JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 19 Disember 2018

MENUNAIKAN JANJI KEPADA MEREKA 😍🕋🕌

Assalamualaikum ..😊
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.😍

Alhamdulillah bila dpt menunaikan janji pd mereka utk pergi mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini. Tentu yg paling gembira adalah Nabil ni..  bila dpt beg teruja utk bergambar .. 😍

Ini kursus umrah kedua yg teruja buat Nabil kerana ada replika kaabah.. beriya dia buat praktikal tawaf Tu 😊

Hari Ahad baru ini baru sempat beli Kain ihram dia.. sekali lagi teruja utk memakainya 😍
InsyaAllah Kami akan bertolak khamis 20.12.2018 pukul 2.30pm.
Dikesempatan ini saya memohon kemaafan kepada semua. Semoga segala urusan dan perjalanan Kami dipermudahkan. Diberikan kesihatan yg baik utk mengerjakan ibadah umrah. Aamiin ❤️🕋

Semalam ptg pergi ambil keputusan UPKK Nabil.. alhamdulillah dapat 6A2B.. masa trial dia dpt 7A1C.. iya masa exam itu Hari dia demam.. saya kata pada nya.. syukur alhamdulillah.. itu takdir buat Nabil.. nanti usaha lagi utk UPSR Dan PSRA Tahun depan. insyaAllah.. 
Anak2 sahabat Ada ke yg menduduki UPKK.. semoga beroleh kejayaan juga😍



Selasa, 11 Disember 2018

MARI BINA BANGLO DAN ISTANA KITA DISYURGA 🌹

MARI BINA BANGLO DAN ISTANA KITA DI SYURGA.🌷

🌻Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara. Kita ada kehidupan di akhirat yang KEKAL selamanya. Sudah kita siapkan diri kita untuk kehidupan yang kekal selamanya?

🌻Hanya RM40.00 seunit. Untuk anda menginfakan wang anda.

🌻Mari kita sebarkan / kongsikan bersama-sama untuk mereka bersama-sama menginfakkan wang mereka, secara tidak langsung anda juga mendapat saham kebajikannya.😍

🌻 Sumbangan tuan puan adalah sangat diperlukan. Jika tidak mampu banyak, serba sedikit pun tidak mengapa kerana setiap sen akan dihisab oleh Allah. Semoga ia akan memberatkan mizan pahala kita di akhirat kelak.

🌻Firman Allah : “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah [2] : 261)

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

*♥♥♥PROGRAM INFAQ PEMBANGGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HAJI ISHAK, RIBATH AINURRAHMAH (MTAQHIRAR)♥♥♥*

*Pengenalan*🏯
MTAQHIRAR dalam proses untuk pembinaan sebuah banggunan bagi penempatan pelajar-pelajar tahfiz,  ruangan pejabat dan rumah staff.

♦Cadangan tapak binaan : lot 2867, lorong tanjung,  batu 18, kuang selangor
♦Luas tapak : 2526 kps
♦Dana diperlukan : RM 900,000.00
♦Jumlah unit : 22,500 unit
♦Harga seunit : RM 40.00

Pihak MTAQHIRAR sukacita membuka perluang kepada dato' sri/dato'/datin/tuan/puan/para dermawan yang mulia untuk menyertai program infaq ini.

Segala kerjasama daripada pihak yang berbahagia dato' sri/dato'/datin/tuan/puan kami ucapkan jutaan terima kasih.

*MISI*
"Menubuhkan Pusat Pengajian Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menanamkan Warisan Nabawi dalam diri Insan yang akan menyebarkannya"

Mungkin anda tidak mampu memberi wang. Tetapi jika anda menjadi sebab orang lain berinfaq maka samalah ganjarannya.
============================

Cara Sumbangan :
*SATU UNIT RM40 SAHAJA*

✔Minimum : 1 unit
✔Maximum : terpulang kepada penginfaq
✔Boleh berwaqaf secara bulanan

Account MAYBANK : maahad tahfiz haji ishak (562740138804)  "jika tidak keberatan sertakan slip bank untuk tujuan dokumentasi"

📲Hubungi/Whatsapp :
Ust. Amir : 01111954595
Ust. Azharuddin : 0132719176

📱 Atau Terus Whatsapp
 👉  wasap.my/601111954595/infaqmtaqhirar

Klik link untuk JOIN GROUP INFAQ MTAQHIRAR>> https://chat.whatsapp.com/LfAsDX3Tf2H9xrbjIzCbxs

👍 *Like Facebook & page kami*

*Facebook* : https://www.facebook.com/TahfizHjIshakAinurrahmah
*Page* : https://www.facebook.com/Tahfiz-HJ-ISHAK-Ainurrahmah-781578838676504/
*web* : www.ainurrahmah.com
*Email* : Mtaqhirar01@gmail.com








🌼🌼🌼🌼🌼🌷🌷🌷🌷🌼🌼🌼🌼🌼

Assalamualaikum kekawan..
Semoga dikurniakan kesihatan yg baik jua dan didalam rahmat Ilahi..

Saya ingin memohon jasa baik sahabat semua utk menderma Dana bagi pembangunan Maahad Tahfiz Lilbanat di tanah yg diwakaf oleh almarhumah mak Dan almarhum abah . Sekarang saya aktif untuk mengumpulkan Dana bagi pembangunan Maahad Tahfiz ini. 

Diharapkan sahabat semua dapat menginfak sedikit rezeki yg Ada untuk bersama-sams Kita membina generasi Al Quran untuk anak cucu cicit Kita.

Jazakumullahu khairan kathira.🌹



Rabu, 5 Disember 2018

RESEPI KACANG BOTOR GORENG SAMBAL 😋

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah jua hendaknya.

Bila blogger kak saniah Minta resepi.. punya lah rajin nak tulis .. Kita up yg macam ni je.. itu pun ambil dari WA status 😂
Bila lah semangat menulis blog ni nak dtg..
Tolong tiup sikit kat ubun2 ni kak Paridah Ishak.. biar rajin macam akak up date blog tiap2 Hari.🤗

Ahad, 2 Disember 2018

DUNIA DAN AKHIRAT 💖🌹

Di mana ada iman di situ ada cinta. Di mana ada cinta di situ ada kemaafan.

Di mana ada kemaafan di sana ada kasih sayang. Dan di mana ada kasih sayang di situlah ada keindahan.

Dunia ini sentiasa indah jika dilihat oleh hati yang beriman. Jika dunia ini tidak indah‚ yang tidak indah itu ialah hati mu.

Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia kerana dunia itu sesungguhnya ialah ladang akhirat!

Mana mungkin dapat memetik buah yang manis di akhirat jika pohon yang ditanam di dunia tidak subur?

Muhasabah diri



Sumber : Facebook

Sabtu, 1 Disember 2018

KUIH LOPES RICE COOKER.. paling senang Dan cepat 🤗






Resepi kuih lopes rice cooker..

Pulut 4 cawan
Air masak 4 1/2 cawan + daun pandan (blend)
Garam skit
Pewarna hijau
Kapur sikit ja

Nyoq putih
Garam

Gula kabung 1 keping
Gula merah 1 1/2 cawan
Air 4 cawan
Daun pandan

Cara2
Basuh pulut, masuk air daun pandan, masuk pewarna+ garam .. Masak dlm rice cooker mcm biasa..
Dah masak pindah dlm Loyang lapik plastik,tekan padat2 pstu tekap ngn cawan

Nyoq putih kukus sekejap+ Gaul garam skit

Masak gula merah semua atas API smpai pekat..

Gaul pulut ngn nyoq sira gula merah..
Dh boleh makan..

Selamat mencuba

Credit : Hidayah Jamaludin

Selasa, 27 November 2018

Wahai Rasulullah, Mengapa Engkau Menangis..😢😭

WAHAI RASULULLAH,
MENGAPA ENGKAU MENANGIS ?
____________________________________
Pada suatu hari Rasulullah saw ditemui oleh malaikat Jibril. Rasul bertanya “Ada apa wahai Jibril?”.

Jibril menjawab, “Wahai Muhammad, sesungguhnya hari ini Allah swt sedang mengobarkan nyala api Neraka dan seluruh malaikat amat ketakutan, mereka tidak tahu harus bagaimana,

Untung aku ingat bahwa engkau adalah sumber cinta dan sayang Allah swt kepala alam semesta. Dengan alasan itu aku kesini, bertabaruk dengan cinta Allah kepada dirimu".

Rasulullah saw terdiam beberapa saat. Kemudian bertanya lagi, “Wahai Jibril, ceritakan padaku bagaimanakah neraka itu sesungguhnya”.

Jibril menjawab “Wahai Muhammad, Neraka itu bagaikan lubang-lubang yang terdiri dari 7 tingkat. Jarak antara satu lubang dengan yang lain ialah perjalanan 70 tahun. Lubang yang palingbawah adalah yang paling panas".

Nabi saw meneruskan pertanyaannya, "Lalu siapakah penghuni lubang-lubang neraka itu wahai Jibril?”.

Jibril menjawab, “Lubang yang paling bawah diciptakan untuk orang orang munafik, lubang berikutnya untuk penyembah berhala, lalu untuk penyembah bintang dan matahari".

Jibril terus menerangkan penghuni tingkatan neraka hingga lubang yang ke 5 tempatnya umat Yahudi dan yang ke 6 dihuni oleh umat Nasrani.Setelah menjelaskan penghuni 6 tingkatan Neraka,Jibril diam cukup lama.

Rasulullah saw penasaran dan bertanya kembali, “Wahai Jibril, siapakah penghuni neraka yang ke 7?”. Jibril diam saja tidak menjawab.

Rasulullah saw mengulangi pertanyaannya, tapi Jibril tetap diam.
Rasulullah saw tambah penasaran dan mendesak jibril agar dijawab pertanyaannya.

Akhirnya Jibril pun berkata, “Umatmu wahai Muhammad, mereka itu para pelaku dosa besar di kalangan umatmu yang dimana sampai mereka mati belum sempat bertaubat".

Mendengar jawaban Jibril, Rasulullah saw langsung jatuh pengsan. Jibril merangkulnya dan meletakkan tubuh baginda di atas pangkuannya.

Tak berapa lama Rasulullah saw sadar dan langsung menangis bersimbah air mata, dengan terisak-isak Rasulullah saw mempertegas pertanyaannya, “Wahai Jibril, apakah benar ada diantara umatku yg masuk neraka?”.

Jibril mejawab“Benar wahai Muhammad, pelaku dosa besar di antara umatmu yang belum bertaubat".

Setelah itu Rasulullah saw langsung menghadap kiblat dan sujud kepada Allah saw dalam isak tangisnya.

Sesekali dengan suara pelan beliau membisikkan kata-kata "Ummati ya Rabb, ummati, ummati, ummati.

Beliau saw tidak mengangkat kepalanya dalam keadaan seperti itu selamat 3 hari 3 malam kecuali setiap Bilal bin Rabah mengumandangkan adzan, barulah beliau bangkit untuk menjadi imam dan setelah itu kembali sujud lagi.

Pada hari ke 3, Abu Bakar ra menyedari hal ini, beliau mengetuk pintu Rasulullah saw dan mengucapkan salam 3 kali, namun tidak ada jawaban.

Abu Bakar ra sedih dan berseru di depan pintu Nabi saw, “ Apakah ada jalan untuk masuk kerumah Rasulullah”. Tetap tidak ada jawaban.

Lalu beliau menangis dan melangkah pulang
Di jalan beliau bertemu sahabat Umar ra, “Mengapa engkau menangis wahai Abu Bakar?”.

Abu Bakar ra menceritakan keadaan Rasulullah saw. Maka Umar ra pun melangkah menuju rumah Nabi saw dan terjadilah hal yang sama. Umar pun pulang dan menangis.

Di jalan beliau bertemu Salman Al Farisi ra. Dengan terisak-isak Umar ra bercerita kepada Salman ra hingga membuat dia amat sedih, namun dia tidak berani mengulangi hal yang sama.

Salman melangkah menuju rumah Fatimah ra dan menceritakan hal itu.

Setengah berlari Fatimah ra menuju rumah Ayahnya saw dan mengetuk pintu sambil mengucapkan salam.

Mendengar suara lembut putri tercinta, sejuklah dada Nabi saw. Rasullah saw bangkit dari sujud dan membuka pintu.

Alangkah terkejutnya Fatimah ra melihat beliau yang amat kurus dan pucat.

Fatimah memeluk beliau saw lalu menangis. “Wahai ayahanda, apa yang terjadi? mengapa engkau amat sedih seperti ini?”.

Rasulullah saw kembali menangis dan berkata dengan suara lirih, “Wahai Fatimah, belahan jiwaku, bagaimana mungkin aku tidak sedih sedangkan Jibril mengatakan akan ada kelak umatku yang akan ada kelak umatku yang akan masuk neraka"
_________________________________
Wahai Saudara dan Saudari ku sebaik-baik kejadian. . . .
Cinta Nabi Muhammad SAW begitu besar kepada kita
Apakah cinta beliau akan terbalas...?
Atau hanya akan menjadi cinta bertepuk sebelah tangan ?
Jawabannya ada diri kita masing-masing. . .

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد عدد خلقك ورضا نفسك وزينة عرشك ومدد كلماتك

Sumber : WhatsApp

Jumaat, 23 November 2018

Resepi Roti Puri Mudah ... Emmm dapnya.. 😋😅

Assalamualaikum kekawan..
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua.😍

Roti Puri ni saya buat masa hari maulidul rasul tempohari.. baru sekarang berkesempatan update blog. Ingatkan bila dah bersara ni boleh lah update blog tiap hari. Rupanya lagi busy you 🤣🤣..

Ini pembantu mama.. tolong canai roti Puri.. senang kerja mama.. love u 😘😘

Jadi penyebab roti Puri pun ada lebih Kari kepala ikan dinner Malam tu.. asyik lempeng nasi je mama.. kata Nabil.. tukar lain pulak.. Tu yg Tanya en Google 😃..
Keluarlah resepi Roti Puri Tanpa Yis.. I liked.. Couse kat rumah tak ada yis 😂.
Pastu tengok minyak marzola dah expired🙄. Aduhai nmpk sgt mama ni dah lama tak masak Kan.. Nabil pun mengambil.. ganti minyak zaitun jer mama😎 yes.. good idea Nabil 😘

Okey jom Kita tengok resipi mudah ni.

RESEPI ROTI PURI TANPA YIS

Bahannya:-
500gram tepung gandum
2 sudu besar minyak masak (saya letak minyak zaitun)
270ml air suam
1 sudu besar garam halus

Cara-caranya :-
1. Gaul garam dan tepung gandum, kemudian letak minyak dan uli perlahan2 dgn mencurahkan air suam sedikit demi sedikit sehingga doh licin dan tidak melekat pada tangan. Uli Dalam 5 minit macam tu.

2. Bulat-bulatkan doh dgn kemas , kemudian canai nipis.

3. Goreng dgn api yang sederhana menggua minyak yg banyak. Yakni tenggelam doh Tu.

4. Simbah minyak ke atas roti sebelum diterbalikan.

5. Buat sehingga doh yg dicanai habis.

6. Boleh dihidang bersama kari atau sambal tumis.

Selamat mencuba 😎😘😌



Selasa, 20 November 2018

Salam Maulidul Rasul. 💝❤️💞



*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

*USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

*USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_. _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

*KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

*Catatan :*

_Boleh Kirim kepada yang lain lainnya Untuk mengenal Beliau dan mencintainya_

*SELAMAT MENYABUT MAULIDUR RASUL 1440H*

*_SNI_*
*_#jomsolatberjamaah_*

Jumaat, 16 November 2018

SITI KHADIJAH AL KUBRA.. Kesayangan Rasulullah S.A.W💞💝

Sdrku... Mari sejenak bertafakur untuk mengenang wafatnya ibunda kita /umat muslim *Siti* *Khadijah* istri kesayangan Rosulullah Muhammad saw. Semoga menjadi ibroh kita dan menambah keimanan. ( berulang saya membacanya selalu 😭😭😭)

*DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTRI TERCINTA RASULULLAH*

Siti Khadijah adalah istri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

PERMINTAAN TERAKHIR

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,

Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu.

Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.

Mendengar itu Rasulullah berkata,

Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga.

Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya istri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu.

KAIN KAFAN DARI ALLAH

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?

Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

Wahai Khadijah istriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

"Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.

"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban?

Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.

Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang bisa digunakan untuk menutupi jasad Khadijah.

Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah sangat kumuh dengan 83 tambalan diantaranya dengan kulit kayu.

Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.

Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?

Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!

PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP

Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,

Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.

Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makananpun tak punya. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan istrinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah seusai pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah.

Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.

Wahai Khadijah Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad? tanya Rasulullah dengan lembut.

Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.

Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.

"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyebrangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jembatan.

"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. Jadikanlah sebagai jembatan untuk engkau menyebrangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.

Karena itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pedihnya perasaan Rasulullah ketika itu karena dua orang yang dicintainya yaitu istrinya Siti Khadijah dan pamannya Abu Thalib telah wafat.

Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.

Ilaa hadlratin Nabiyyil musthafa, wa ilaa Khadijah al Kubra, al Fatihah.

Kitab Al Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky al Hasani.

Isnin, 12 November 2018

TERAPI AIR HUJAN ☁💧

Terapi Air Hujan untuk segala penyakit & Gangguan Jin

Kalau hujan ☔turun jangan masuk rumah...tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya..Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sbb takut sakit🤕...& larangan itu kita wariskan pula ke anak2 kita...Ini pemahaman yg salah.

Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sbb air hujan tp sebab dalam badan byk benda kotor dan air hujan tu sbg bahan cuci utk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadangx Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dgn Ruqyah Syar'iyyah...Salah 1 cara SCAN diri tu adalah dgn Mandi air hujan...ada juga org mandi hujan tak juga sakit2 sbb badannya bebas jin. Alhamdulillah

Tapi mandi bukan sembarangan mandi..Ada cara & kaedahnya...
di bawah kami ajarkan...

☔Niat - Niatlah dlm hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah utk apa kita mandi hujan...

😈Cth 1: menghancurkan jin yg zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pd Allah jadikan air hujan sbg api & asid yg membakar badan jin dlm badan kita.

👩‍👧‍👦Cth 2: anak degil @ hyperaktif umur (5 thn ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata2 org tuanya...& dihilangkan gangguan syaitan...org tuanya xperlu mandi hujan cukup memerhatikan & baca ayat2 di bawah sehingga didengari anknya...
Dan apa shj niat bergantung penyakit & keluhan masing2.

☔Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.

☔Air hujan yg digunakan utk terapi ini mesti yg turun terus dari langit.Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dgn baldi.

☔Air hujan yg turun sebaiknya hujan yg lebat bukan gerimis.

☔Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil utk dibuat minum. In shaa Allah ini jg adalah penawar.

☔Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dgn ayat2 standard iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yg lain mengikut jenis penyakit.

☔Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30minit sambil mandi air hujan.

☔Jika terasa sakit dibahagian badan tertentu tepuk2 dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yg mau keluar melalui cara ini(cara yg normal & tidak menyakitkan)

☔Sental2 badan seperti menggosok daki di badan.Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.

☔Selesai mandi badan jangan dilap...kecuali rambut.Biar kering sendiri.

☔Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari...atau 7 hari berturut.Kalau hujan xturun hari berikutnya nasib lahhh....tunggu lah hujan turun lagi...

☔Lain kali hujan turun jangan mengeluh.Ada manfaatnya bagi org lain.Bagi org yg berakal dgn pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.

Wallahu'alam bissawab
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan 🔥🔥🔥🔥☔

#CopyPaste
Sumner : WhatsApp

Jumaat, 9 November 2018

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG 💞

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...



Bila kita kumpul dunia banyak², hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia...sebab cinta dunia dah kuat. Tambah² pulak bila nampak yang kita dah kumpul tu menimbun...tu yang takut nak mati...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pulak nak balik akhirat sebab harta dah hantar banyak kat sana...tu yang mati tersenyum gembira.


Sama macam kita kerja di perantauan tapi wang/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar nak pulang ke kampung kerana wang/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk bina rumah, beli tanah dan harta di sana...

Begitulah Akhirat...
kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah tersedia...rasa tak sabar nak balik Akhirat...



Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...

Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.



Rasulullah ﷺ  telah bersabda,

"Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 dan lupa kepada yang 5 :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al- Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."




Sumber :
Kitab Mukasyafah Al Qulub karangan Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى

Rabu, 7 November 2018

1 Jun 1995 - 31 Oktober 2018 💞 23 Tahun 5 Bulan ❤️

Assalamualaikum kekawan.
Semoga Kita semua berada Dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Pada 31 Oktober 2018  pada hari rabu saya telah bersara di Lembaga Zakat Selangor . Genap saya bertugas sebagai amilat selama 23 Tahun 5 Bulan ❤️.. Rasa sedih jua utk meninggalkan sahabat yg sangat baik2. Pada ptg tu pihak HR telah maklumkan di emel tentang persaraan saya.

Touch kad terakhir 😊

Adik2 yg shift mlm pun tidak ketinggalan bersama untuk lambaian terakhir utk saya.

Di bahagian proses kumpulan .. hari tu round je bergambar dan bersalaman..
Adakala tidak dpt menahan 😪😭

Di bahagian proses kutipan.. Nazlia team miss uols 😘

Naqibah Siti Khadijah circle.. Wan Ritini.. rindulah saya dgn usrah bersama mereka..

Di bahagian korporat.. korang mmg the best..

Ini adalah sebahagian staff saya di Bahagian Pengurusan Perekodan Dan Persuratan.. tugas saya terakhir..😍😘

Di Bahagian Kewangan.. saya disini selama 13 Tahun.. mahu tak adik2 dan kawan menangis bila memeluk saya.. saya pun samalah 😭 tapi bila bergambar boleh pula tersenyum riang 😁 .. sebelum tu boleh pulak dorang suruh bagi ucapan.. lama sungguh saya disini 😉

Kalian memang best dan sporting.. missed uols 😘

Rindu dgn keletah korang nanti..🤩

Ini pd hari jumaat sebelumnya.. bergambar dengan Divisyen HUB.. tmpt terakhir saya bertugas..

Hadiah sbgi kenangan Dari team saya.. bhgn Perekodan dan Persuratan.. terima kasih Hawa, Nora, zawin, asma, fatiha, umairah, maizatul Dan mazlan..

Bacaan doa dan kesyukuran pd jumaat tu..

Hadiah dari Divisyen HUB.. TQ uols🤩😍

Kenangan dari Intan Dan Kamilah.. TQ 😘🤩

Ada juga yg nak join bergambar lagi😍

Ini dibahagian Call Centre dan CMU. Saya disini selama 2 Tahun.. terharu dgn sambutan yg diberikan.. siap ada kek lagi 😍😘🤩

Semasa saya masuk.. terus marzatul peluk sambil menangis.. saya pun tak boleh tahan juga 😭😭 ye lah marzatul ni dah lama dgn saya hampir 15 Tahun.. mula bekerja dgn saya.

Ini dibahagian HR.. terima kasih atas urusan persaraan saya..

Ini dibahagian Setiausaha syarikat.. uols mmg the best 😍😘

Semoga diterima Allah segala manfaat yg saya curahkan sewaktu bekerja disini serta diberikan keampunan atas kekurangan.
Ukhuwah yg terjalin akan berkekalan.