JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 30 April 2015

RESEPI KEK AIS KRIM

Assalamualaikum kekawan...
Saje jer tau kawan saya di FB tu tunjuk kek ais krim ni kat wall kita..
Penyudahnya buat saya telan air liur laju-laju :D
Apa taknya tengok jer dah menangis nak sepotong hahaha..
Beriyelah saya save kan disini.. tapi nak buat kurun bila.. :)

Resepi Kek Ais Krim
=============================
Bahan-bahan :
8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai


Bahan-bahan A (untuk aiskrim):
40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk1 camca teh vanila
Putar hingga pekat


Bahan-bahan B (untuk aiskrim):
180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanilaPutar hingga pekat
Bahan-bahan C (untuk aiskrim):
80 gm gula halus
3 biji kuning telurDipukul hingga pekat
Bahan-bahan disapu di atas kek:
250 gm krim putar
100 gm susu segar
Cara:
Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang.
Masukkan badam halus dan air. Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung.
Kacau lagi. Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40 sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua.
Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci). Tuang setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya. Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam.
Ratakan. Kemudian simpan di dalam kotak dingin beku enam jam.

Cara membuat aiskrim:
Satukan bahan-bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian. Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.
Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:
Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.
*bahan ats kek boleh ikut kreativiti akak2

MASAK SINGGANG IKAN SELAR KUNING ... emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya ..

Masak singgang ni minggu lepas, masa tu en suami tak ada, jadi senang kerja saya anak-beranak, masak yg mudah dan cepat di makan. Tambahan ikan selar kuning ni en suami tak makan.. jadi elok juga masak masa dia tak ada.. ehe :)

Dah lama tak masak singgang ikan ni, maka acara hirup menghirup kuah lah kami anak beranak ehe..
"Sedap lah mama, lama kita tak makan lauk macam ni ye mama" kata jeeha..
"Cepat pulak masaknya" tambah Nabil..
" sebab dah lama tu lah , makannya bertambah, sedapnya terasa ditekak" jawab saya..
"Kena cari yg cepat masak Nabil, jadi lah lauk nya, Nabil suka tak?" tanya saya..
"Suka sebab kuahnya tak pedas pastu ada masam2 sikit" balasnya..

Itu lah perbualan kami tiga beranak di meja makan.. dah kurang dua orang.. kakak di madrasah.. en suami pulak kerja.. 
Mesej kata tak dapat balik hari tu sebab kerja banyak..
Terasa tak meriah meja makan tu.. saya ni bila nak masak2 ni selalu teringat kakak nabilah.. jadi bila dia balik mesti tanya dia nak makan apa, nanti mama masakan.. 

Jom intai resepi yg mudah ini kekawan..

SINGGANG IKAN SELAR KUNING

Bahannya :-
  • 4-6 ekor selar kuning
  • 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai di ketuk
  • 5 biji cili api dibelah tak putus
  • garam secukup rasa
  • 3 cawan air.
Caranya :-
  1. Masukan kesemua bahan kedalam periuk, masak hingga mendidih, kemudian masukan garam, lepas tu tutup api, siap dihidang.
"Apa macam senang bukan (^___^)



Rabu, 29 April 2015

WW :: KEMBANG TEKAK TENGOK ...

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya...






طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).
طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)


WW :: PES TOMYAM HOMEMADE... Saya Dah Ada Stock (^__^)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendak nya ..


Dah banyak kali saya masak tomyam dgn pes ni.. oleh kerana homemade , kita kena letak kat frozen ye kekawan..
Nak resepi klik pes tomyam mudah

Selasa, 28 April 2015

JOM GELIKAN HATI .. Ceria lah sikit petang hari ini (^___^)

Salam petang yg ceria kekawan :)

Dikongsi dari wasap group .. ^__^


Jom gelikan hati baca peribahasa moden ni 😄 😃 ..😁 ..😂
😄 ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.
😄 BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI
😄 CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.
😄 DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.
😄 DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.
😄 GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.
😄 HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.
😄 SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.
😄 HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.
😄 HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.
😄 HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.
😄 HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.
😄 JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.
😄 KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH
😄 KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.
😄 KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.
😄 KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.
😄 LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.
😄 MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.
😄 MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.
😄 ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.
😄 PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.
😄 PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.
😄 SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.
😄 SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.
😄 SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.
😄 SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK    JUGA.
😄 SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN
😄 TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.  

GORENG SAMBAL TERUNG IKAN BILIS BERAROMA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..



Sambal ni jadi beraroma adalah dari bau harum daun kari yg digoreng bersama sambal nya tu.. perghh memang bertambah nasi dibuatnya.. sudah lah baru pertama cuba .. sesuai pulak selera kami anak beranak.. saya ambil resepi ni dari blogger Sinar Kehidupan tu .. memang apa yg dimasak kena dengan selera kami..


Tapi biasa lah saya ni suka ubah sikit dan mudah utk memasaknya. Masa saya masak ni hari Jumaat yg lalu.. kakak nabilah ada sama... dia lah yg banyak membantu. Tambahan pulak cita-cita dia ingin menjadi seorang chef. Ok kakak Nabilah layan jer.. Moga boleh jadi macam chef Amar.. "Masak dengan iman..." 
Saya copy paste dari blog Yatiememories tu :

RESEPI GORENG SAMBAL TERUNG  BERAROMA

BAHAN A
  • 3 biji terung sederhana panjang (dibelah 2 tengahnya dan ptng 2 lagi)
  • minyak masak secukupnya
BAHAN B 
  • 2 tangkai daun kari
BAHAN C (Di blend semua sekali tapi jangan terlalu hancur)
  • 2 tangkai cili merah
  • 10 biji cili padi merah
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 camca besar ikan bilis-buang kotorannya(saya tak blend sama, goreng asing)
  •  sedikit belacan
BAHAN D
  • 2 camca besar Sos Tiram (saya tak letak)
  • sedikit garam dan gulasedikit air jika perlu (gula pun tak letak)
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung, balik2kan(~ 3 minit saja) dan diangkat. Toskan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Saya goreng ikan bilis asing dan angkat letak ketepi.
  4. Masukkan bahan C. Kecilkan api dan masak sehingga menjadi sedikit pekat dan terbit minyak dari kuah sambal. Masukkan bahan D. Masukan ikan bilis goreng tadi,Gaul rata. Tambahkan sedikit garam dan gula.
  5. Bila dah cukup rasa, angkat dan tuangkan keatas terung yang telah digoreng tadi. Siap

Isnin, 27 April 2015

EGG MUFFIN


Assalamualaikum .. salam petang yg ceria.. :)

Menjejes-jejes airliur saya menengok Muffin Telur ni.. nampak sedap jer.. ni kawan saya share kat wall FB saya.. udah teruja nak membuatnya.. apa-apa hal kita save dulu disini. Terima kasih bagi resepi ni ye :D







RESEPI: EGG MUFFIN

Bahan-Bahan :
6 biji large eggs, atau 8 biji medium size eggs.
A splash of milk (saya tambah air je sbb susu dah habis) – ni untuk bagi telur tu gebu.
Mushrooms – diced
1/4 onion – diced
Sebatang cili hidup – cincang halus
Salt/pepper to taste
Cheese – saya guna shredded mozarella.

Cara-cara:
Panaskan oven (180-200C)
Sapu minyak pada muffin tin
Pukul telur, susu, garam dan pepper sampai kembang sket.
Tambah sayur-sayur lain.
Tabur cheese.
Curah dalam bekas muffin
Bakar 20-25mins.

PENGAT PISANG CHA-CHA BERSAGU

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya. Aamiin.

Pengat pisang cha cha bersagu ni saya buat masa hari khamis lepas, saya puasa masa tu, utk berbuka puasa saya beli nasi ayam di Restoran Pak Mall jer.. petang tu dlm pukul 6.15pm, entah macam mana saya boleh layan blog.. tengok kat papan muka blog tu blogger Azatiesayang, tayang pengat pisang utk buka puasa, baca gak entrinya tu, dia dapat pengat pisang tu dari mak dia petang tu, jadi dia kata boleh lah dia buat berbuka puasa..
Lepas tu saya teringat ada dua biji pisang montel didapur, apa lagi terus saya teruja untuk buat pengat pisang utk buka puasa.. tengok dlm peti ais ada santan, pastu tepung cha-cha , gula melaka dan sagu pun ada.. apa lagi saya terus memulakan projek pengat pisang saya tu..
Alhamdulillah , dlm pukul 7.00pm masak lah pengat saya tu..
Bila saya didapur tu,
 Nabil pun bertanya "mama buat apa tu , sedap jer bau"
"Pengat pisang cha-cha bersagu" balas saya
"Ohh mama buat ye, lepas mama tengok blog kawan mama tu ye" sampuk najeeha..
Masa saya tengok blog tu najeeha ada, tentu dia terdengar saya cakap nak buat..
"Boleh rasa ke mama?" tanya Nabil
"Ha'ah , boleh, cuba rasa sikit kuah dia ni, manis ke tidak, nanti mama boleh tambah apa yg kurang" kata saya pada budak berdua tu. Apa lagi berebut lah mereka berdua merasa nya.. 
"Ok, mama semua nya sedap rasa" kata mereka berdua.
Saya senduk utk mereka semangkuk seorang.. menyudu mereka dengan gembiranya..
Bila saya buka puasa memang betul, semuanya sesedap rasa, tak manis sangat.. tak lemak sangat.


Pisang ni saya ambil 4 biji jer dari rumah mak masa hari ahad tu hari, masa tu adik saya tengah menyapu dihalaman dapur rumah mak tu..
Lepas tu dia dengar orang panggil "aka, aka"
Adik saya mendongak tengok keatas di balik tembok zink tu.. 
"Aka, itu pisang sudah masak lah aka, boleh kasi potong ka, ambik" tanya budak Bangla yg bekerja di car wash sebelah tu.. 
Adik saya tengok memang pisang tu ada dah masak kuning sesisir, kebetulan buah pisang tu menjuntai ke belah tembok zink di tempatnya.
"Okay, kamu kasi potong, kasi saya 2 sisir sudah, yg lain tu kamu ambil, makan" balas adik saya.
Budak bangla tu hantar 2 sisir utk kami, pastu mereka bergembira makan pisang yg dah masak tu..
Alhamdulillah, rezeki pisang yg ditanam oleh mak tu boleh di sedekah kan bersama, 
Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut".

Walaupun mak saya yg menanamnya tidak dapat memakan hasilnya kerana sakit, tapi mak dapat memanjangkan sedekahnya dengan hasil tanamannya (mak sekarang hanya minum susu melalui tiub sahaja, namun begitu, inshaAllah tidak lama lagi mungkin mak boleh menelan seperti biasa, sebab bila kakak saya sudukan air zam-zam ke mulutnya, elok saja mak menelannya)

Dan yakinlah, Allah itu Maha Perancang, Maha Penyayang. Jadi, usahlah berputus asa sekiranya hasil yg kita inginkan tidak kesampaian. Mungkin masanya bukan sekarang tetapi akan tiba atau boleh jadi ada sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita hajati.

Sekarang jom intai resepi pengat pisang cha-cha bersagu saya yg mudah ini..

RESEPI PENGAT PISANG CHA-CHA BERSAGU

Bahannya :-
  • 2 biji pisang montel
  • 3 sudu besar tepung cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan.
  • 3 sudu besar biji , cuci dan toskan
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 ketul gula melaka (saya guna ketul yg sederhana tu, dimasak bersama  1cawan air, tapis kan)
  • 2 sudu besar gula 
  • 250 ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
Carannya :-
  1. Rebus sago bersama biji sago hingga 3/4 empok, masukan air gula melaka dan santan . Kacau sekata.
  2. Kemudian masuk tepung cha-cha yg direbus tadi bersama pisang .
  3. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa, mengikut kemanisan yg andai sukai, saya ni suka manis-manis buah jer, pastu masuk kan secubit garam, biar ada rasa lemak-lemak masin sikit.
  4. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan .


Sabtu, 25 April 2015

JIJIKNYA PEMBUATAN IKAN MASIN DAN UDANG KERING

Jumaat, 24 April 2015

ILMU MEMAGAR DIRI DAN RUMAH DARI ANCAMAN SIHIR DAN PENCURI..

GORENG BENDI TELUR HANCUR.. Emmm dapnyaaa :)

Salam petang yang ceria kekawan :)

Bagi mak-mak yg bekerja ni.. ada juga yg balik rumah masak sendiri kan.. macam saya lah, smpi rumah selalu nya pukul 5.45pm, lepas menjemput dua orang anak balik sekolah tu.. Terus letak handbag dan segala barang dibawa.. laju jer menuju ke dapur.. 
pertama yg saya buat ye lah .. masak nasi dulu.. lepas tu intai pulak petiais.. tengok bahagian frozen tu dulu.. nak masak apa.. ikan ke atau ayam.. jadi keluarkan apa yg saya nak masak.. pergi sinki.. rendam utk nyah frozen tu..

Lepas tu baru tengok bahagian bawah petiais tu.. tengok utk nak masak sayur pulak.. selalunya saya masak sayur dulu sebab sayur ni saya dah siap siang bersih dan simpan dalam plastik.. kalau masa tu nak bersihkan memang lambat kerja memasak ni..
Jadi hari tu saya nak buat goreng bendi .. selalu goreng bendi belada dengan ikan bilis jer.. tapi hari tu saya buat Goreng Bendi Telur Hancur.. ini tengok blog Kak Rose .. My Kuali tu.. 
Saya ni selalu derhaka pada resepi asal hehehe.. ikut apa dan ajer..
pastu bahan-bahan yg ada dalam petiais saya lah kan..
Ehe nak tengok resepi saya yg mudah dan cepat macam ni jer..
Jom intai (^__^)

RESEPI BENDI TELUR HANCUR

Bahannya :-
  • 10 biji bendi sederhana di kerat dua
  • 1 biji telur size B
  • 3 sudu besar cili kisar ( saya selalu dah siap kisar merah besar bersama bawang, stok utk seminggu, senangkan)
  • 2 biji bawang putih dihiris nipis
  • Segengam ikan bilis (ditumbuk sederhana )
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 sudu air panas jika perlu.
Caranya :-
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat ketepikan.
  2. Kemudian tumis cili kisar bersama hirisan bawang putih, goreng hingga wangi.
  3. Lepas tu , tolak cili tadi ketepi kuali, pecahkan pula telur, hancur-hancurkan, kemudian baru digaul semula dengan cili tadi.
  4. Kemudian masukan ikan bilis yg digoreng tadi, gaul mesra, lepas tu masukan bendi yg dikerat dua (bendi ni kerat bila nak masuk kedalam kuali tu, sebab kurang sikit lendirnya)
  5. Lepas tu masukan sos tiram dan garam, tambahkan 2 sudu besar air panas tu (guna air panas supaya tak berlendir).
  6. Kacau sehingga sayur bendi masak dan mesra bersama bahan tumis tadi.
  7. Siap utk dihidang bersama nasi putih panas.


RENUNGAN :: GEMPAR AMALAN YANG TERBALIK...

Khamis, 23 April 2015

PUISI Dr MAZA :: KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI?

Assalamualaikum kekawan..
Dikongsi dari wasap group.. sebak dada semakin terasa..




GORENG IKAN MERAH SAMBAL SERAI .... eemmm sodap tu :)

Salam petang yg ceria kekawan :)



Inilah regu masak Lemak Putih Labu Bayam , Goreng Ikan Merah Sambal Serai.. memang ngam betul regunya kekawan.. Nabil cukup suka sambalnya.. aroma serai sewaktu menumisnya .. buat hidung Nabil kembang kuncup.. hingga berlari kedapur 
"Mama, masak sambal apa tu.. sedapnya bau" tanyanya..
"Ni mama masak goreng ikan merah dengan sambal serai" balas saya..
"Dah boleh makan ke .. dah lapar ni?" tanyanya, teruja sungguh dia tu..
"Dah boleh, semua dah masak, panggil kak jeeha , kemas meja makan dan sendukan nasi " kata saya..
Dah lama sebenarnya saya tak masak sambal serai ni kekawan.. memang bertambah nasi dibuatnya.. sampai en suami tanya .. "ada tak lagi nasi di periuk?" Nasib masak nasi banyak tadi , rupanya anak-anak pun nak menambah :)

Jom kekawan intai resepi yg mudah ini.. saya kalau weekdays memang masak yg simple je.. satu sayur berkuah dan satu lagi goreng berlada :D

RESEPI IKAN MERAH SAMBAL SERAI 

Bahannya :-
  • 3 keping isi ikan merah ( saya kerat dua)
  • 4 biji cili merah*
  • 8 biji cili api* (boleh kurang/tambah mengikut kepedasan masing-masing)
  • 2 batang serai (dihiris dulu)*
  • 1 inci halia*
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bawang merah kecil* (*dikisar sekali)
  • garam dan kunyit utk goreng ikan
Caranya :-
  1. Kunyitkan ikan bersama garam, kemudian goreng ikan sehingga habis, ketepikan.
  2. Tumis kan bahan yg dikisar dan letakan garam, goreng sehingga wangi.
  3. Kemudian masukan ikan ke dalam kuali gaul mesra bersama sambal tadi.
  4. Angkat dan siap dihidang bersama nasi putih panas.


LEMAK PUTIH LABU DENGAN BAYAM .... emm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..


Masak lemak labu bayam ni saya buat petang semalam utk makan malam.. labu ni baki buat onde-onde labu tu .. dok fikir lah.. nak regu dengan apalah sayurnya ye.. tengok dalam peti ais ada sayur bayam... boleh cuba jugak lah ... mana tau sedap pulak...

Pergghhh memang ternyata sedap kekawan.. bukan tekak saya seorang jer pun.. Najeeha dan Nabil pun menambah makan masak lemak labu dgn bayam ni.. en suami siap habis kan semua.. tiada berbaki.. 
"sedaplah mama masak labu dgn bayam ni, manis" kata Najeeha.. kalau budak cerewet makan ni kata sedap memang betullah sedap tu :)

Lepas tu nabil lak bercerita " mama, tadi kat sekolah pun ada masak macam ni, tapi sayur dia pahit"
"Ohhh itu sayur pucuk manis kot dia letak" kata saya..
Patutlah mula-mula dia takut-takut jer nak makan.. bila kak Jeeha dia kata manis tu yg dia mencuba :)
Pastu saya regukan pulak dengan Ikan Merah Goreng Sambal Serai.. lagi bertambah mereka makan.. 
Jom intai resepi mudah ni kekawan..


RESEPI LEMAK PUTIH LABU BAYAM

Bahannya :-
  • 1/4 labu ( dipotong 4 segi kecil)
  • 1/2 ikat bayam
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • Segengam ikan bilis
  • 1 mangkuk santan (ambil santan yg kedua)
  • Garam secukup rasa
Caranya :-

  1. Masukan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam. Masak hingga labu empuk, Kacau selalu supaya tak pecah santan.
  2. Kemudian masuk kan sayur bayam, masak sehingga sayur layu sedikit, lepas tu masukan cili hiris. Kacau dan rasa garamnya.
  3. Setelah semuanya secukup rasa , tutup api dan siap utk dihidang.

Rabu, 22 April 2015

KEK BUAH BERKEJU

Salam petang yg ceria kekawan :)

Ni kes saya balik sekodeng FB.. tengok kawan post pulak kek keju yg nampak gebus gebas ni.. eheh macam biasa lah saya ni.. save kat sini dulu .. lepas tu kita cuba kan.. tak gitu kekawan :)





Kek Buah Berkeju
Bahan-Bahan:-
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g gula halus
250 g mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum* (yang berasingan dari tepung di atas ya..)
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata) - xletak pon.. tak pe
Cara-Cara:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan
Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata.
Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan.
Bakar 50 - 55 minit.
(*Periksa dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak).
Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...

ADAB-ADAB MEMASAK..