JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 27 Ogos 2018

YA ALLAH.. TERIMALAH KORBAN KAMI 🐂🐐😍💖

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Alhamdulillah pd tahun ini diizinkan Allah s.w.t utk kami sekeluarga melakukan ibadat korban. 
Jadi pd hari khamis pagi tu.. MjFatonah menghantar lembu yg telah kami beli utk korban tu. Adik saya uda yg terima lembu tu.. siap selfie dgn lembu tu.. uda kata .. pak cij tu bekalkan dedak utk makanan selama dua hari. Sebab kami mengadakan korban pd hari sabtu. 

Jadi ptg tu tak sabar anak2 saya nak balik kuang sbb nak tengok lembu. Anak2 cukup gembira dgn lembu yg sgt baik ini. Elok saje anak2 bermain dgn lembu ni.. termasuk mama dan abahnya 😉

Teringat sewaktu memilih lembu untuk dijadikan korban ini. Kami bertanya kepada lembu-lembu yg berada dlm kandang tersebut. Siapakah yg mahu menjadi korban kami pd tahun ini.. hulurkan kepala kamu.. maka lembu yg bernombor 6220 ini menghulurkan kepalanya. Alhamdulillah.. terima kasih ye mahu menjadi korban kami 😊

Jadi pada sabtu 25.8.2018 bersamaan 13 Zulhijjah.. kami membuat majlis korban. Pagi tu sempat lagi abg along saya dan saya berselfie dgn lembu ini. Sangat baik.. diam dan elok duduknya sewaktu kakinya diikat utk disembelihkan.

Diam dan tidak meronta-ronta sewaktu disembelih tu. Kami terus bertasbih sehingga selesai disembelihkan. Ketua penyembelihan dilakukan oleh adik saya Ustaz Azharudin.

Kemudian ketua melapah dilakukan oleh abang along saya. Bersama en suami dan anak2 buah yg telah diberikan tugasan.

Bagi tugasan menimbang dan mengagihkan daging diketuai oleh kak ateh saya bersama anak menantunya. Adik saya ucu dan anak kak andak buat penghantar daging kepada fakir miskin di kampung kami.

Bagi tugasan memasak telah diketuai olek kak angah saya. Kak angah masak rendang hati,limpa dan paru. 
Kak alang saya masak sup tulang bersama kak hafsah.. jiran kak lang saya. Saya pula memasak rendang hijau daging bersama maman.
Gambar rendang hijau saya sahaja yg ada 😆😉
Kak andak saya masak nasi lemak.. adik saya uda sediakan kuih muih serta minuman..

Selepas mahgrib kami mengadakan bacaan yasin, tahlil semua arwah dan doa selamat utk semua.

Selepas solat isyak baru kami menikmati juadah yg disediakan. Menu utamanya ada lah mee/bihun sup tulang lembu, nasi impit, rendang hati limpa dan paru, rendang hijau daging dgn maman, nasi lemak dan kuih muih serta minuman. 
Gambar tak sempat ambil sebab leka berbual dan menikmati juadah 😆😉

Semoga ibadah korban kami diterima oleh Allah s.w.t. 
Dan jua pengajaran kepada kami untuk menjadi hamba Allah yg taat pada perintah Allah s.w.t seperti Nabi Ibrahim a.s dan menjadi contoh anak yg patuh seperti Nabi Ismail dlm menyantuni suruhan ayahnya atas perintah Allah s.w.t. Aamiin

Ahad, 26 Ogos 2018

SIAPAKAH YG LAYAK MENDAPAT HAJI MABRUR ??

Copy & paste

Tazkirah Dhuha...

SIAPAKAH YG LAYAK MENDAPAT HAJI MABRUR ??

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini. Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari pelosok bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah."

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah."

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik."

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar," kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh. "Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?" tanya Ulamak.

"Betul, siapakah Tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak."

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa Tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu. "Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini."

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allahuma labbaik.... Labbaika la syarika laka labbaik... innal hamda... Wanni'mata... Laka wal mulk... La syarika lah..."

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, "Ya Allah aku rindu Makkah... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah... Izinkan aku datang... Izinkan aku datang, ya Allah..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji."

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar."

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu."

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?"

"Ya, saya juga dapat menghidunya."

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya."

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya." Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh Tuan"

"Saya sanggup membeli walaupun dengan harga yang tinggi," kata saya tegas. "Makanan ini bukan untuk dijual, Tuan," katanya sambil berlinang air mata. Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk Tuan," katanya. Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram."

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. "Ini masakan untuk kamu."

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. "Gunakan wang ini untuk Puan dan keluarga Puan. Gunakanlah ia sebagai modal untuk berniaga, supaya Puan sekeluarga tidak akan kelaparan lagi."

Ya Allah... di sinilah Hajiku..
Ya Allah... di sinilah Makkahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Fikirkanlah bagi orang yang telah berkali-kali naik Haji tapi bakhil... Di mana tempatnya... Sedangkan dalam masa yang sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...

Siapakah kita hari ini? Marilah sama-sama kita doakan mereka yang dalam kesempitan  kesusahan.. Infaqlah & korbankan dari apa yang kita ada untuk mereka... Insha ALLAH.
Aamiin.

JASA TIDAK BINASA⚡

Jumaat, 24 Ogos 2018

TAZKIRAH SENTAP :: KORBAN 🐐🐂

TAZKIRAH SENTAP KORBAN 🐂🐪🐐

"Bang, cuci cermin?" Ujar pam attendan Petronas pada aku.

"Oh ok."

"Nama siapa?" Tanyaku.

"Ibrahim."

"Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim."

Dia senyum.

"Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim."

"Abang ada korban ini tahun?"

"Ada."

"Abang bagus."

"Kamu?" Tanyaku.

"Ada bang. Tiap tiap tahun."

"Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu?"

"Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan."

"Alhamdulillah."

"Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama."

Terkedu. Aku diam. Insaf.

Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku.Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajah nya.

Seorang yang bergaji rm900 mencintai nabinya! Kita?

Aku letak pam. Hulur rm5.

Terima kasih. Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya.

Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmata keinsafan & kesedaran...

Salam Hari Tasyrik...



Sumber : Facebook

Khamis, 23 Ogos 2018

Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih 3 Hari & Kaedah Penyimpanan Daging.🐐🐮



*KAEDAH MENYIMPAN
DAGING KORBAN YG BETUL*
_*Agar tetap terjaga kualitinya_*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!! 


Semoga memberi manfaat...

Sumber : whatApps

Rabu, 22 Ogos 2018

SALAM EIDUL ADHA 🌼🌸




اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
.....人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:''''''"''";-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_  ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║

⭐🌟💫🌙✨Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.💫🌟⭐🌙✨

💥Selamat      💭✨     
          ✨💭Menyambut   
       😗✨ 💭 💥AiDiLAdHa💥     
          __|  |_______
          /__________/_\
🌷🌹  | 四 |目| 四 |目|  🌳🌳
╭⌒╮ 🌙╭⌒╮✨
✨╭⌒╭⌒╮╭⌒╮✨
,✨︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣✨n
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬
🌾🌾..🐂🐄🐃🌾🌾
Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari  memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa...

🌟🌟Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..🌟🌟

Isnin, 20 Ogos 2018

DOA HARI ARAFAH.. Jom kita berdoa 🌼💖

*DOA ARAFAH*

*01*. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

*02*. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

*03*. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

*04*. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

*05*. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

*06*. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

*07*. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

*08*. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan Rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi RahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

*09*. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

*10*. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

*11*. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

*12*. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keEsaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

*13*. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu SAW.

*14*. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

*15*. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

*16*. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

*17*. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

*18*. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

*19*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

*20*. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

*21*. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

*22*. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

*23*. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

*24*. Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

*25*. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

*26*. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

*27*. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

*28*. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

*29*. Ya Allah ampuni dan berilah Rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

*30*. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

*31*. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

In Syaa Allah Gunakanlah Selamat Beribadat! 🌺🌹

Sumber : whatApps

Sabtu, 18 Ogos 2018

Waktu Mustajab Berdoa Hari Wukuf.. Jom kita Doa😍

Di Arafah Asar pada tarikh 9 Zulhijjah 1438H hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1438H itu dikira waktu ARAFAH.

Ustazah kata waktu paling mustajab berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pd 21.08.2018 kira2 pd jam 8.48pm-11.30pm pd masa ni semua kita di Malaysia pun boleh sama2 berdoa sekali.

Ustazah kata waktu paling mustajab berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pd 21.08.2018 kira2 pd jam 8.48pm-11.30pm pd masa ni semua kita di Malaysia pun boleh sama2 berdoa sekali.

INGAT dr jam 8.48pm-11.30pm doa, doa dan doa. Jgn putus berdoa. Ulang2 doa yg sama pun x apa. Masa tu nak menangis puas2 pun menangislah. Minta bersungguh2 ALLAH swt ampunkan dosa2 kita & ibu bapa kita semua.

Moga ALLAH swt makbulkan segala doa2 kita semua.

Aamiin…

Pls inform pd ahli keluarga, sanak saudara & sahabat2 yg lain agar mereka juga turut sama berdoa ya.

Tolong panjangkan info ini kpd seluruh muslimin & muslimat. Jaazakumullahu Khair.

Ahad, 12 Ogos 2018

HARI INI TERAKHIR POTONG KUKU DAN RAMBUT BAGI YG BERKORBAN




HARI AHAD ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!
 12 Ogos 2018
30 Zulkaedah 1439
🗣🗣🗣
 Adalah HARI TERAKHIR POTONG RAMBUT DAN KUKU BAGI MEREKA YANG AKAN BERQURBAN.

Hadis riwayat Imam Muslim disunatkan bagi yg buat Qurban bila masuk  bulan Zulhijjah tidak lagi potong kuku dan rambut sehingga binatangnya di sembelih

Sekadar sebagai Peringatan..
📢📢📢🗣🗣
Mula1-9 Zulhijah Isnin 13 OGOS 🌹🌹 mari kita puasa bagi yg mampu berpuasa

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis yang disebutkan adalah hadis Sahih.

‎عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏"‏
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

 dimakruh sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Wallahualam

Rabu, 1 Ogos 2018

SELAMAT BERANGKAT DUYUFURRAHMAN JIRAN KU💖

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada 21.7.2018 penduduk desa alam yg menjadi duyufurrahman telah dibuat bacaan doa selamat. Mereka mengadakan kenduri di surau.


 Hari ini 1 Ogos 2018 kak masni dan suami berangkat ke Mekah.. rayuan utk anaknya tidak berjaya jika tidak mereka hendak pergi sekeluarga. Pukul 1.30am penerbangannya.. semoga selamat sampai.


Jiran saya dan rakan sekerja saya.. Hawa dan Afif.. penerbangan mereka 2 Ogos 2018. Gembira mereka berdua dapat menjadi duyufurrahman. Gambar ni dia ambil rumah kawan nya yg nak pergi menunaikan haji. Tengok wall papper rumah pun gambar Kaabah Mekah. Lagi teruja nak pergi kan.. tengok tiap2 hari kan. Idea juga utk saya nak buat wallpapper kat rumah ni 😉

Kak ros jgn tayang wajahnya diblog.. pemalu orangnya 😋
Ini adalah jiran saya tapi tak kenal 😆 adik dia yang satu kerja dgn saya. Masa di surau tu jumpa adik dia.. tanyalah dia mana satu kakak dia yg tinggal sini nak pergi haji. Sewaktu Rosmini menunjukkan kakak nya.. saya pun tersenyum pada nya.. sekali sepontan keluar dari mulut kakaknya... cahayahidupku... ohhh😋 ini yg kenal blog saya jer.. pastu dia kata.. saya pembaca setia blog saya 😋😋 aduh malunya.. tu lah dia baca salah satu entri .. raya bersama jiran di desa alam.. mesti blogger satu taman dgnnya.. malam ni baru berjumpa.. gembira sungguh dia.. dia kata dia kenal melalui senyuman saya yg tersengih dlm gambar yg saya postkan 😆.. boleh jadi brand mark senyum sengih saya ni 😂😂😂

Kak Rosyati namanya.. panggil ros.. in sha Allah penerbangannya pada 3 Ogos 2018 hari Jumaat.

Kepada jiran-jiranku selamat menjadi duyufurrahman.. dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yg mabrur. Aamiin