Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 30 April 2014

WW # MEDAN HIGHLIGHT ^____^

Assalamualaikum kekawan.. semoga ceria dan sihat :)





Tengok video ni dulu ye kekawan...





Selasa, 29 April 2014

TERBANG bersama MH860 ke MEDAN ... ^__^

 Assalamualaikum kekawan ... Moga Ceria dan Sihat :)

Penerbangan saya ke Medan dengan MH0860.. ini kapalterbang yg sebelah tu ehe :) saya kebetulan duduk belah tingkap, jadi saya ambilah gambar kapalterbang yg disebelah tu :)


Inilah boarding pass saya.. masa pergi pukul 8.50am waktu Malaysia dan sampai di Medan 8.50am waktu Medan hehehe rupanya kita awal 1 jam dari Indonesia jadi kena putar ke belakang waktu jam tu...





Saya pun membedik panorama dari dalam flight indah pula melihat awan yg membiru dan matahari yg bersinar cerah...

Sesungguhnya filight ini tidak terbang tinggi .. bila saya menjenguk kebawah, kelihatan feri dari Dumai menuju ke Umbai Melaka.. ada pilihan kita hendak ke Medan dengan menaiki feri, lebih kurang perjalanannya 5 ke 6 jam..


30 minit kami membelah lautan.. berjumpa pula daratan muka bumi Medan...





Bentuk muka bumi Medan ini serupa juga dengan Selangor jer... pokok kelapa sawit.. pokok getah dan sawah padi.. dari atas kita lihat hijau ajer...
Sekejap jer sampai macam kita flight ke Langkawi saja... kacang yg di beri didalam flight pun tak habis di makan lagi ... pengumum dari kapten kapal kata sebentar lagi kita akan mendarat...
Sampai disini dulu ceritanya ye... nanti saya sambung lagi selepas gambar disusun untuk menulis entri lagi :)



Isnin, 28 April 2014

Mama K.E.P.E.N.A.T.A.N... demam RINDU mama..

Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat dan ceria ;)


Semalam dia menjemput saya pulang dari Medan, terus peluk dan cium saya , "rindu mama"katanya.. pagi tadi hantar ke sekolah oleh en suami, saya masih kepenatan lagi.. pas tu tengok dia balik semula bersama en suami.. " sakit perut dan demam"kata en suami.. bila saya rasa dahinya terasa sedikit panas, bagi ubat demam, pas tu suruh tido..

Tengok gambar sekeping dulu.. nanti stori mori ye..
rasa  hilang lenguh sendi dan urat bila sempat diurut oleh en suami sebelum pergi kerja tadi.. sayang u ketat2 en suami ehe ;)

Pandang di side bar.. Cheq Sue buat entri dah terima  GA saya.. saya minta maaf ye kekawan, lewat mengirimnya, bz dua minggu sebelum ni, saya harap hadiah tersebut dlm keadaan baik sewaktu menerimanya ;)

Jumaat, 25 April 2014

Renungan Jumaat # INDAHNYA UKHUWAH.. :)

Assalamualaikum kekawan... Jumaat yg berakah :)

Pada masa entri ini di publishkan , saya telah berada didalam flight menuju ke Medan Indonesia, trip tempat kerja saya, selama 3 hari 2 malam.. doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik ye kekawan :)











Khamis, 24 April 2014

Macam mana TANGKAP ULAT tu mama :)

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)

Pada hari isnin tu saya terima whatsapp dari cikgunya "Puan, Nabil menangis sakit gigi" , sebenarnya Nabil ada mengadu sakit gigi pada hari ahad tu, tak sangka pulak berlarut sehingga ke hari isnin, saya balas whatsapp cikgu tu "tengahari nanti saya datang ambil Nabil".
Dari pagi dia tak makan apa-apa sebab sakit gigi, jadi saya singgah kedai yg jual bubur nasi.. habis makan..

On the way ambil tu telefon klinik gigi.. petugas di klinik kata "kena buat appointment kak, hari penuh dah, nanti saya cek bila kosong, pastu adik tu kata hari selasa pukul 8.00pm ada kosong lagi kak" "boleh lah jawab saya.. " jadi malam hari selasa tu saya bawa nabil ke klinik gigi tu.. Duduk atas kerusi tu senyum-senyum dengan doktor tu.. "Mari doktor cek gigi tu, gigi lain semua okey cuma satu jer yg berlubang .. yg ni ke sakit" kata doktor tu.. Nabil mengangguk..


Doktor tu kata "lubang tak besar .. kalau nak tampal kena korek sikit, nak cabut tak boleh sebab belum masanya tanggal.. " "Tampal jer lah doktor " tambah saya.. maka bermulalah doktor mengorek gigi nabil yg berlubang tu.. berkerut-kerut mukanya menahan sakit.. doktor tu pun dah kata ada rasa sikit.. saya kata dgn nabil"tahan sikit ye, doktor tengah tangkap ulat yg gigit gigi nabil tu.. " doktor t pun mengiyekan pulak.. kena tangkap ulat ni.. buang nanti dia gigit lagi kalau tak buang... Lepas doktor korek sikit baru di tampal gigi yg berlubang tu... okey jer dia proses menampal gigi tu...

Kebetulan pula gigi Najeeha dah goyang yg belah atas tu... gigi geraham dia pulak tu.. jadi cabut terus dah sekali datang tu.. 

Baik doktor tu.. rajin melayan kanak-kanak, "ni doktor nak kasi makan strawberry" untuk kebaskan gusi tu doktor tu letak gel perisa strawberry.. tersenyum najeeha .. (sedap mama gel strawberry tu masa balik dirumah.. ) masa doktor tu nak ambil pencabut gigi tu, dia suruh najeeha pejam mata, doktor takut najeeha nampak, nanti takut pulak nak cabut gigi.. sekejap jer cabut tu sebab dah goyang sungguh.. 
Pada selesa lepas saya dah cuci gigi disitu.. pastu doktor suruh datang balik suruh saya tampal gigi saya yg dah haus di tepi gusi tu.. tapi gambar saya cuci gigi dan tampal gigi tu tak adalah pulak..

Balik rumah tu Nabil cakap dengan kakak2 nya...
"ooiiii sakit sungguh tangkap ulat tu kakak, lepas ni nabil nak jaga gigi baik-baik"
berderai ketawa kami semua.. malam tu dia gosok gigi dengan berus gigi dan ubat gigi yg dihadiahkan oleh klinik gigi tu.. pastu terus tido dengan lenanya 



Rabu, 23 April 2014

Selasa, 22 April 2014

LAWATAN KE MASJIDIL AQSA ? Fikirkan....

Assalamualaikum kekawan.. moga ceria dan sihat :)

Saya sebenarnya dengan suami bercita-cita hendak menunaikan umrah dengan menziarah tiga masjid suci iaitu Masjid Al Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram... tetapi bila terbaca post di FB ni rasa terbantut pulak nak ke Masjid Al Aqsa ni .. tak sangka banyak tipu daya Yahudi ni ye untuk mengaburi pandangan kita yg ianya tidak rasa bersalah...


Lawatan ke Masjidil Aqsa? Fikirkan
Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.
Ia sedikit menghairankan.
Kenapa?
Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)?
Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?
Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.
Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:
"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....
ISRAEL!!!"
Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?
Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!
Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya!
Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!
Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.
Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.
Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.
Jika seribu kali pun anda berfikir...
Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.
Namun begitu,
jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad) atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya (material dan moral).
Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.
Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.

Isnin, 21 April 2014

KAMBING GOLEK ... Idaman Hati.. ^____^

Assalamualaikum kekawan.. Alhamdulillah semoga kita semua terus dirahmati Ilahi dan sihat serta ceria :)


Ini kisah hari sabtu dan ahad kami.. tiada kemana pun.. cuma memenuhi undangan jiran yg baru melahirkan cahaya mata yang ketiga.. lama juga dia menanti cahaya matanya yg ketiga ni hampir lapan tahun.. Si baby comey yg baru berumur 52 hari .. di beri nama Nur Hadaliea Huda .. tak silap saya lah kan.. ehe :) lupa pulak nama.. dah trend sekarang nama anak ada tiga patah perkataan..

Sebelum tu diadakan bacaan yasin .. kemudian baru selawat dan tahnik untuk baby.. dulu ifa ni jiran selorong rumah saya.. lepas tu suami dia beli rumah fasa ketiga tu.. memang besar dan luas lah rumah tu... ni kira sambil menyambut rumah baru juga untuk bacaan yasin tu...

Di akhirnya budak bertiga ni lah yg gembira kerana dapat makan kambing golek tu.. Nabil makan di meja sama abahnya.. pun makan kambing golek ni... langsung tak makan nasi.. itu sahaja yg nampak oleh budak bertiga tu selain dari goodies coklat dan gula2 yg di sediakan... sehabis dari kenduri ni kami semua terus pulang ke Kuang rumah mak.. rumah mak biasalah borak dengan mak.. kebetulan adik saya pun balik... lepas maghrib baru balik Shah Alam..
Kekawang hujung minggu ke mana tu?.... ^___^

Jumaat, 18 April 2014

MENJAMU selera... DI pagi JUMAAT.... :)

Assalamualaikum kekawan... semoga sihat dan ceria :)

Apa yg dijamu didalam tupperware hijau dan pink.... :)

Ehe... Kerutuk Ayam.. malam tadi saya memasaknya untuk di bawa hari ini untuk makan bersama kawan ofis di pagi jumaat.. kan saya ada cerita.. rempah kerutuk ni di beri oleh kawan ofis yg balik kelantan rumah MIL nya .. jadi saya kirim beli rempah ni... bila saya tanya harganya berapa.. tak nak pula diberitahu.. tak apa saya beri pada akak ajer... nanti boleh beri saya rasa ye..
Dengan itu saya menunaikan untuk adik tu merasa apa yg saya masak ni...

Saya regukan pula bersama nasi mentega kismis tu... Nasi ni saya masak pagi tadi sebab mudah sangat masaknya kan...

Di pantry kecik kami di ofis ni.. ada juga yg membawa cucur pagi tu..

Ada juga yg makan dimeja masing-masing..


Tekun mereka memakannya sambil berbual... sebenarnya ada juga yg dirai.. k/tgn saya yg akan bertukar ke tmpt kerja ke Kajang.. Muhammad Fikri.. seorang staff yg rajin dan pendiam bila membuat kerja.. sedih pulak bila diambil oleh cawangan lain... saya juga yg kena cari staff baru untuk di interview..


Khamis, 17 April 2014

IKAN TAMBAN GORENG TEMPE BERLADO.... emmm dapnya :)


Assalamualaikum kekawan... :)



Inilah regu Sup Cendawan Bebola Ikan yg saya masak, goreng tempe berlado.. masa saya goreng tempe ni.. bila angkat letak kat piring tu.. satu.. satu hilang.. apa lagi anak saya tiga orang tu.. suka sangat makan tempe goreng ni... apa yg tinggal untuk mama sambal ni anak2 oiii.. tersengih jer dorang bila mama dah mula membebel...

Kekawan suka masak apa dengan tempe ni ye :)

IKAN TAMBAN GORENG TEMPE BERLADO

Bahannya :-

  • Semangkuk kecil ikan tamban yg siap dibersihkan
  • 1bungkus tempe ( saya beli yg dibungkus denganpisang tiga segi tu) 
  • 3 biji cili merah*
  • 10 biji cili api*
  • 4 biji bawang merah kecil* (*dikisar)
  • Garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, goreng tempe sehingga kekuningan, angkat , ketepikan.
  2. Goreng pulak ikan tamban sehingga garing, angkat, ketepikan.
  3. Lepas tu baru ditumis cili yg telah dikisar sehingga wangi, letak sedikit garam ye.
  4. Kemudian selepas cili masak, masukan ikan tamban dan tempe yg digoreng tadi. Gaul mesra.
  5. Siap untuk dimakan bersama nasi putih panas.. perghh memang bertambah makan tu ehe :)


SUP CENDAWAN BEBOLA IKAN...

Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat & ceria :)

Dua hari ni saya sibuk berkursus.. semalam last kursus Intermidiate Excell 2010... berasap jugak kepala di buatnya... banyak formula kena ingat.. dah tua ni otak pun dah payah nak pickup hahaha..
Asyik bertanya dengan adik2 yg sama kursus tu lah... "Macam mana dapat ye, akak buat tak jadi " soalan yg selalu adik2 sebelah depan belakang kena tanya ehe :)
Maaf kan lah akak korang ni ye... dah lambat nak pickup..
So dalam dua hari tu saya tak dapat nak BW blog kekawan sepenuhnya.. hari ni saya cuba recover mana blog yg saya tak sempat BW tu ye :)




Lauk weekdays saya selalunya yg simple dan cepat dimasak itu yg penting ehe :)
Kalau renyah sikit tu saya selalu masak masa weekend jer.. 
Sup ni kegemaran anak-anak.. hendaknya makan masa panas2.. so lauk ni masak akhir sekali.. Nabil paling suka hirup kuahnya dan makan macam tu ajer..
Regu makan ni mestilah ada yg berlado.. tak sah tak ada berlado ni.. bak kata blogger Eye-Nee dah tekak minang mesti ada yg podeh tu.. jadi saya buat goreng tempe ikan tamban berlado.. saya sendiri makan sup tu kobis bunga tu cecah dengan sambal belacan podeh berapi tu hahaha...
Jom intai resepi yg mudah ni kekawan :)

SUP CENDAWAN BEBOLA IKAN

Bahannya :-
  • 1 peket cendawan tiram
  • 1 pekat bebola ikan
  • sedikit bunga kobis (terpulang kekawan nak letak banyak mana ye)
  • 1 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • sedikit udang
  • 1/2 kiub ayam
  • Air
  • garam
  • daun sup 
Caranya :-
  1. Tumiskan bahan hiris hingga wangi kemudian masukan udang , kacau sebentar, lepas tu masukan air.(ikut kalau nak kuah letak air lebih ye)
  2. Bila air dah mendidih, masuk bebola ikan, cendawan, bunga kobis dan kiub ayam serta garam.
  3. Apabila bahan telah masak, taburkan daun sup dan tutup api.
  4. Siap di hidang.



Rabu, 16 April 2014

NASI MENTEGA KISMIS .... emmmm enak berkrim :)

Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)

Masuk ni dah dua kali saya masak nasi kismis ni kekawan, pertama masa kenduri turun mandi anak adik saya di Kuang pada tahun baru itu hari, mak saya dan adik saya kata sedap nasi ni, "boleh lah ko masak masa kenduri kahwin kak cik nanti " kata mak saya... aduh berat betul permintaan mak saya tu.. kata saya "mak acik masak untuk 50 orang punya makan boleh lah.. ni kalau dah 1000 orang mana mampu hehehe"... "boleh, ko masak sama dengan kak ateh nanti" tambah mak saya.. " haaa bagi resepi kat  ateh suruh ateh masak ", jawapan penyelamat saya..


Memang sedap nasi mentega kismis ni kekawan.. semua dalam rumah makan bertambah.. hendaknya si Nabil yg penggemar nasi minyak ni.. "terima kasih mama, masak nasi kegemaran nabil" katanya, hero seorang ni memang pandai mengambil hati saya.. 
Nasi mentega kismis ni saya regu dengan Ketam Tiga Rasa yang saya buat pada hari sabtu tu...

Begitu juga dengan Kerutuk Chicken Boxing saya tu, diregukan dengan nasi mentega kismis ni.. en suami komen sedap.. En suami makan malam tu sebab dia balik kerja sampai rumah dah pukul 8.00malam.. dari tengahari sampai dinner itulah lauk kami hehehe.. tak jemu kami anak beranak memakannya...

Nasi mentega kismis ni amat mudah membuatnya kekawan.. saya ambil resepi ni dari blog Sinar Kehidupan... Yatie memories yg pro dalam bidang masakan ni.. Akak minta izin tempek resepi di blog kecil akak ye yatie...
Jom cuba kekawan.. sedap bangat gitew.. bahan pun mudah ajer :)

NASI MENTEGA KISMIS


BAHAN-BAHANNYA :-)

·                     4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
·                     5 cawan air
·                     1 cawan susu cair
·                     1 kiub ayam "Maggi"
·                     2 camca besar mentega
·                     Garam secukup rasa
·                     1/3 cawan kismis
BAHAN TUMIS :-)

·                     1 biji bawang besar, didadu
·                     2 ulas bawang putih, hiris
·                     1 batang serai, dititik
·                     1 helai daun pandan, disimpul
·                     1 inci halia, hiris nipis
·                     1 kulit kayu manis
·                     1 kuntum bunga lawang
·                     2 kuntum bunga cengkih
·                     2 biji buah pelaga
BAHAN HIASAN

·                     Hirisan daun bawang
·                     Hirisan daun sup
·                     Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)

1.            Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
2.            Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
3.            Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama lauk2 kegemaran. Selamat mencuba..

Selasa, 15 April 2014

KERUTUK CHICKEN BOXING.... emmmm lazatnya :)

Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat & ceria :)

Saya masak Kerutuk chicken boxing ( tajuk entri tak mengalah tu) pada hari sabtu yg lalu.. Dah lama saya teringin nak merasa masak kerutuk ni.. ada yg panggil kerutup, kerutuk tetapi saya tengok dia tulis di peket tu kerutut.. Saya kirim kerutut dari kawan ofis yg balik kelantan rumah mak mertuanya...
Nabil kata sedapnya bau mama masak ni, bila dia turun ke dapur , terbau sudah masakan saya ke atas tu..

Close up sikit chicken boxing saya yg terbaring ni...

Mula-mula nak ambil gambar kerutuk chicken boxing ni berdiri macam ni tapi tak nak pulak ayam tegak berdiri hahaha..


Ini lah bahan-bahannya kekawan mudah ajer.. umpama kita masak rendang gitew... tengok lebel tu tulis Kerutut Daging Kg Langgar.. selain dari ayam kita juga boleh dengan daging...

Saya ambil resepi dari Kak Nor Blogger Secubit Garam yg dah pro pasal masak memasak ni.. tapi biasalah saya ada sedikit derhaka untuk memenuhi tekak selera saya ehe :)
Memang sedap kekawan... jom cuba


 KERUTUK AYAM K.Nor Style

Bahannya :-
1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh) (saya ganti dengan 6 ketul peha ayam)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2
1 batang serai di ketuk (saya tambah)
nisan/gula melaka
garam 
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup

Caranya :-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend. 
  3. Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
  4. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
  5. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air. 
  7. Biarkan hingga mendidih.
  8. Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.Masukan serai yg diketuk
  9. Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik. 
  10. Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
  11. Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
  12. Hidangkan panas2.





Isnin, 14 April 2014

KETAM TIGA RASA VS PEMANGGANG AJAIB :)

Assalamualaikum kekawan...



Masak ketam tiga rasa ni pada hari sabtu baru ni.. permintaan budak bertiga tu.. macam tak puas pulak makan ketam tiga rasa itu hari di jeti ikan bakar jeram tu.. 

Kali ni saya tak goreng ketam tu kekawan tapi saya panggang dulu guna pemanggang ajaib tu.. haaa rasa nak SERU nama hainomokje... untuk mencuba... mamazir kan dah ada kan tanjat-mak-tau. Jom lah mencuba hainom...


Elok jer beratur ketam tu kan dalam pemanggang ajaib tu... lepas tu curahkan sos tiga rasa tu ke dalam ketam yg siap dipanggang tu.. biarkan 10 minit supaya sos sebati dengan ketam tu.... wala wala... emmm memang lazat ehe :)

RESEPI KETAM TIGA RASA












Bahannya :-
  • 5 ekor ketam (dipotong dua)
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah *
  • 3 cm halia*(*dihiris)
  • 4sudu besar sos tomato,sos cili,sos tiram.
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar gula pasir/madu
  • garam
  • minyak utk menggoreng
  • beberapa biji tomato ceri
  • 1 pokok daun bawang dan sup.
Caranya :-
  1. Gaulkan garam dan kunyit pada ketam, susun didalam pemanggang, panggang selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang hiris hingga wangi, kemudian masukan cili kering kisar hingga masak.
  3. Masukan bahan sos, air  dan biarkan mendididh. Kacau sekata.
  4. Masukan tomata ceri bersama daun bawang sup yg dipotong sedang.
  5. Curah kuah sos di atas ketam didalam pemanggang. Masakan lagi selama 10 minit dengan api yg perlahan.
  6. Siap utk dihidang 



Berakhirnya... TRAUMA ITU...

Assalamualaikum kekawan... semoga sihat & ceria :)



Trauma apa yg telah berakhir tu... ceritanya boleh baca disini mama-mama-api-api-meletop. Semalam, adik ipar en suami @ biras saya datang tolong baiki plug aircond yg terbakar. Biras saya ni kerja di Syabas, incharge bahagian elektrikal.. ada sijil mengenai elektrik tu.. en suami memang tak pandai dalam bab ni.. tambahan pulak en suami pernah kena karen ni dulu-dulu tu yg en suami pun trauma sama ehe :)


Setelah di periksa oleh biras saya ni, dia kata "tempat suiz ni okey sebab dia guna tempat suiz yg baik, cuma plug ni jer kak ngah yg problem, kalau tak ganti pun tak apa, ganti yg plug jer" En suami saya jawab "ganti jer lah semua, takut jadi balik nanti"

Siap dah diganti dengan plug dan suiz baru.. cuba on kan aircond... Alhamdullillah .. okey.. Biras saya kata "kita tengok dulu dalam seminggu, kalau ada bau hangit , nanti kita buat suis khas buat aircond jer.. kita tarik dari main suis" Saya pun mencadangkan supaya ganti terus main suis kepada 3 phase.. En suami kata banyak kerja, kena pecah dinding, pastu kena tarik dari luar main box tu pulak... Biras saya mengiyekan kata en suami tu.. kalau camtu kita tengok lah dulu macam mana..
Malam tadi baru kami berani memasang aircond setelah lima hari trauma dengan kejadian itu..