JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 18 November 2015

Apabila Saya Disahkan Sakit "TIROID"

Assalamulaikum kekawan..

Pada hari Isnin tempohari saya pergi berjumpa doktor pakar bagi rawatan susulan saya masuk wad tempohari entri ini setelah 4 hari saya berkampung di situ.
Apabila jumpa dengan doktor tu saya membawa segala hasil xray dan CT Scan. Doktor kata tak perlu dah tu Yati.. saya tahu apa sakit awak. Apa sakit saya doktor. Mengikut keputusan darah ini awak di sahkan sakit "Tiroid".. Apa sakit itu doktor.. ada bengkak di kelenjer leher awak.. doktor pun memeriksa leher saya, tapi tiada bengkak, doktor kata mungkin disebelah dalam. 
Sekarang awak kena makan ubat tiroid ni sekurang-kurangnya 1 1/2 tahun, terperanjat saya.. lama sungguh bergantung pada ubat..
Doktor kata awak cuba ubat ni dulu.. jika ada naik ruam-ruam bermakna ubat ni tak suai dengan awak dan berhenti makan.

Balik dari hospital saya pun google apa itu sakit tiroid dan penawarnya..
Macam2 yg saya dapat info.. sambil tu saya masuk juga kat wasap group kawan2 pejabat.. rupanya ada seorang  adik tu menghidap tiroid.. mula2 dia makan ubat doktor tu tapi tiada kesan sangat , jadi bertukar kepada rawatan alternatif memakan minyak kelapa dara, habatussauda dan hemoephati, Alhamdulillah, apabila dibuat ujian darah, tiroidnya semakin baik.







Apa itu tiroid?

Tiroid adalah satu kelenjar endokrin yang mengeluarkan hormon tiroksin atau T4  dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea  dan saluran makanan. Hormon tiroid berfungsi mengawal metabolisme badan.Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir keseluruhan badan serta merbahaya pada kesihatan. Penyakit ini selalunya lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.



Tiroid terbahagi kepada dua iaitu:


1. Hipertiroid

* Kadar hormon tiroid berlebihan dan terlalu aktif. Hipertiroid berpunca daripada penyakit auto imun. Hipertiroid berlaku apabila kalenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang banyak.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:



  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata terbonjol
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

2. Hipotiroid

* Berlaku disebabkan penyakit auto imun atau Hashimoto selepas seseorang individu menjalani pembedahan. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapt dihasilkan dengan baik.

Tanda-tanda orang yang menghidap Hipotiroid



  • Keletihan
  • Kelesuan atau pergerakan lambat
  • Depresi mental
  • Mengalami masalah ingatan
  • Berat badan meningkat
  • Sembelit
  • Intoleran sejuk
  • Rambut dan kulit menjadi kering
  • Kelihatan bengkak di sekeliling mata
  • Haid yang banyak

Pelbagai pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiroid ini. Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiroid dan kelenjar adalah penyakit yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah, ianya disebabkan oleh lebihan hormon.

Walaupun pakar berlainan pendapat tentang penyakit ini, niat dan tujuan mereka tetap satu, iaitu untuk mengetahui dan mengubati penghidap penyakit tiroid dan bengkak kelenjar.

Biji Aprikot Pahit Rawatan Alternatif Tiroid

Bukan biji aprikot sahaja yang boleh mengecutkan tiroid, tumor atau sebarang jenis kanser atau ketumbuhan sel yang abnormal tanpa kawalan.

Durian belanda, bidara, belalai gajah, kunyit, lempoyang, kunyit putih, kunyit mangga, arabic gum, VCO (fermented VCO) juga boleh digunakan.

Tiroid bukan kanser tapi adalah aktiviti sel dalam kelenjar tiroid yang berlebihan sehingga kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroid T3 dan T4 lebih daripada paras normal..

Dari segi pathology tiroid boleh berlaku dalam 2 keadaan, samada hiperplasia (sel bertambah dari segi kuantiti) atau hipertropy (sel menjadi besar). Kedua keadaan ini menyebabkan kelenjar membesar dan meningkatkan aktiviti sel.

Aktiviti sel yang abnormal atau luar kawalan ini ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam DNA sel tiroid. Rawatan secara holistik alternatif yakni non-supresif melibatkan perubahan sel, tisu, organ, sistem, tubuh malah sampai tahap DNA sel.

Apa yang berlaku dalam rawatan non-supressive ini agak komplex melibatkan jaringan dan hubungan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ melaui isyarat bahan biokimia, peredaran darah, salur limfa, sistem imun dsb.

Ia memberi kesan secara langsung atau tak langsung yang spesifik atau non-specific kepada fisiologi organ, fungsi sel, perubahan pathology atau penyembuhan.

Dibawah adalah antara kesan yang berlaku semasa membuat rawatan non-supressive (aprikot, herba-herba, homeopati, diet therapy, alternative treatment) :

1. Apoptosis iaitu bahan aktif dalam aprikot yang menyebabkan sel tiroid abnormal mati  sendiri (Auto atau self cell death). Ia sangat spesifik iaitu hanya membunuh sel abnormal sahaja meninggalkan sel sihat hidup (tak seperti kemoterapi yg membunuh semua sel abnormal dan sihat). Ini ada kaitan dengan DNA transkripsi yang dicetuskan bahan aktif dalam aprikot yang menghasilkan protein yang repress (membunuh) sel tersebut. Kemungkinan peranan bahan aktif micro RNA yang ada dalam aprikot atau bahan aktif aprikot yang boleh regulate micro RNA yang terlibat dengan cell regression yang mengakibatkan apoptosis.

2. Buah aprikot  boleh  membersihkan darah, sel, sistem limfa, dan organ-organ perkumuhan. Penyingkiran bahan toksik ini daripada tubuh dapat mengembalikan aktiviti sel yang normal termasuk aktiviti DNA. Pengumpulan bahan toksik berlebihan dalam badan boleh mengubah tahap micro RNA tertentu yang boleh mengubah transkripsi DNA.

3. Membetulkan peredaran darah dengan lebih berkesan.

4. Membersihkan sistem limfa untuk mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan.

5. Membersihkan organ-organ perkumuhan untuk mengoptimumkan fungsi organ berkenaan dan menyingkirkan bahan buangan.

6. Meningkatkan sistem imun (specific and non-specific T-cell, B-cell i.e limfosit, leukosit) untuk mengawal dan membunuh sel tiroid abnormal.

7. Cytotoxic bioactives (herbal chemotherapy) yang membunuh sel abnormal secara langsung.

8. Anti-oxidant yang meneutralkan radikal bebas yang boleh mencederakan sel-sel sihat. Setiap bahan herba dan makanan asli mengandungi bahan aktif (micro RNA, bahan yang boleh mengawal micro RNA, cytotoxic bioactives, anti-oxidant, pyhto-nutrient) yang berbeza samada kualitatif (molecular structure) atau kuantitatif.

Diet penghidap tiroid

Disamping itu diet juga sangat penting dalam rawatan tiroid bagi mengurangkan simptom hipertiroid seperti debaran jantung, panas badan, kadar metabolisma badan yang tinggi dan paras hormon T3 dan T4.

Makanan yang perlu dielakkan pesakit Tiroid

1. Makanan berkafein: kopi, minuman herba dan tenaga berkafein, teh..

2. Herba kuat yang bersifat stimulant yang meningkatkan metabolisma, suhu tubuh dan denyut jantung seperti akar kayu tongkat ali, ginseng, kacip fatimah, rancang besi dsb. 

3. Minuman dan makanan kesihatan mengandungi herba dan akar kayu, ubat tradisional, ubat yang bersifat panas, perangsang seks, meningkatkan metabolisma dan suhu tubuh: kopi herba, maajun herba, viagra, sexual stimulant.

4. Segala jenis hydrogenated vegetable oils/fats (HVO): trans fat, non-diary creamer, majerin, shortening, minuman 3 in 1, minuman all in one, minuman berperisa, kek, paste, krim. HVO yang menyebabkan sel darah merah melekat yakni 'cell agglutination' yang mengakibatkan paras oksigen darah dan tubuh menurun. Ini meningkatkan beban kerja jantung lebih ketara (untuk mengepam darah ke kapilari dan sel-sel periferi) yang memang sudah sedia kuat denyutannya dalam hipertiroid kerana ia boleh merosakkan otot jantung dalam jangka masa panjang, sesak nafas dsb.

5. Makanan segera, daging lembu, makanan banyak bahan kimia dan vaksin seperti  burger, nuget, sosej, ayam goreng segera. Ia boleh meningkatkan pertumbuhan sel abnormal tiroid.

6. Kurangkan makanan deep fry (bergoreng), minyak recycle, makanan dalam tin, highly refined processed foods.


Sumber: Herbadanpemakanan.com
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/05/herba-rawatan-terbaik-merawat-penyakit.html#ixzz3rjMt1k6C


105 ulasan:

  1. Oh kes sama dgn knor, hampir dibedah. alhamdulillah skrg tk ada lgi tiroid tu..Knor minum gamat healin ..cubalh amalkn..knor cuma minum dlm 4 botol.rsanya mnis,perasa buah2an.
    Gamat healin ni cuci sel2 kita yg dh mati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. BOLEH KONGSI KAT MANA NK BELI GAMAT HEALIN TU.
      NO FON SAYA 0138990122

      Padam
    2. As salam.. nk tanya akak minum gamat healin tu yg nama produk gamogen ke?

      Padam
    3. As salam.. nk tanya akak minum gamat healin tu yg nama produk gamogen ke?

      Padam
    4. Bolh x saya nk gambar gamat healin tu?

      Padam
    5. Bolh x saya nk gambar gamat healin tu?

      Padam
    6. Salam kak boleh tau jenama apa?

      Padam
  2. Masya-Allah.. setelah sekian lama baru dpt detect ye Yati. Sedihlah kakak. Tapi kena cubalah ikut selagi termampu yg boleh ditinggal tu tinggallah Yati. Pantang makanlah yg paling susah apa lagi kita yg jadi tukang masak di rumah.

    Moga ia tak lama singgah sebab baru bermula.

    BalasPadam
  3. thanks utk info ni.. sy pon br je smlm disahkan kene tairoid ni.. ade ketulan kat leher..

    BalasPadam
  4. Abang ngah dan biras perempuan saya pon penah kene penyakit ni...diorang dah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tairoid...moga Allah bagi kesembuhan dan sehat seperti biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas operate kena makan ubat lagi tak.sebab saya dapat info dr doc sdri walau dah operate kena mkn ubt lain lak utk seimbangkan hormon tu

      Padam
  5. saya doakan agar akak sentiasa sihat.... Insya Allah

    BalasPadam
  6. terima kasih infonya semoga sakit yg dialami segera sembuh dgn rawatan yg diterima..insyaAllah jgn cpt berputus asa.

    BalasPadam
  7. Bagus juga kak kalau amalkan perubatan alternatif...
    Mcm masa Irfan kecil, doktor kata ada juga tiroid sbb selalu demam... Mmg kalau tak baik juga, nak kena buat pembedahan... Tapi kawan saya suggestkan 4Life supplement... mmg serasi dgn Irfan... terus ok sampai skrg :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Supplement ape ye....utk.baby 2 bulan sesuai ke

      Padam
  8. ya Allah kak...moga terus sembuh ya... take care.. setuju juga dgn pendapat Nurbijen tu... moga diberi kesembuhan...

    BalasPadam
  9. Allahuakbar..semoga cepat sembuh ye kak..mak falsya pun ade tiroid..now mcm dh ok skit..kalau dulu, xmakan ubat je menggigil2 mak falsya..kesian tgk..

    BalasPadam
  10. Takpe.. kalo dah tahu sakit ape senang kita nak usaha untuk berubat kan.
    skrg macam2 kaedah rawatan ade.. janji kita kena usaha. insyaAllah, Allah akan bagi jalan. Jaga diri yer kak.. rajin2 makan ubat. moga akak cepat sembuh.

    BalasPadam
  11. As/kum Yati... Terima kasih singgah dan jadi rakan blog saya... Saya pernah disahkan ada tiroid... baru lagi... Nak menangis pun ada... saya bersendirian menghadapinya. hubby dan anak-anak tak tahu... Dua kali saya berulang alik ke hospital... setelah buat ct scan semua tu... doktor tak bagi ubat pun... katanya tiroid saya masih kecil... masih boleh di kawal. Tapi saya kena berulang alik ke hospital setiap tiga bulan sekali.

    Saya give-up... tertanya2 dlm diri... kenapa doktor tak kasi ubat... tapi suruh saya dtg 3 bulan sekali semata2 untuk buat scan saja... Sekali scan dah berapa kena charge... sekarang ni saya cuma jaga makan saja. Seeloknya elakkan makan terlalu kerap makan makanan laut dan sayur seperti culiflower dan broccoli... iitulah makanan yang saya suka sebelum saya di sahkan ada tiroid... dan saya dah kurangkan... Skrg saya rasa tiroid saya semakin mengecil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam Sweetie,
      Terima kasih follow back blog akak..
      Ohh sayur tu memang kegemaran akak tu sweety..
      Selepas ni akak memang kena jaga makanan..
      Terima kasih sweety berkongsi pengalaman dengan akak ..
      Sekurang2nya dapat membantu akak..

      Padam
    2. saya amalkan makan biji habatusauda ...alhamdulillah tyroid ada perubahan makin kecil..rajin minum air suam.

      Padam
    3. Berapa byk kna mkn ya..sy baru bli yg biji2 tu bukan kapsul. Tp x tau dosnya. Tolong share sis..tq

      Padam
  12. semoga akak deiberi kesihatan yang baik

    BalasPadam
  13. Jenis yang mana satu? Hyperthyroid atau hypothyroid?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak jenis Hyperthyroid tu DZ..
      Ada penawar utk akak cuba tak..

      Padam
  14. Saya pernah kena masa remaja. Tp hypo jer. So, mkn ubat ikut nasihat dok. Setahun.mkn...ok dah. Tp iyerlah...masa tu badan kuat lg kak...remaja lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mase tu umur brpe kene tyriod. Ank umur 16 thun skrg

      Padam
  15. Kawan saya dulu ada sakit ni CH.... Badan dia jadi susut, mmg nampaklah . Tak per CH....insyaallah, yakinlah tyrod awak ni akan sembuh nanti. Ikut nasihat doktor disamping rawatan alternatif.

    Huh...mak ni kalau dicheck mau jugak ada penyakit agaknya....huhu

    BalasPadam
  16. saya baru 2 bulan tahu ada sakit tiroid nie... 2 pn disebabkan saya ada eye effection disebabkan contact lens... doc amik darah semua result darah bagitahu saya ada tiroid.. skg makan ubat tok sebiji sehari..

    BalasPadam
  17. saya baru 2 bulan tahu ada sakit tiroid nie... 2 pn disebabkan saya ada eye effection disebabkan contact lens... doc amik darah semua result darah bagitahu saya ada tiroid.. skg makan ubat tok sebiji sehari..

    BalasPadam
  18. Saya da 16thn disahkn ada tiroid..pnh kne tiroid storm kne thn kt icu seminggu..knangkn ank3 kuat kn jgak alhamdulillah umur pnjg lgi..skrg mcm da mls nk mkn ubt dr...nk cbe alternatif lain..sye hipertiroid..mkn ubat lme sgt..jntung ade lbng sikit..ade x ubat yg sesuai utk sye..

    BalasPadam
  19. Saya da 16thn disahkn ada tiroid..pnh kne tiroid storm kne thn kt icu seminggu..knangkn ank3 kuat kn jgak alhamdulillah umur pnjg lgi..skrg mcm da mls nk mkn ubt dr...nk cbe alternatif lain..sye hipertiroid..mkn ubat lme sgt..jntung ade lbng sikit..ade x ubat yg sesuai utk sye..

    BalasPadam
  20. saya baru rasa simptom2 ni...debar, gigil tangan, kemurungan tak tau apa dipikirkan. bilabaca di blog2...saya yakin saya adalah pesakit tiroid. sekarang saya pagi2 makan zinc, vit e, malam makan lecithin. baru makan 2 hari, nampak kurang, tapi nk tambh kalsium ngn omega. apapun kita berdoa semoga kita sihat dan ceria kembali. zikirullah jgn lupa

    BalasPadam
  21. Ank sy berusia 26thn ada tiroid. Dh hampir 1th. Ada mkn ubat...tp benjolan di leherya nampak makin besar. Di mana klinik yg boleh sy bawa untuk buat pemeriksaan lajut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah puan boleh singgah blog saya mungkin dapat membantu dengan pengambilan suplemen yang betul

      Padam
  22. Salam kak dan semua yg komen..jemput singgah blog sy..ramai pesakit tiroid mencuba rawatan alternatif dah sembuh dari masalah tiroid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole tau suplemen yg sesuai utk sembuh

      Padam
    2. Saya ada simptom tiriod.apa perlu saya buat

      Padam
  23. Saya ada penyakit heperthoirod dah 5 thun.Saya bergantung pada ubat hospital saja.thairod saya kuman dlm darah kdg2 jantung berdebar tgn mengiggil...bgaimana nk hilangkan kumam thairod...

    BalasPadam
  24. Saya ada penyakit heperthoirod dah 5 thun.Saya bergantung pada ubat hospital saja.thairod saya kuman dlm darah kdg2 jantung berdebar tgn mengiggil...bgaimana nk hilangkan kumam thairod...

    BalasPadam
  25. Assalammualaikum..saya jg penghidap tyroid selama 24 thn.Jantung sy bdebar debar dn tgn menggigil.menelan pn rse susah.Skrg sy dh rse sihat..tyroid smkin kecut dn jntung dh jd normal.tyroid sy kecut sebab amlkn BE..sapu ari2 mkin lme mkin kecut.jika ada yg bminat nk tw lebih lanjut tentang ubat tu blh wspp sy 016 307 7482 -Ainn

    BalasPadam
  26. Sya. Nk share sebb ank lelaki ade tiroid.. elakkan makan telur goreng, rebus n etc kecuali telur gaul dgn mee atau nasi goreng. Elakkan makan cendawan n kacang panjang... dpt petua dri sorg pakcik ni

    BalasPadam
  27. Salam kak...sy skrg tgh tggu result TSH utk tiroid..doc suspect sy ad tiroid sbb demam x kebah2,,tekak bengkak,berdebar2...dlm msa yg sama sy ad anemia...so pemakanan mmg betul2 kena jaga..kdg2 ade mknn yg baik utk anemia,tp x sesuai utk tiroid...jd sy consume habbatussauda + madu skrg ni...ada petua tambhn x??
    Entri yg kak CH share bagus sngt..thankss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro.. mcm dgn sakit skarang.. bole Tak bgi info sya baru knee thyroid

      Padam
  28. Assalamualaikum..
    Semoga anda yang diuji musibah dgn penyakit menjadi orang yang bersabar dan lebih kuat..
    ada yang pernah bagitau saya dengan makan buah roselle(segar).. dapat kurangkan bengkak tiroid. Hari ni makan. Insyaallah esok kurang bengkak..
    Katanya lah. Wallah' hu'alam.
    Buah roselle masam rasanya.

    Jika ada pesakit tiroid yang sedang amalkan minyak kelapa dara bolehlah hubungi saya menjual vco dalam harga berpatutan..

    Minyak kelapa diproses secara tradisional seperti kaedah dulu-dulu(diperam 72 jam).tidak seperti mesin berapa saat sahaja terhasil minyak.

    Minyak kelapa yang cepat bertindak balas terhadap badan terutamanya sistem pencernaan.

    Saya mempunyai pelanggan tetap penghidap tiroid yg menjadi pelanggan setia. Terima kasih.
    Saya menawarkan harga berpatutan.

    Jika berminat sila hubungi
    019-203 5395(aisah)
    Pulau pinang.
    Penghantaran melalui poslaju
    Berdekatan boleh ...cash on delivery(cod)

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum insyallah cuba amalkan buah mahkota dewa

      Padam
  29. Bleh rekemen x buah2an pe yg baik utk hilangkan tiroid nie.. sayur ape yg bleh mkn.. tw2

    BalasPadam
  30. saya bru disahkan hidap tirod n doktor sugges operation...saya takut....tapi sebab terpaksa...saya masih berpk untuk melakukan atau tidak.....tapi bila makan memang satu seksaan sampai menangis bru boleh telan makanan....ada cara x nk hilangkan tirod tanpa operation

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya penghidap tiroid badan saya panas dan selalu letih dan kurang selera makan. Apa cara untuk atasinya ?

      Padam
  31. Asslam..hari ini 17hb okt 2018.sy baru mengalami penyakit tyroid..simtom yg diberitahu semua ada..umur41..esk nk refer keklnk pakar bedah..mohon dipermudahkan..semoga ada jln penyelesainyr tanpa melakukan operation

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh sya tahu.awk ada bgkak kat leher ke..ada dya bagi ubat atau ape2x untuk mengurangkan degupan jantung laju...sy ada tanda2x tapi xpergi chek up.lagi..

      Padam
    2. As, kum sya disahkn sakit tiroid dr bln 3 2018, idup jd x menentu, pk bkn2.. Sya stop ubt tiroid bln 7, tba jantung sya jd debar2 blik slama ni igt kn sbb gastrik, ati x sdap pegi buat chek darah tiroid jd tinggi blik.. Tlg la share n petua tuk ilang kan sakit tiroid ni

      Padam
  32. Sy pn ada simtom2x tyroid,haid xteratur,jantung jadi laju,cepat letih,xdapat tidor dengan lena.cepat nak marah.sy nak tanya kalau sy amalkn vivix syeekli tu ok x.

    BalasPadam
  33. Sya pun kna dr 2014..mkn ubt je..ade x petua atau supplement lain..jamu bole ke makan utk pesakit tiriod

    BalasPadam
  34. YaAllah bgus nya smua share kat sni.. Boleh juga try n error.. Saya dah 1thun bulan 4/18bru tahu ade hipertiroid. YaAllah ada sesiapa boleh share ape yg nak makan..

    BalasPadam
  35. Slm sy tahu yg sy Ada tiroid sjk hamil..bru 4bln hamil..MSA pegi cekup prtama bgtau doc yg KT leher RSA mcm Ada bgkak..doc sruh amik drh nk cek MCM mna..dpt Thu result tiriod SY jnis normal, tp doc suggest buat scan dlu tgok tiroid ni jnis bhaya ke X..SY tkut nk scan..huhu doc Kta scan X skit pn..mmg la X sakit tp RSA tkut..doc sruh jumpa pakar dlu dgr tklimat drpd pakar dlu..skrg SY Cuba mkn jus delima Bio Emas..bru je try X hbis lg sbtol..trtarik nk cuba dgn jus ni sbb Ada delima,aprikot,madu DLL lg Dr mknn sunnah..igt nk Cuba Biovco tp vco kna amik MSA kndungn 7bln ke ATS..dgn jus delima ni semoga diizinkan Allah tiroid ni kecut Dan X jejaskn baby & sy..Mohon doakn smua yea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum, bole tau kat mane boleh dptkan jus delima bio emas? adakah ianya bkesan utk mrawat tiriod?

      Padam
    2. Assalamualaikum leana mcm mn after consume bio emas tu berkesan.. tq

      Padam
  36. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  37. Assalammualaikum sahabat2 semua..sy sis ainn ..dn rmai yg pm btanya ttg tyroid n suplemen yg sesuai utk pesakit tyroid .ats sokongan dn persetujuan rakan2 yg lain sy telah membuka group whatsapp utk sharing pelbagai masalah rakan2 ..Dlm grp tu kita akan sama2 berkongsi ,bertanya pendapat ,share pengalaman dn sebagainya ..jika berminat blh trus click link yg sy cp kt sni ye ..dlm grp tu mmg x rmai sbb no rakan2 yg lama hilang dlm hp ..semoga grp ini mmpu bermenafaat dn mmpu meringankan pelbagai masalah bila berdepan dgn sesuatu atau kata lain UJIAN dr Allah ."SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH TEMPAT KITA MENGADU DAN BERKUASA ATAS SESUATU"..Teruskan bersabar ,berdoa ..kesembuhan itu milik Allah ..jgn berserah sebaliknya cari jln penyelesaian ..Jgn takut ,jgn risau kerana Allah ada dn bersama dgn org2 yg sabar..terima kasih😊

    yg berminat blh click link kt bwh ..;

    https://chat.whatsapp.com/F0WH6MHoFrJ0CaLq0ntmCb

    (kalau x blh click blh wspp no ni)
    0️⃣1️⃣6️⃣ 5️⃣1️⃣8️⃣ 0️⃣5️⃣5️⃣6️⃣

    jom sama2 meriahkan grp ini ..bg support kt kawan2 kita yg lain😊

    BalasPadam
  38. saya pengidap tyroid terpaksa buatradiotrapi iodin adakah ubat lain yg bolehmengelakanya

    BalasPadam
  39. Sy jg pengidap thyroid..sekadar berkongsi..skrg ni sy amalkan kapsul habb sauda & minyak zaitun..alhamdulillah keputusan ujian darah bertambah baik (normal)..semoga kita semua di dalam rahmat Allah..Aaminn

    BalasPadam
  40. Boleh saya bertanya kalau nak scan tairod adakah hanya scan luaran sahaja dileher atau di dalam mulut? Saya nak pergi scan hari jumaat akan datang..agak takut...

    BalasPadam
  41. Hai akak. Saya sakit hyperthyroid. Dah lama makan ubat so doc nak sambung treatment dgn RADIOACTIVE IODINE tapi tak dapat buat sebab pulse rate saya terlalu laju dan keputusan darah semuanya tinggi. Jadi doc tak proceed utk treatment tu takut kena thyroid storm. So,sekarang tgh bincang utk operation. Tapi banyak sgt side effect yg menakutkan mcm pendarahan semasa operation dan selepas operation,thyroid storm. Jadi dgn umur yang baru nak cecah 19 tahun,saya rasa takut nak teruskan treatment yg mcm doc suggest. Any suggestions for me?? Thanks for helping me. I hope Allah will repay your kindness towards me.

    BalasPadam
  42. Masukkan sy dlm group wsap 0142173168

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum, Saya Ada bonjolan pada leher depan Dr umur 8tahun lagi ,bila telan air liur memg Ada pergerakan turun Naik , bonjolan tu Tak membesar pernah scan di klinik pakar , Dan refer balik ke hos.gov , pada thn 2014 doc kata normal kerana tidak membesar
    Baru 2hari ni Saya perasan Ada bonjolan lain sebesar bijik guli di tempat tiroid tu , Saya kalau boleh nak elak Dr operation , sekarng Saya amalkan minum jus bawang putih sebagai makanan tambahan Saya baru try 2hari ,semoga bonjolan tu mengecut dgn sendiri

    BalasPadam
  44. Boleh masukan dalam group ws..ni no sy 0177432252..

    Isteri ada ketulan di bahagia leher sebelah depan tiroid..sye baru dapat tahu.3 bulan lepas ..doktor suruh operation.sy dan isteri cuba cari ubat kampung..kalau ada sapa2 tahu ubat untuk mengecut ketulan di bahagia leher sebelah depan..harap dapat menbantu..sy.

    BalasPadam
  45. Masukkn sya dlm grop wtsap 0162422961

    BalasPadam
  46. Blh masukkan no ni 0133366961 dlm group wsap

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun ada tyroid..mcm2 cb.. Allah izin lg..cb bg petua nk hilngkn tyroid..jenis normal

      Padam
  47. Sy mmg da disahkan ad tiroid..hipertiroid..almost 2 years...doc suggest operate..tp xde bengkak pd leher..kcik sgt..1.1 cm...

    BalasPadam
  48. Saya syorkan sapu minyak zaitun,baca ayatii shifa dekat minyak lepasni tiup sapu tiapii malam dgan pagi,insyaallah akan sembuh sebab sepupu sy dah buat

    BalasPadam
  49. mcm mana cara nak naikan balik tsh

    BalasPadam
  50. Boleh masukkn saya dalam group ws 0174163992 saya baru je kena tiroid

    BalasPadam
  51. Mohon msk kn sy dlm group wa 0199332743

    BalasPadam
  52. Saya nak dekat setahun ada tiroid. Mula2 dapat tau mmg sedih. Tiroid ni tak boleh stress2. Bila stress hormon kita akan terjejas sebab tu tirod boleh membesar. Apapun kena jaga makan n selalu positifkan diri. Saya baru amalkan doa utk kecilkan tirod. Harap2 berkesan. Buat masa ni saya takda ambil apa2 ubat. Harap ada yg sudi share ubat apa yg boleh hilangkan tiroid ni.

    BalasPadam
  53. Hi semua boleh tolong masuk kan sy dlm group ini..mulanya disahkan hidap tiroid tp check darah dok cakap normal tp baru 2 minggu ni ada ketulan di leher..ada cara utk kecutkan bengkak ni? 01116033714

    BalasPadam
  54. Sy Bru dpt results dri lab 2mggu lps ,,saja2 buat check up Masa promosi. Results sy ada toroid Dan talasemia. Aduhh tido mlm x Lena. Husband pn x tau lg. Klinik pn x pergi lgi. Ujian darah di lab adakah tepat? Boleh lah Kita share pendapat?? Pls add me 0124884304.

    BalasPadam
  55. Anak lelaki saya ada tirod besar di leher boleh kongsi cara ubat 0183774204

    BalasPadam
  56. Boleh add saya dlm group 0195599196 saya juga ada masalah tiroid dah setahun lebih. Ada multinodular goiter juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hana boleh search Di Facebook Tiroid Dan anda.. boleh follow Di situ..

      Padam
  57. Boleh add saya dlm group 0195599196 saya juga ada masalah tiroid dah setahun lebih. Ada multinodular goiter juga

    BalasPadam
  58. Salam... Saya ada multinodular goitre... Ada tak ubat yg boleh kecutkan & hilangkan begkak.. Sedih sangat kalau pikir kan kena operate

    BalasPadam
  59. boleh add sy dlm group ni x.sy pn br doc bgtaw ade tiriod.besar jgk.kdag bgkak ni sakit.0199984508

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh add sy dlm group ni x. Sy bru tau tiroid 0189080599

      Padam
  60. Saye pun ada sakit tiroid sedih sangat macam mana boleh ada sakit baru setahun kawin umur pun dah meningkat anak pun xde

    BalasPadam
  61. Sy pun ada skit tiroid tapi blm tahu yg hyper or hypo bln depan kena scan blik ada cadangan utk hilangkan atau kecutkan bengkak

    BalasPadam
  62. Ade x kt sini yang tangan dan kaki bepeluh..

    BalasPadam
  63. Sya rsa sy ada tiroid,sbb Bila tekan kt leher rsa mcm ada biji..kdg2 nk mkn rsa sakit sgt2..bila time tidoq terganggu..ada petua x utk mengecutkn or kurangkan benjolan dileher ni..sbb klu pi hospital rsa kena operation..tpi sya xmau lg,sbb skrg Kita dilanda covid..risiko covid tu ada..klu bleh nk iktiar dlu..tlog bantu sy...😭

    BalasPadam
  64. Bole masok sy kt dlm group 0127978219

    BalasPadam
  65. Ada lg ke group ni..sy baru kene tyroid..bengkak di leher..doctor mintak operate..tp ada cara lain tak?..sy ada msg no di atas tp xda jwpn

    BalasPadam
  66. Assalammualaikum..sya dh 5 thun bgkak di leher.dktor siap ambik isi dlm leher lgi.tpi xdpat kesan jgk.sya tkut nk operate..ksian ank2 kcik lgi.kwan2 blh x bagi petua kt Sya..

    BalasPadam
  67. 1 April 2022.
    Sy ada bengkak tyroid kat leher..keluarga sy dah lama tegur ..sy kata ni lemak je ni😄..lama gak sebb sy tak tahu sangat pasal tyroid ni..
    Rasanya hampir 3 4 taon. Pastu atas nasihat keluarga sy pergi klinik kesihatan check darah.. result normal.buat ct scan pulak..besar jugak kat dalam. Tapi kat luar sikit je nampak bengkak nye. Mula rasa gelisah. Nangis pk je bengkak ni..ubat tak ada. Doktor mmg tk kasi ubat.Sy terus start makan supplement Shaklee. Lepas tu Doktor ambil sample tisu pulak kat leher belah kanan yg besar untuk check sama ada kanser atau tak..result 50/50..Alhamdulillah..tapi Doktor suruh buat lagi sekali utuk seblah kiri yg kecik tu pulak..mmg tk lah..sy tak nk sebb sy baru je start makan supplement. Lagi pun risiko selepas ambil sample tisu tu sama ada sesak nafas atau pendarahan. Nasib baik kali pertama tu tak ada apa2..memandangkan result 50/50, Lagi pun sy tak ada symptom demam atau pening..Alhamdulillah sihat. Tapi Doctor tetap nk juga ambil sampel belah kiri..doktor kasi sy tempoh lepas Raya. Sy ttp tak nk. Doktor mintk tempoh 3 atau 4 bln pulak..terus sy tak setuju dan doktor suruh sy sign surat yg sy tak setuju sebab sy nk cuba rawatan sendiri.Sy minta 6 bln untuk followup..Doktor kata okey..Mcm2 dah sy cuba untuk kecutkan bengkak ni.Supplement Shaklee baru 1 bln sy makan. Sekarang ni sy try maka biji aprikot dgn minyak kelapa dara. 30.9.2022 sy akan dtg balik hospital..harap susutlah bengkak ni..hari2 risau 😒

    BalasPadam
    Balasan
    1. So skrg da susut belum atau awak dah operate? Doc takut itu jd kanser kot

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)