUN SALIM) - Hati yg HIDUP@SELAMAT
Al Baqarah (2: 3-5) ms 2

✅Percaya perkara GHAIB
✅Mendirikan SOLAT
✅BERINFAQ

Org yg BERJAYA

BALASAN: SYURGA
------------------------------------------------------
ORG KAFIR
(QALBUN MAIYIT) - Hati yg MATI
Al Baqarah (2: 6-7) ms 3

✅Hati DIKUNCI MATI tak boleh terima kebenaran walau berkali2 diberi peringatan

BALASAN: ΨΉΨ°Ψ§Ψ¨ ΨΉΨΈΩŠΩ…
Azab yg AMAT BERAT

--------------------------------------------------------
ORG MUNAFIK
(QALBUN MARIDH) - Hati yg SAKIT
Al Baqarah (2: 8-16) ms 3

✅Mendapat HIDAYAH tetapi MEMBELI KESESATAN dgn hidayah itu (HATI BUTA)
✅BERPURA-PURA BAIK di hadapan. 
Tetapi di belakang sebaliknya 
✅MENGOLOK-OLOKKAN org yg beriman
✅TIDAK SEDAR akan kesalahan mereka

BALASAN: ΨΉΨ°Ψ§Ψ¨ Ψ§Ω„ΩŠΩ…
Azab yg PEDIH & BERTERUSAN

#QuranTime
#TvAlHijrah
#BacaFahamAmal

Selasa, 9 Jun 2020

Alhamdulillah Syukur 🀲❤️.. Baru Senang Rasa Hati 😍


Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT jua hendaknya 😘 Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua..


Barulah lega perasaan hati seorang mak Kan.. bila dah seminggu menunggu keputusan saringan Covid 19 untuk kakak Nabilah pula..

Alhamdulillah syukur, keputusan saringan Covid 19 nabilah negatif juga..

Bila dapat masej Tu terus forward pada sekolahnya.. untuk tujuan perekodan..

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka untuk meneruskan pelajaran mereka..

P/s terima kasih juga atas doa sahabat blog saya untuk nabilah Dan Nabil..😘😍

Khamis, 4 Jun 2020

Alhamdulillah Syukur 🀲❤️ keputusan saringan Covid 19 Nabil..


Assallamualaikum kekawan semua 😍😘

Semoga Kita semua dilindungi Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍

Alhamdulillah syukur, semalam dapat WhatsApp Dari Klinik kesihatan daerah Seksyen 7 Shah Alam memberitahu keputusan saringan utk Covid 19 Nabil Negetive..

Terus submit pada madrasah Tahfiz dia untuk reload..

Terima kasih kepada sahabat blog saya yg mendoakan anak2 saya..πŸ’š

Sekarang tengah tunggu result kak nabilah Pula.. moga Mendapat keputusan yg sama juga.. Aamiin 🀲🏻❤️

Isnin, 1 Jun 2020

TEST COVID 19.. SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SWT ANAK2 SAYA😷

Assalamualaikum kekawan semua 😍😘

Salam 9 Syawal .. tentu kekawan dah Ada habis puasa 6 Kan.. saya baru mula puasa Hari ini.. semoga dipermudahkan Allah SWT utk saya berpuasa.. Aamiin 🀲🏻❤️


Pagi tadi pergi hantar Nabil Dan Nabilah ke klinik Kesihatan Daerah Seksyen 7 untuk test Covid, untuk syarat pelajar Tahfiz balik kemadrasah.. 

Saya tunggu Dalam kereta saja sbb tak ada parking.. tak sampai 10 minit nabilah call.. Mama dah siap.. ehhh kejap aje.. nak lama kenapa katanya 😁. Ok Naik kat atas mama nak pusing balik. Konon nak Cari parking , nak pergi tengok dorang 😁

Masuk je dalam kereta hero saya Nabil Tu cerita dulu.. "Mama yg cucuk kat hidung Tu sakit" katanya.. 

Pastu kak nabilah cerita " Doktor Tanya datang dgn siapa? kakak jawap dgn mama tapi mama tunggu kat kereta tak Ada parking" ohh ok.. nabilah bagi kad pengenalannya tengok Ada dlm daftar.. En suami dah daftar pada Hari jumaat itu Hari.. Tu yg dapat Hari isnin utk hadir test Covid Tu..

Lepas Tu Nabil pulak kena Tanya.. dia cakap Sama mcm nabilah Dan tunjuk itu kakak saya.. pastu doktor pun panggil kak nabilah Tanya.. kat Nabil dah bagi IC nya.. tengok dlm sistem dah ada namanya..

Alhamdulillah selesai urusan.. Mohon doakan anak2 saya ye kekawan, semoga terhindar Dari Wabak ini Dan boleh sambung semula hafazan Al Quran..

Bagi maahad Tahfiz yg hendak membuka semula pembelajaran , pelajar kena buat test Covid..

InsyaAllah Dalam dua Hari Akan dapat keputusan..




πŸ‘†Wasap Dari Klinik kesihatan daerah Seksyen 7 Shah Alam..πŸ‘‡


SALAM SEJAHTERA. 
KEPADA
MUHAMMAD NABIL SYAHMI BIN SHAMSUDIN
SOFEA NABILAH BINTI SHAMSUDIN

SILA HADIR KE KLINIK KESIHATAN SEKSYEN 7 SHAH ALAM PADA:
*TARIKH: 1 JUN 2020*
*JAM: 9.30AM*
*TEMPAT: ROSE CENTER, KLINIK KESIHATAN SEK 7 SHAH ALAM*

UNTUK PERSAMPELAN (SAMPLING) COVID19. 

SILA IKUT *LALUAN ROSE* SEPERTI YANG DILAMPIRKAN.

SILA PATUHI WAKTU TEMUJANJI DAN BAWA KAD PENGENALAN.

SILA JAWAB ‘YA’ SEKIRANYA ANDA MENERIMA MESEJ INI.
TERIMA KASIH.

PIHAK PENGURUSAN KLINIK KESIHATAN SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Jika kekawan hendak test Covid bagi anak2 Tahfiz boleh daftar Di website KKM Dan pilih klinik Kesihatan Daerah tempat anda..

#Allahjagakita
#kitajagakita
#musaadahcovid19