JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 29 April 2023

SALAM EIDUL FITRI 1444H/2023M

 Assalamualaikum sahabat semua๐Ÿ˜
Salam Eid Mubarak 8 Syawal 1444H, rindu dgn sahabat blogger semua๐Ÿฅฐ Dah nak masuk bulan Mei.. 5 bulan berlalu.. tiada cerita dimuat naik.. aduhai.. jadi kita ceritalah hari raya ye..




‎ุชَู‚َุจَّู„َ ุงู„ู„َّู‡ُ ู…ِู†َّุง ูˆَู…ِู†ْูƒُู…ْ ูˆَ ุชَู‚َุจَّู„ْ ูŠุงَ ูƒَุฑِูŠْู…ُ

Taqabbalallahu Minna wa Minkum waTaqabbal ya Kareem๐Ÿ•Œ๐ŸŒŸ๐ŸŒ™

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua & dilanjutkan usia bersua Ramadhan Tahun mendatang. Aamiin Ya Rabb.

 ๐Ÿ’ซSalam Eidul Fitri 1444H/2023 ๐Ÿ’ซ

Mohon Maaf Zahir & Batin atas segala salah dan silap terkasar bahasa keterlaluan cara.

๐Ÿ€✨✨✨✨๐Ÿ€



Sesungguhnya penuh cerita suka dan duka pada tahun 2023. Pada 14.3.2023, yakni lagi 10 hari untuk menyambut bulan Ramadhan, kami telah kehilangan abang sulong, Abdul Jalil Bin Haji Mohd Isa, pemergiannya sungguh mengejutkan kami adik beradik. 


Along memang ada sakit kanser sejak 8 tahun yg lalu, tapi beliau tidak sakit terlantar, beliau juga tidak mahu buat rawatan kimoterapi, keadaan fizikalnya sihat , cuma on off sakitnya.. bila dtg ziarah along masih elok berbual mesra. Seminggu sebelum tu, kak ateh ada dtg menziarah along , kak ateh kata along tak sihat, tapi masih elok duduk bersembang dgn kak ateh, jadi merancang utk ziarah pd 16.3.2023 sambil buat kenduri sambut ramadhan dan bacaan tahlil utk almarhum abah dan almarhumah mak, namun perancangan Allah sebaiknya.. 

Kak ateh yg begitu terkejut kerana baru saje berjumpa walaupun pada masa itu along kata tak sihat ni, badan rasa tak sedap, kak ateh nak bawa ke hospital, tapi almarhum menolak, nanti sakit badan along kena cucuk jarum, kalau nak mati biarlah dirumah, katanya.. benarlah , sungguh mudah pengakhiranya, pagi pukul 10.00am almarhum nazak dan dlm pukul 10.15am almarhum meninggal dunia. Adik saya uda dan kak ipar saya yg menghadap pemergiannya. ๐Ÿ˜ช

Alhamdulillah , kami adik beradik dpt menguruskan jenazahnya.. sedih yg amat sgt sewaktu memandikan jenazahnya.. menjirus air mawar keatas tubuhnya๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ




Cuma adik saya itam Azharudin yg tidak dpt melihat jenazah almarhum kerana baru saja balik umrah pd hari almarhum meninggal. Itam transit di Singapore pukul 12.00 tghri. Saya cuba call juga, pd pukul 11am, ingatkan dah smpi, rupanya delay 1 jam, itam cuba juga untuk ambil flight dari singapore je KLIA, yg ada pukul 5.00pm , tak dpt juga tunggu sbb dah pukul 8.00pm baru smpi.. Redha atas segala ketentuanya.๐Ÿ˜ฅ

Anak almarhum yg sulong pun tidak dapat melihat ayahnya kali terakhir kerana dlm pelayaran ke Bintulu Sarawak. Pada hari khamis baru dapat balik ke Semenanjung. 

Anak almarhum yg no 2 dari Johor dapat jumpa jenazah di Masjid  utk solat jenazah. Yang pakai pelitup muka kerana dia tak sihat batuk dan demam sedikit. 

Damailah along , Almarhum Abdul Jalil, bersemadi di sini. Ya Allah , Ampunilah, rahmatilah , kasihanilah along, semoga rohnya bersama para anbiya, siddiqin, syuhada dan solehin.  Gantilah syurga sebagai tempat tinggalnya yang baru. Aamiin๐Ÿคฒ๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š ALFATIHAH