JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 31 Julai 2013

Baju raya kami :D

Hari Sabtu dan ahad lalu saya pergi shoping baju raya utk dipakai pada hari raya pertama, inilah hasilan rembatan saya pada hari tu, saya beli di shah alam aje, tak sanggup nak masuk KL, masa jumaat tu lagi selangor cuti KL sesak ...

 ini baju Najeeha, sibuk dua org anak dara saya nak baju peplum.. layankan aje, beli di pasar stadium shah alam dapatlah rm50 sepasang, kawan saya kata dia beli di kompleks pkns rm120 sepasang, kain dan design sama sebijik... saya dpt dua pasang pulak... ;)

Kalau seorang dah nak fesyen peplum jadi kak Nabilah pun sama, orang selalu tanya saya, kembar  ke sebab sama besar jer dia org berdua ;)

Ini bujang saya punya , Nabil Syahmi, saya beli Kass Collection sebaris dgn Jakel ss7, tiap tahun saya beli disini, ada diskaun masa tu, harga asal rm66 after diskaun rm48, suka nabil, balik en suami dari kerja terus tunjuk "cantik kan baju raya nabil kan abah" en suami anggukan jer ;)

Baju saya pulak, Muhaya design, tengok prof Muhaya pakai cantik jer.. saya rembat satu... boleh tahan harganya rm120 sepasang, bunga dan kain merah... 

En suami pnya beli di Jakel... Aaron Aziz you, beli masa happy hour rm150 termasuk samping, velentino silk, harga asal rm250 . Inilah tema warna kami tahun ni.. merah sangatlah mak ngah ehe :p

Kekawan tahun ni raya warna apa ye ;)

Selasa, 30 Julai 2013

Jom tambah jerebu rumah Atuk ehe :D

Hari ahad tu hari balik rumah mak di kuang, berbuka puasa disana, masuk ni dah dua kali kami berbuka dirumah mak, petang tu Nabil pergi bazar ramadan bersama en suami, penyudahnya en suami kena pau dengan Nabil beli bunga api ni, lepas solat maghrib dia orang berlima pun mulakan aktiviti menjerebukan rumah atuk yg sedia ada jerebu sikit-sikit tu ehe :D

 Aktiviti bermula, baru nak warm up tu... tengok sorang-sorang dulu bakar bunga api tu..

 Nabil dan Dany punya turn, kak Nabilah dah menyala bunga api tu... jeeha masih lagi jauh-jauh.. penakut sikit ni :)


 Kak nabilah ni melayan sepupunya kecik dia qhalisya yg nak main tapi takut hehe

 Dah bermula berlari-lari satu laman rumah tu dgn kak jeeha


 Gembira sungguh dua sepupu ni...



" Abah kasi abis bunga api ni baru balik" pinta Nabil, abahnya melayan jer kerenah mereka semua...


Tengok tinggal plastik kosong jer... dah habis sekotak bunga api ni... ini saat indah semasa kecik2 main bunga api kan... zaman saya dah berlalu kini melayan kehendak mereka pulak... 

Kekawan semua bagi ke anak-anak main bunga api :D

Khamis, 25 Julai 2013

SUP TULANG GEARBOX POWER .... ^___^

Hari ahad tempohari pergi pasar tani stadium shah alam, nabil pesan suruh beli sup tulang, yang nabilah pula minta sup tulang gearbox, baru teringat bulan puasa mana ada jual sup yg dah masak, ye tak ye kena lah saya membelinya bagi menunaikan hajat mereka.


Nabil kalau bab sup memang suka tengok dia makan, yg pasti sampai tertonggeng mangkuk tu menghirup kuah sup tu, hari tu saya iftar mee hoon sup tulang gearbox ni, anak beranak dengan jayanya termasuk dengan en suami yang tak sedar diri... terawikh dirumah jer malam tu hahaha..

Satu periuk ni saya masak sup tulang, semuanya ada empat ketul tulang, seorang satu ambil hirup tulang tu guna straw..

Buah pulak saya beli pisang lemak manis, pisang berangan dan kurma masak kuning tu. Nabil punya suka lebih 5 biji dia makan kurma, habis kurma tu kami anak beranak, sekali hadap jer.... pisang tu yg sampai 3 hari baru habis :D

RESEPI SUP GEAR BOX  


Bahannya:

  • Tulang Gear-Box *atau tulang bahagian lain lembu*
  • halia 2 inci diketuk
  • bawang puteh 3 ulas diketuk
  • 2 bungkus sup bunjut
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • daun sup 
Cara:
  1. Rebus tulang sampai empuk(tips nak cepat empuk masukan biji kurma, insyaallah empuk, 2 jam dah empuk)
  2. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
  3. Sementara itu buat bawang goreng, angkat.
  4. Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.
  5. Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.
  6. Perasakan dengan garam, masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.
  7. Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.
  8. Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box tu....
  9. Pergghhh sedapnya hingga menjilat mankuk hahaha

Rabu, 24 Julai 2013

JUS KEDONDONG ASAMBOI ... YUMMY ^___^

Buat jus kedondong asamboi ni pada hari ahad tempoh hari ehe :) baru sekarang nak bersiaran di blog ni... ambil buah kedondong ni pun dah lama masa balik dari kampung tempohari selepas pergi ziarah arwah mak utih, singgah kg chohong rumah mak andak, tengok buah kedondong tengah lebat berbuah, mak andak kata hari ni dah dua orang minta buah ni... murah rezeki mak andak tu yg pokoknya sentiasa berbuah dengan banyaknya...


Gelas ni kak  Nabilah dah booking dulu :) sebab dia yang
tolong buang kulit buah tu

Kak nabilah kupas separuh jer dulu, masih ada baki buahnya lagi ...

Bila dah kisar dapat lah setengah
jug air kedondong tu :D
Senang ajer nak buat air jus kedondong ni kan... Jom cuba pulak :D

JUS KEDONDONG ASAMBOI












Bahan :- (untuk satu gelas)

  • 5 biji buah kedondong (buang serabutnya)
  • 2 sudu besar serbuk asamboi
  • 500 ml air masak
  • gula secukupnya
  • Kiub ais
Caranya :-
  1. Kupas kulit kedondong dan buang serabutnya, kemudian kisar hingga halus bersama sedikit dari air 500ml tadi.
  2. Lepas tu tapis, kisar lagi dengan baki air tadi dan tapi
  3. Kemudian masuk serbuk asamboi, kacau sebati, lepas tu masukan sirap gula secukup manisnya.
  4. Kemudian letakan kiub ais
  5. siap untuk dihidang.
p/s boleh juga guna asam boi biji tu, tetapi kena masak air bersama asamboi letak gula dan tuang kedalam kedondong yang telah ditapis tadi.

"SELAMAT MENCUBA"

Selasa, 23 Julai 2013

BISKUT KACANG MAZOLA

Projek buat biskut kacang mazola ni dengan Najeeha masa hari sabtu baru ni... kak nabilah sekolah ganti pagi dan jeeha sekolah ganti petang, lepas hantar kak nabilah terus buat projek ni. Najeeha tolong mama sapukan kuning telur dan letak kacang, mama pula tukang terapnya, Nabil pula tukang curi kacang masuk dalam mulut.. menjerit kak Jeeha marahkan dia ehe :D

Ni lah hasil kerja kak jeeha sebelum di bakar 

Selepas dibakar maka dapatlah kuih ni satu balang kecil


Saya buat setengah adunan ajer sebab nak takut tak sempat nak
habis bakar, nak hantar dia orang sekolahkan..
Jom kita semak resepi yg mudah ni, saya ambil resepi ni dari majalah wanita tahun lepas, saya olah sikit utk selera saya. Senang aje kekawan buat biskut ni... meh meh kita cuba...

BISKUT KACANG MAZOLA













Bahannya :-
  • 300 gram kacang tanah ( timbang selepas disangai dan dibuat kulitnya)
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam (ini saya tambah)
  • Minyak mazola secukupnya
Caranya :-
  1. Kacang tanah disangai sehingga kuning, kemudian kisar sederhana atau lumat sedikit, ( saya suka bila makan ada rangup kacang tu)
  2. Campurkan semua bahan diatas, gaul rata, kemudian masukan minyak mazola sedikit-sedikit, uli sehingga dia menjadi doh yg boleh diterap, jgn masuk byk2 nanti tercair pula.
  3. Bakar dalam oven suhu 130 darjah, (ikut kesesuai oven anda, saya mula ikut suhu asal sudahnya rentung sikit telur kuning tu, lepas tu kali kedua saya tukar kepada suhu 100 darjah) Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

p/s Dah habis setengah balang dimakan oleh budak bertiga, yg mula-mula makan tentulah si Nabil... mama sedapnya kuih ni... buat kak Jeeha terliur jer masa tu :D

Isnin, 22 Julai 2013

Bubur Sum Sum... Yummy :)

Bubur sum sum yg menjadi kegemaran en suami dan najeeha tapi saya belum berkesempatan untuk membuat sendiri ehe... masa pergi bazar ramadhan itu hari terjumpalah bubur sum sum ni, beli lah satu bekas plastik... perghhh boleh tahan harganya RM 3.50 satu bekas tu...


Sebelum ni Blog Rohah ada bagi resepi macam mana nak buat bubur sum sum ni... senang jer nak buat rupanya dan bahannya mudah ajer... nanti jumaat ni cuti Nuzul Al Quran nak cuba buat pulak.. Jadi saya tempekan resepi dari Rohah di sini senang sikit nak rujuk nanti... Terima kasih ye Rohah..

BUBUR SUM SUM
Oleh:rohah

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke  dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.

Air Gula merah/ Sirap
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.

Sabtu, 20 Julai 2013

MEE HAILAM MUDAH.... :D

Ini iftar kami hari yg ke 7 ramadhan, masa tu en suami ada rumah tak jadi pergi Johor sepatutnya en suami kena pergi hari arwah mak utih meninggal tu... jadi atas permintaan ramai saya buat lah mee hailam mudah versi saya ni... ehe :)

Saya tahu sangat selera 4 beranak ni yang suka sangat dengan kicap, saya masih ingat lagi masa saya kahwin dgn en suami, waktu tu makan beradap di pihak rumah en suami, saya lihat ada botol kicap yg di balut dengan pembalut bunga manggar tu... berambu-ramba lah botol kicap tu... rupa-rupanya pak cik dan mak cik sedaranya mengenakan en suami kih kih kih... :P dari situ saya tahu bila makan mesti ada kicap hehehe


 Ini plate en suami, bila dia tengok cantik berhias bagai siap ada telur mata kerbau separuh masak lagi... siap tanya siapa punya ni... abang punya lah jawab saya... makan bertambah 3 kali I tell U :P


Close up sikit pinggan en suami :)

Saya masak satu kuali jer... tengok tu sedang elok menggelegak :)

Juadah buka puasa yg simple, kuih koci 3, bubur badan berendam satu, air teh by kak nabilah dan kurma...
 Jom semak resepi mee hailam saya yg mudah ni, daging lembu tu adalah lebih saya buat sup pada hari ahad tu.. apalagi memang mudahlah kerja saya ni kan... balik dari kerja, ambil budak2 sampai rumah pukul 5.45pm terus bersilat gayung didapur hehehe..

RESEPI MEE HAILAM


Bahannya :-
  • 1 bungkus mee kuning ( saya suka mee kuning jenama ibu)
  • 1/4 kg daging ayam dan lembu
  • 10 ekor udang sedang
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 batang lobak merah
  • 5 batang kubis sayur
  • sedikit bunga kobis
  • 2 tangkat daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis @ kasturi
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1/2 gelas air

Caranya :-
  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air sehingga empuk.
  2. Tumis bawang putih dan merah ditumbuk sehingga wangi, kemudian masukan cili kering kisar, goreng sehingga terbit minyak.
  3. Selepas tu masukan udang, rebusan daging dan ayam. Kacau sebentar kemudian masukan sos tomato, tiram, kicap pekat dan garam. Rasa masinnya
  4. Kemudian masukan sayuran tadi, kacau mesra selepas tu boleh dimasukan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau sekata.
  5. Akhir sekali masukan sedikit hirisan daun sup dan bawang.
  6. Untuk menghidangkannya, tabur bawang goreng dan daun bawang dan sup.. nak nampak ummpph lagi buatkan telur mata tu... lagi menarik tertarik kebabommmm hehee.

Jumaat, 19 Julai 2013

Mama yg kena tak tido huhuhu :' (

Selepas berbuka malam tadi kak nabilah masuk bilik saya, dengan muka yg sedih minta saya tolong jahitkan kerja Kemahiran Hidup yg cikgu suruh iaitu tuala lap tangan.. 

Saya tanya "bila nak hantar ni "

"Esok (hari ini jumaat) " jawapnya dengan muka sedih

"Aduh kakak mengapa tak minta tolong awal-awal senang mama nak buat " kata saya

" Kakak tak suka menjahit... kalau pertukangan tu kakak suka lah" jawab nya. Betul juga fikir saya, kebanyakan pertukangan tangannya di buat sendiri dari mengetuk sampailah mengecatnya semua buat sendiri ( seperti ni kraftangan kakak)

Ini lah barang-barang untuk dibuat tuala lap tangan yg perlu dihantar kepada gurunya esok (jumaat)

Kenalah mama mengeluarkan mesin jahit pada malam tu... saya buat ikut dan jer janji siap... :D



Pukul 11 malam baru siap... kakak nabilah dah lena diulik mimpi... mama yg tersengguk-sengguk menjahit... menguap tak berapa kali ... :P
Nabil ni yg peneman saya membuat kerja tu ... saya suruh dia jadi model... boleh dia suruk muka dia.. tak nak nampak muka katanya...
Akhir sekali tunjuk juga mukanya hahaha... boleh sangkut kat leher nabil tak mama... tanyanya... ada-ada saja akal nya..

Bangun pagi kak nabilah tengok dah ada atas mejanya tulisnya... suka tak kira rasa hatinya... :P

Bacalah dengan nama Allah...






Asma Ul Husna

Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahiim Yaa Maalik

Yaa Qudduus Yaa Salaam Yaa Mukmin Yaa Muhaimin

Yaa 'Aziiz Yaa Jabbar Yaa Mutakabbir Yaa Khoolik

Yaa Baarik Yaa Musowwir Yaa Ghoffaar Yaa Qohhaar

Yaa Wahhaab Yaa Rozzaak Yaa Fattaah Yaa 'Aliim

Yaa Qoobidth Yaa Baasiit Yaa Koofith yaa Roofi'

Yaa Mu'iz Yaa Muzil Yaa Samii' Yaa Basiir

Yaa Hakam Yaa 'Adl Yaa Latiif Ya Khobiir

Yaa Haliim Yaa 'Aziim Yaa Ghofuur Yaa Shakuur

Yaa 'Aliyyu Yaa Kabiir Yaa Hafith Yaa Muqiit

Yaa Hasiib Yaa Jaliil Yaa Kariim Yaa Roqiib

Yaa Mujiib Yaa Waasi' Yaa Hakiim Yaa Waduud

Yaa Majiid Yaa Baa'ith Yaa Syahiid Yaa Haqq

Yaa Wakiil Yaa Qowwi Yaa Matiin Yaa Waliiy

Yaa Hamiid Yaa Muhsii Yaa Mubdiik Yaa Mu'iid

Yaa Muhyii Yaa Mumiit Yaa Hayy Yaa Qoyyuum

Yaa Waajid Yaa Maajid Yaa Waahid Yaa Somad

Yaa Qoodir Yaa Muqtadir Yaa Muqoddim Yaa Muakkhir

Ya Awwal Yaa Aakhir Yaa Zoohir Yaa Baatin

Yaa Waliiy Yaa Muta'aali Yaa Barr Yaa Tawwaab

Yaa Muntaqim Yaa 'Afuu Yaa Rouuf

Yaa Ahad Yaa Maalikal Mulki

Zul Jalaali wal Ikraam

Yaa Muqsit Yaa Jaami' Yaa Ghoniyy Yaa Mughniy

Yaa Maani' Yaa Dthoor Yaa Naafi' Yaa Nuur

Yaa Haadi Yaa Badii' Yaa Baaqii Yaa Waarith

Yaa Rosyiid Yaa Sobuur Yaa Allah Ya Allah


Khamis, 18 Julai 2013

Ikan Cencaru Bakar Sambal.... Sedaappppp

Masak ikan cencaru bakar sambal ni atas permintaan kakak nabilah sebab dia elergi sikit dengan ikan pari... buat ni masa hari sabtu buka puasa di rumah mak dikuang. Berselera sungguh dia berbuka dengan ikan bakar ni...



Jom kita semak resepi ikan bakar yg sedap ni :)

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR SAMBAL

Bahannya :-
  • 3 ekor ikan cencaru
  • 3 helai daun limau purut
  • 4 sudu cili kisar
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 3 biji buah keras*
  • 1/2 cm hirisan lengkuas*(* dikisar)
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • garam secukup rasa
  • daun pisang

Caranya :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar  hingga wangi. Kemudian masukan cili kisar dan daun limau purut. Masak hingga terbit minyak.
  2. Kemudian masukan jus asam jawa, letakan garam secukup rasa dan masakan sambal hingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  3. Ikan cencaru di cuci bersih dan toskan. Ambil 2 helai daun pisang, sapukan sedikit sambal atasnya kemudian letakan ikan diatasnya, letakan sedikit sambal diatas ikan.
  4. Kemudian bakar ikan diatas kuali leper dan tutup atas dengan tudung periuk dan bakar selama 20 minit  atau sehingga ikan masak. ( Boleh juga dibakar didalam oven atau bara api, guna pemanggang ajaib lagi senang kan :P )
  5. Setelah masak hidangkan dengan perahan limau kasturi.


SELAMAT MENCUBA KEKAWAN :)

Rabu, 17 Julai 2013

WW : : Amalan Muslimah Yang Haid Pada Bulan Ramadan :D






SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA.... SELAMAT BERAMAL...

p/s untuk saya juga yg sedang "bercuti" ini

Isnin, 15 Julai 2013

INSAN TERPILIH DI BULAN RAMADHAN... AL FATIHAH


Pada pukul 11.45 mlm saya terima masej en suami, masa tu saya tgh lena tido,  dlm mamai tu saya membaca " Mak utih meninggal dunia lepas solat isyak" saya tak balas lak mesej, saya tido semula sebab en suami kerja luar, saya ingat en suami hanya maklumkan saja, pukul 5.00 pagi en suami telefon suruh gosok baju warna putih tu lps suboh kita balik, en suami tgh bersahur di putrajaya, dlm pkul 6.30 pagi smpi, tunggu mandi sekejap pukul 6.45am bergerak.

Arwah mak utih tinggal di Ulu Tiram Johor Baharu, kami smpi jenazah dah dibawa ke masjid utk disolatkan, jadi terus mengikut ke tanah perkuburan Jalan Kebun Teh kerana arwah dah berpesan kebumikan di tempat arwah tok.. iaitu mak arwah..

Kali terakhir saya berjumpa arwah pada hari kenduri nikah bapa mertua saya, ingat lagi senda guraunya dgn bapa mertua saya "angah cari kan aku suami yg  rambut  semua putih macam angah" kami semua ketawa mendengarnya padahal suami arwah dah meninggal puluhan tahun..


Arwah memang seorg yg baik, peramah, cukup senang bersamanya, cukup mudah
pengakhirannya hanya seminggu sakit , arwah terpilih meninggal di bulan yg mulia ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.

p/s skrg berhenti di R & R Pagoh, en suami nak tido kejap, tak tahan mengantuk, saya ambil kesempatan update blog.

Jumaat, 12 Julai 2013

Iftar ke 2 ::: Spaghetti Meatball by Chef Nabilah :D

Sudah lama anak dara saya ni teringin nak masak spaghetti sendiri, jadi semalam saya kabulkan impiannya tu, balik dari ambil mereka di sekolah terus singgah di speed 99, tanya dia apa dia bahan-bahannya kakak, mama tak pernah masak, ingat rupanya kakak ni, dia yang pergi ambil sendiri barang-barangnya dan saya cuma bayar...

Balik rumah terus dia mandi dan saya tolong dia buka kan tin mushroom tu  dan cincang daging jer, lain semua dia buat, kupas bawang putih, bawang besar, potong mushroom kecil dan tumis bahan2 tu... memang dia suruh saya tengok jer... ada bakat juga kakak ni memasak walaupun umur baru 11 tahun kata hati saya, dalam pada dia memasak saya tanya nak buat air apa, mereka request air anggur tu..

Jadi buka puasa hari iftar kedua ni hasil tangan kakak nabilah ... sebenarnya saya dan jeeha kurang sikit spaghetti ni, yg suka sangat kak nabilah dan Nabil sampai 2 kali bertambah, jeeha cuma makan sedikit dan kemudian minta nasi bila nampak lauk ikan masin tu..


Ni plate nabilah tengok tu penuh dengan mushroom.. kegemaran dia tu.. :)
 
Mama ambil gambar dulu sebelum kakak makan.... layannnn :P


Nilah dia Master Chef Nabilah hehehe :D
Terkejut dia saya ambil gambar tekun sangat mengacau tu ...

Ni dah ok tak muka terkejut....

Kuahnya dah siap....

Rebus spaghetti yg dibeli di Madnaz tempohari.....
Ini semua adalah dari pengaruh nabilah membaca novel Ana Muslimah "Ana Junior Chef" yg dibeli dipasar stadium pada hari ahad tempohari... sekejap sahaja dia membaca buku dah khatam ... dah minat baca novel macam mama juga dia ni....




Jadi jika kekawan nak resepi boleh lah rujuk di bawah ni yg sama snap resepinya dari novel tu... memang sedap resepi ni, saya sendiri pun suka, boleh tahan juga air tangan kakak ni .... (yg tukang rasa masin nye mama hehe.. faham2 jer lah kekawan)
Bahan-bahannya (klik pic utk besarkan)

Cara memasaknya :D
p/s Nabil tiada dalam gambar ni sebab bed mood tak dapat makan dulu sebelum buka hehehe... sibuk nak makan dulu tanpa tunggu kakak nak buka, jadi saya tegur lah tu yg merajuk... tapi 2 kali juga tambah spaghetti kakak masak ni :D