Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439H..πŸ’–πŸ˜



Assalamu'alaikum wbt
Hari ini Khamis 21 Sept 2017 bersamaan
29 Zulhijjah 1438H

In syaa allah tinggal 1 hari lagi :
*tahun 1438H akan mengudur diri
*kita akan menyambut Awal Muharram 1439H

*01 hb Muharram 1439H jatuh pada hari Jumaat 22 September 2017 M*

Tetapkan Semangat...

MENJELANG AKHIR Tahun 1438H

πŸƒπŸŒ»πŸƒπŸŒ»πŸƒπŸŒ»πŸƒπŸŒ»

πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦Buat Keluarga ku
Anda semua telah menyemarak semangat dalam hidup ku

πŸ‘©πŸ»πŸ‘¨πŸ»Buat Sahabat ku
Jangan melupakan aku dan ma'afkan bila aku pernah membuat diri mu kecewa

πŸ‘©πŸ½πŸ‘¨πŸ½Buat teman ku
Ma'afkan aku kalau aku ada berbuat salah yang disengaja atau pun tidak disengajakan

πŸ‘€Buat yang tidak suka pada aku!
Maafkan aku jika selama ini aku selalu salah dimatamu

πŸ‘€Buat orang yang pernah menyakiti aku
Terima kasih kerana sudah mengajar aku erti sebuah kesabaran

πŸ‘₯ πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦πŸ‘¨πŸ»πŸ‘©πŸ»πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ»
Terima kasih anda semua kerana hadir dalam hidup ku dan menjadikan 1438 H tersangat indah bagiku

πŸƒπŸŒ»πŸƒπŸŒ»πŸƒπŸŒ»πŸƒπŸŒ»

Anda semua pembakar semangat dlm hidup ku

Selamat menyambut awal Muharram!
Kikis segala perasaan geram
Hapuskan segala perasaan dendam
diLubuk hati jangan diperam
kelak kehidupan menjadi suram

Salam Awal Muharram
Khamis waktu asar - Doa akhir Tahun

Khamis waktu maghrib - Doa Awal Tahun


Sumber : WhatApps

Selasa, 19 September 2017

The Last Lecture...😒

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Bila baca catatan ni hati menjadi sebak pula 😒..
Muhasabah diri sungguh.. saya ni bila  baca perkongsian orang lain.. mula lah koreksi diri sendiri.. ada juga yg terkena batang hidung sendiri.. semoga kita semua terus diberi hidayah oleh Allah..

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama...

Sumber : WhatsApp

Rabu, 13 September 2017

Gi HANTAR jer πŸ˜†πŸ˜š

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Dah lebih seminggu blog ni terbiar sepi πŸ˜†πŸ˜Š.. tuan rumah ke daun ni bz + maleh juga ni..
Malam tadi gi menghantar biras ke airport utk melanjutkan pelajaran ke UK.. biras saya yg lelaki tu.. adik ipar saya yg perempuan tu.. adik en suami.. mereka disana selama 1 tahun .. insyaAllah..
Semoga dipermudahkan segala urusan dan beroleh kejayaan..

Adik beradik en suami semua gi menghantar dan juga sepupunya.. malam tadi KLIA tu mcm budak2 kecik 4 org tu punya πŸ˜†πŸ˜ penuh dgn tawa dan jerit.. melambai auntie Alin dan uncle Saiful nya. Nabil siap ckp "uncle boleh tak nabil nyorok dlm beg.. nak ikut "πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‚ mcm2 anak den ni..

Pastu si bujang ni teruja pulak melihat Lamborghini warna biru ni.. apa lagi sibuk bergambar dgn kereta impiannya..

Semalam tengahari.. Facebook pun ada memories dgn lamborghini oren ni pada tahun 2012.. 5 tahun sudah berlalu πŸ˜†πŸ˜Š
Itulah kisah kami hihihi.. pada sunyi sepi jer blog ni πŸ˜€

Selasa, 5 September 2017

Ya Allah.. Terimalah KORBAN Kami..πŸ‚πŸ

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Pada hari raya aidiladha yg kedua , saya dan adik beradik mengadakan majlis korban. Selalu saya dan suami buat korban melalui online.. tahun ni saya jer yg korban.. en suami dan anak-anak masih lagi melalui online.. tahun ni hantar ke Rohigya pulak.. semoga korban kami diterima oleh Allah..

Selepas asar kami mengadakan tahlil arwah mak dan abah.. diam tak diam dah 3 tahun mereka pergi meninggalkan kami. Semoga roh mak dan abah dicucuri rahmat Ilahi serta ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan solehin. Al fatihah.

Selepas tu diadakan majlis marhaban dan tahnik untuk cucu dan anak buah yg baru lahir tahun ini.

Pada sebelah malam buat pula sambutan hari lahir ogos dan september. Untuk kak lang dan suami. Abang alang lahir 25 ogos dan kak lang lahir 27 ogos. Jadi anak2 buat sambutan sekali.
Semalam 4 september hari kelahiran puteri sulong saya Sofea Nabilah. Doa mama semoga kakak menjadi anak yg solehah, taat pada perintah Allah dan menjauhi larangan Nya. Berjaya dunia dan akhirat serta diberikan kesihatan yang baik . Aamiin.

Ahad, 3 September 2017

RESEPI KETUPAT PALAS JAGUNG 🌽🌽


Beras pulut 1/2 kilo
jagung 3 batang
santan 1/2 kilo(tmbah lg rm2)
gula&garam nk masukkan boleh xnk pon boleh(depends)

cara2:
1)masak santan gula& garam(xnk letak pon boleh jer),(letak daun pandan),api kecil bila santan dh mendidih sikit masukkan beras kacau smpai kering(macam msk nasi)
2)masukkan jagung.biarkan jagung masak seketika bersama pulut.
3)dh kering boleh angkat.biarkan suam dah boleh balut.πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
4)lepas siap balut dh boleh rebus😘😘pastu boleh dah ngapppp!

credit : Anis Idayu‎

Sumber : Facebook

Sabtu, 2 September 2017



Resepi Agar-Agar Tembikai
====================

Perghhh!!! Terbaik betul kalau dessert macam nie dapat makan waktu musim2 panas.. budak2 pun suka!! Kalau dihidangkan untuk tetamu, confirm esok datang lagi..

Mudah jer buatnya..

Bahan-Bahan :

1. Potong dadu buah berikut :
✔️ Buah Naga
✔️ Buah Kiwi
✔️ Buah Nenas
✔️ Buah Betik
✔️ Buah Tembikai
✔️ Buah Anggur
✔️ Buah Apa-Apalah yg korang suka

2. Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yg dikeluarkan isinya

3. Panaskan Agar-Agar seadanya.

4. Tuang Agar-Agar dalam tembikai

5. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti

6. Apa lagi.. makan lah.. 😍😍😍



Silakan share

Sumber : Starvingtime ΰΉ€ΰΈ£ื่องกิΰΈ™ΰΉ€ΰΈ£ื่องใหญ่
Sumber : Facebook