JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 31 Januari 2018

CARA SOLAT GERHANA





Jom share

Sukacita dimaklumkan bahawa fenomena GERHANA BULAN PENUH (100%) akan berlaku pada hari Rabu malam Khamis, (14 malam 15 Jamadil Awwal 1439H ) bersamaan 31 Januari 2018. Sehubungan itu, Solat Sunat Gerhana Bulan akan bermula pada jam 9:33 malam. 
                 

Berikut adalah Kaifiat Solat Gerhana Bulan :  

Rakaat Pertama 

Lafaz niat :
1. Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua raka'at menjadi Imam/ Makmum kerana Allah Ta'ala.

2. Takbiratul Ihram (serta niat)

3. Membaca doa Iftitah

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Kafirun

6. Ruku'

7. I'ktidal

8. Membaca surah al-Fatihah

9. Membaca surah al-Ikhlas

10. Ruku'

11. Iktidal

12. Sujud

13. Duduk antara dua sujud

14. Sujud kedua

Rakaat Kedua :

15. Membaca surah al-Fatihah

16. Membaca surah al-Falaq

17. Ruku'

18. Iktidal

19. Membaca surah al-Fatihah

20. Membaca surah an-Nas 

21. Ruku'

22. Iktidal

23. Sujud

24. Duduk antara dua sujud

25.Sujud kedua

26. Duduk tahiyat akhir

27. Memberi salam.

* Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah

* Memperbanyakkan Istighfar

* Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.

* Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.

* Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.

Sumber : Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan 
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MAKLUMAT GERHANA BULAN PENUH :

Detik - detik Gerhana Bulan penuh :

7:50 Petang       :       Bulan mula memasuki bayang gelap bumi

8:22 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 50%

8:53 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 100%

9:33 Malam        :        Kemuncak gerhana bulan penuh

10:28 Malam      :        Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi

11:10 Malam      :        Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi

Sumber : Pejabat Mufti

Sumber : whatAps

KEK VANILA VERSI SANDWISH MAKER 🎂

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti kpd yg bercuti.. tadi jalan2 kat FB.. melintas pulak resepi kek mufah no.. apa lagi save dulu kat sini.. esok2 nak buat senang kan 😘😉
Tekak terasa nk mkn kek..tringat satu resepi yg ringkas dn mudah,kek vanila versi sandwish maker..pns2 sdp
Bhn2
1 cwn tepung naik sendiri(saya guna tepung gandum je)
1sk(kfc) baking powder
1/2 cwn gula
2 biji telur
1sk esen vanila
2sb susu pekat
1/2 cwn minyak
Cara2
Blend smua bhn2 diatas kecuali tepung& minyak..
Kemudian tuang dlm bekas baru masuk kn tepung n minyak..kaup balik kn saje
Sapu kn minyak ckit..panas kn sandwich maker.masuk kn adunan ,bkr selama 3 minit..
Siapppp...dpt 15 biji adunan ni
Slmt mncuba

Sumber : Facebook

Jumaat, 26 Januari 2018

Untuk SEMBUH PENYAKIT..

Kene simpan ilmu ni baik2...

1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Sumber : whatsApp

Ahad, 21 Januari 2018

SURAT CINTA DARI ALLAH TENTANG SOLAT..

SURAT CINTA drp ALLAH tentang SOLAT:

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita dan kita pula mengejar dunia.

Sumber : Facebook

Jumaat, 19 Januari 2018

UMUR KITA TERLALU SINGKAT 😢

*Umur kita terlalu singkat*
... hingga *ALLAH* kurniakan  *Lailatul Qadar* untuk menambah umur amal.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.

*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.

*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan siapa yg *beramal jariyah, share ilmu yang bermanafaat, dan mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh,* pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.

Wahai diri..., *usia umat Nabi Muhammad SAW rata2 hanya 63 - 65* tahun. Kalau saat ini usia kita *Sudah 45 tahun,* paling lama *20 tahun* lagi Malaikat Al Maut akan menjemput kita..

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT... JANGANLAH DI SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG DIBERIKAN ALLAH SWT. ...*

Moga beroleh umur yang berkat dan pahala yang panjang walaupun umur kita singkat.

Hidup ini bagaikan Senafas Ke Barzakh.

*Senafas Ke Barzakh* : https://goo.gl/N91mmH

Sumber : WhatsApp

Isnin, 8 Januari 2018

Yang Mana SATU .. Sholat SUBUH Kita.. 😌


Peringatan yang sangat mengesankan..

*SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI*

*Jika subuhnya sentiasa dipelihara.*
Tanda akan selamat dari neraka.

*Jika subuhnya tiada dia tinggal.*
Allah melindunginya dari aral.

*Jika subuhnya didahului sunat.*
Berganda isi dunia dia mendapat.

*Jika subuhnya bergelapan ke musolla.*
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

*Jika subuh ke cerah berwirid lagi.*
Mendapat pahala umrah dan haji.

*NAMUN...*

*Jika subuhnya tiada dijaga.*
Pada wajahnya tiada cahaya.

*Jika subuhnya sengaja terlupa.*
Tanda imannya tiada bernyawa.

*Jika subuhnya terasa berat.*
Tanda munafik sudah mendekat.

*Jika subuh tiada dipeduli.*
Tanda iman menghampiri mati.

*Jika subuhnya tiada berjama’ah.*
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

*Jika subuhnya tiada ke masjid.*
Tanda imannya ada penyakit.

*Jika subuhnya selalu terlewat.*
Tanda imannya semakin cacat.

*Jika subuhnya diakhir waktu.*
Tanda iman semakin kelabu.

*Jika subuhnya hari dah siang.*
Tanda rezekinya udah hilang.

*Jika di subuh masih berdengkur.*

Tanda syaitan memeluknya tidur.


Sumber :: WhatsApp

Selasa, 2 Januari 2018

SELAMAT TAHUN BARU & KEMBALI KE SEKOLAH.💖

Assalamualaikum sahabat semua 😍
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya. Allahuma aamiin..😍

Selamat menyambut tahun baru 2018 buat sahabat semua.. hihihi baru berkesempatan mengucapkan 😆
Ehhh apa pulak ada kalender arab 2018.. teruja betul saya tengok cuti di sana.. yg warna ungu tu utk cuti sebulan Ramadhan al mubarak.. teringat pulak kata arwak mak saya, dulu2 cuti sekolah mak adalah bulan Ramadhan sebulan.. maknanya dulu2 kita ikut cuti kalender Islam.. masa tu kat bulan penuh berokah.. elok lah menjalani ibadah puasa dan ibadat2 yg lain kan. Pastu yg warna kuning cuti hari raya Eid Al-fitri.. disana cuti 5 hari. Yang berwarna biru tu pula cuti hari raya Eid Al-Adha cuti selama 4 hari.. tengok kat hari bulan tu 9 zulhijjah bermula cutinya sehingga 12 Zulhijjah.. maknanya ambil hari arafah utk berpuasa sunat bagi yg tidak mengerjakan haji.. kemudian hari tasyriq utk mengerjakan ibadat korban. Hari cuti hujung minggu mereka Jumaat dan Sabtu.. patutlah bila hari Jumaat ramai orang di Masjidil Haramain.. mereka mengerja umrah dan ziarah di Madinah bagi mereka yg tinggal berhampiran.. misalnya dari Riyad ke.. macam kitalah contohnya orang Selangor pergi bercuti ke Muar Johor.. makan asam pedas Tg Mas tu hihihi😆.. kekadang tergelak juga .. bila orang arab cakap orang melayu ni tak boleh tinggal dgn makanan suka makan.. iya lah kat sana saya dgn adik dan kak lang suka merasa makanan arab.. hendaknya nasi arab daging unta.. pergh dah lah harga sedulang SR200 hihihi.. tapi kita boleh makan 10 orang ni.. 😆.. eehh cerita makan pulak.. jom balik cerita kelander tu.. pastu cuti dorang lagi ialah Hari Kebangsaan @ National Day setiap 13 Muharam.. itu saja cuti mereka kan.. tak ada pun cuti new year @ tahun baru ni.. 😆😅


Dapat kelandar tu sebab beli jam hihihi.. hadiah hari jadi nabil sebab jam dia dah rosak.. jauh benar beli jam ye yati 😆 sebenarnya masa bercuti ke Langkawi pada bulan 11 tu nak beli lah.. (ehh tak ada entri pun cuti2 Langkawi..Nanti kalau rajin pandang belakang ye😆)
Jadi saya berjanji dgn Nabil.. nanti mama beli kan jam nabil kat sana.. sebenarnya memujuk dia kena tinggal masa umrah tu pun iye gak 😅

Nabil kata nak jam macam kawan sekolahnya dulu di Sri Alhana.. abang asyraf katanya.. yg dia pergi umrah sekeluarga tu.. Jadi saya teringat cikgu tuisyen Najeeha.. ada juga membeli disana.. saya pun WA cikgu bagi gambar jam tu dan di mana kedainya.. dgn itu mudahlah saya mencari..

Yang bagusnya jam ini ada tunjuk kiblah dan boleh dibawa seluruh dunia. Set ajer negara mana kita berada. Contohnya kita ni Malaysia tinggal di Selangor..  Shah Alam.. bila dah set tu.. automatik boleh lah cari arah kiblat.. waktu solat.. 
Ada yg masa membeli tu orang Sabah.. dalam tu dah ada Kota Kinabalu ke.. dia tinggal Kinabatangan tak salah saya.. teruja sungguh ada dah di set dlm tu..

Yang best juga jam ni boleh tulis nama dan terpapar di muka jam tu.. tu yg nabil gembira sangat ada nama nya 😄

Masa tu ada diskaun jam tu.. jam nabil tu sepatutnya SR200 tapi diskaun 20% dptlah SR180.. pastu ada pulak ofer utk jam universal ni.. perempuan pun boleh guna dgn harga SR100. Saya pun ambil lah utk saya hihihi hadiah diri sendiri😆

Teruja tu ada nama sendiri.. tapi boleh 8 huruf ajer.. jadi tulis nama pendek Hayati.. cuba tengok gambar atas tu..ada simbol kubah masjid. Itu tanda waktu solat.. tengok sebelah kiri tu -13.. maknanya lagi 13 minit masuk solat maghrib .. waktu 7.03 .. maghrib masa tu 7.16 tak salah saya. 
Pastu kat atas tu ada tulis Kiblah.. itu utk cari kiblat.. tekan butang tu.. pastu pusing2 kan jam tu.. pastu keluar anak panah menunjukan kiblat tempat kita berada tu.. baru ni cubalah cari kiblat kat bilik ofis saya tu.. bila buat .. eh kiblat arah ni ye.. sebab saya punya kedudukan tempa tu berbeza dari surau ofis saya tu.. dah mudah skrg ini.. hendak solat dgn tak je kita ni.. walau dimana kita berada.. asalkan tmpt tu bersihkan..

🌻🌻🌸🌸🌹🌹
Ok kita cerita pulak anak masuk sekolah..☺

31 Disember 2017 - Hantar kakak Nabilah masuk balik madrasah.. 

Waktunya - 2.00pm - 6.00pm. Nabilah suruh hantar lepas asar.. hahaha nasib baik di Shah Alam juga..😆

semua kos RM700.00 termasuk yuran Januari 2018 , pendaftaran dan kitab2 tahun ni..

1 Januari 2018 - Hantar kakak Najeeha pula balik asrama di SAM Tengku Ampuan Jemaah.

Waktunya - 2.00pm-5.00pm.. jadi lepas solat Zohor terus hantar jeeha ke sana.. masa tu lah bayar yuran asrama, ambil buku teks.. sebab mrk kan tikus makmal utk salibus baru hahaha.. kemain tebal2 bukunya.. jeeha kata mcm budak Universiti punya buku mama.. hendaknya maths dan sains tu.. mama pun seram menengoknya😨😱..
Saya kat situ sampa pukul 4.00pm.. menolong dia mengangkat barang masuk dom.. dapat katil atas lagi.. seram mama.. pastu tolong balut buku teks lagi.. abahnya dan nabil gi gunting rambut..

Kos semuanya - Memang menangis mama 😢😢 RM1,090.00

2 Januari 2018 - menghantar Nabil pulak di SRAI DMYS..
Hendak juga minta mamanya menghantar sampai kelas.. udahlah kelas tingkat 3.. mama daya kan juga utk hero seorang ni 😆
Nak jadi cerita masa saya menghantar nabil tu adalah seorang budak smpi ke kelas nabil.. masa tu perasan masuk pintu pagar sekolah tu jalan depan kami.. saya rasa budak darjah satu ni.. jadi pelik juga kenapa masuk kelas nabil tahun 5 ni.. pastu tanya dia.. darjah brpa.. "darjah 1 Adnin m.cik.." katanya.. laaa darjah satu kat bawah sayang kata saya.. tunggu kejap.. mak cik hantar.. lepas tolong nabil lap2 meha tu dan salam cium nabil.. saya pun turun kebawah menghantar anak tu tadi.. tanya dia.. mak mana.. mak kat bawah tadi pastu gi kerja.. la iye ke.. ok nama siapa. Umar Bin Kamaruzaman.. jadi saya tengoklah senarai nama kat pintu kelas pertama tu.. cari namanya.. tak ada.. gi pintu.. kedua tengok lagi.. pastu tak ada juga.. tengok nama kelas kat atas pintu.. haa 6 Naim.. ehhh bukan ke tahun lepas darjah 1 kat bawah.. 
Lepas tu tanya lah seorang ibu yg menghantar anaknya.. tahun 1 kat mana ye.. tingkat 2 puan.. haa dah tukar ke.. iye dah tukar.. saya pun baru lepas hantar anak kat situ.. kan masa orentasi tu dah tunjuk kelas.. ohh iye ke.. ini bukan anak akak.. dia masuk kelas anak akak tahun 5 tadi.. laaa iye ke kak.. akak naik tu ha tahun 1 tanda kelasnya.. saya pun tanya lah si Umar ni.. Umar 1 apa ye.. 1 Adnin m.cik.. jom kita naik cari.. beg boleh tahan beratnya.. saya mmg bawa kan saya turun tadi. Naiklah semula keatas kami berdua.. smpi kelas tu.. saya dudukan meja depan tu. Umar duduk sini..jgn gi mana2 tunggu cikgu datang ye.. "Baik.. terima kasih m.cik" senyum si Umar tu.. baru saya tengok dia senyum.. tadi muka cuak ajer tak jumpa kelas.😦😊
Kekadang budak umur 7 tahun walaupun dah ditunjukan kelas pada hari sabtu tu tentu lupakan.. mungkin maknya tentu bergegas menghantar anak2 yg lain.. semoga Allah melindungi anak2 kita. Ehhh panjang pulak cerita ni..😆

Kos Nabil - yurannya dah bayar pada 28 Disember 2017 tu hari.. jumlahnya RM489.00 utk kesemua perihal sekolah tu.

KOS SEMUA UTK ANAK2 SEKOLAH = RM2,279.00😢
😢#bergenangairmataku 😂😂

Itulah kisah kembali ke sekolah anak2 saya.. maaf lah tak ada gambar mereka.  Maknya dah tak teruja nak mengambil gambar 😆😆😄

Kawan WA group sekolah ada hantar gambar Yuran Sekolah 1979.. masa tu saya darjah 4.. kos keseluruhan yuran RM19.00 hihi.. teringat kata2 arwah mak.. kalau dulu yuran sekolah mcm sekarang .. mahu tak sekolah korang.. ye lah.. 9 0rang nak disekolahkan.. itu pun kami baju sekolah pakai turun temurun.. lepas kak ngah.. turun ke kak lang.. pastu kak andak.. tak pun mak beli saiz besar.. lipatlah segala yg boleh dilipat kan hahaha.. tapi saya suka sekolah.. kenangan terindah 😍😚😘

P/s maaflah entri panjang.. tak tahu lepas ni keluar dari gua bila lagi.. dah kena sawan malas ni😆