Assalamualaikum kekawan :)
Buat Puding Karamel ni pada hari jumaat lepas, masa tunggu en suami balik kerja untuk balik kekampung, jadi pagi tu lepas kemas rumah dan kemas kain baju untuk balik kampung tu, teringin pulak nak makan Puding Karamel.... nak cuba pulak resepi yg lain pulak... sebelum ni saya ada mencuba tapi tak jadi, hancur berdorai huhuhu macam berdorai airmata saya :(
Alhamdulillah percubaan kali ni menjadi yg amat menggembirakan hati saya ehe :D
gembiralah sangatkan....
Pastu saya layan pulak dengan aiskrim .... alolo lagi perghhh sedapnya.... lagi bertambah kegembiraan saya tu....
Lepas ambil anak-anak pukul 2.00pm tu... ajak mereka layan puding karamel ni... sedapnya mama makan dengan aiskrem ni... apa taknya cuaca diluar panas bukan main lagi.... dapat pulak aiskrim lagi lah... sejuk jer lalu kat tekak tu kan kekawan ye (minta maaf la ye jika ada yg telan air liur tu ye :)
Apa lagi saya mengguna dengan jayanya pemanggang ajaib saya untuk mengukusnya... 15-20 minit siap .... tu yg cepat saya memakannya... ikut resepi chef ni dapat 4 bekas ni.. dalam pemanggang tu boleh masuk dua bekas ni .... jadi dua round lah saya mengukusnya... saya ambil resepi di blog ni http://fakhruru.blogspot.com , terima kasih chef kongsi resepi yg mudah ni dan akhirnya saya berjaya membuat puding karamel ni... izin saya CP resepi disini pulak ye...
RESEPI PUDING KARAMEL
Bahannya :-
·
1 Cawan Gula
·
1/2 Cawan Air - utk karamel
·
1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti
kurangkan masa kukus yek*
·
5 Biji Telur
·
1 Tin Susu Cair
·
Esen Vanilla
PROSEDUR MEMASAK
·
Tuang gula di dalam kuali/periuk
& hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
·
Bila gula dah bertukar
keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak
berketul
·
Padamkan api
·
Tuangkan gula hangus tersebut di
dalam bekas yg uolss sediakan mcm Chef guna tue
·
Jangan lar tuang semua gula dalam 1
bekas.. Ingat nak buat puding gula hangus ker? (-__-)"
·
Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas
·
Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu
bilik & we'olss ke step seterusnya pula
·
Pecahkan 5 biji telur & pukul
ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
·
Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu
Cair dgn api yg sederhana
·
Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan
Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
·
Kacau utk melarutkan gula tersebut
& padamkan api
·
Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan
bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau
bagi sebati
·
Tapiskan adunan tersebut agar tiada
sebarang benda asing
·
Barulah tuangkan adunan Susu + Telur
+ Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi
·
Ikut sukatan uolss lar berapa banyak
uolss nak letak.. Ada Chef kisah! Ahakz! =P
·
Kukus dalam tempoh 20-30 minit
Cara saya mengukus didalam pemanggang tu :-
Cara saya mengukus didalam pemanggang tu :-
- Isikan air kedalam pemanggang separuh paras tu.. tutup tunggu hingga air mendidih.
- Kemudian baru dimasukan bekas puding tu kedalam pemanggang, tutup dan masakan dalam masa 15-20 minit, tengok jika belum masak boleh tambah masa mengukus.
- Selepas tu tunggu sejuk sebentar baru dimasukan kedalam petiais. Apabila elok mengeras puding tu baru diterbalikkan.
sedapnya kak... sy pun dah lama tak buat puding karamel.. last buat masa bln puasa aritu.. elok jadinya kukus dlm pemanggang tu ye.. lom pernah cuba lg kaedah kukus..
BalasPadamAlhamdulillah Madiha, Elok pulak jadinya.... lembut jer ;)
Padammenarik nyer kak... ermmmm kena pk semula la nak rembat pemanggang ajaib ni... hari tu xnk beli sbb rasa x reti guna... bnyk kegunaan rupanyer...
BalasPadamAkak dulu pun macam tak nak beli Lia.... pastu byk pulak bloggers yg tayang magic pan tu dah tergoda... pastu murah pulak Kat Langkawi tu ;-)
Padamhohoho sangat magic kukus tu disitu.. terbaikk...
BalasPadamTersangatlah magic pan tu Masya ;)
Padamwow.....tengok je....dah telioq nie......bak lah sepotong.....
BalasPadamakak bagi dua potong Yan ehe ;)
PadamKalau lah ko masih duduk kat area rumah mak dikuang tu..dgn muka tak malu aku dtg minta sebekas...
BalasPadamHahaha ada2 jer ko Aini.. ;)
PadamKegemaran my hubby ni. Lama dah tak buat. Nanti nak buatla utk dia. Buat bentuk hati tu mcm comel jer...
BalasPadamEn suami akak pun suka.. tu lah akak mencari resepi yg mudah... Alhamdulillah jumpa pulak resepi ini... tertunailah hajat dihati... ;)
Padamtahniah kerana berjaya kak..saya tak pernah berjaya..huhu..buat gula hangus pon tak reti..ada ke??
BalasPadamUsaha lagi Mar ...insyallah berjaya. Cuba pulak resepi yg ni ye ;)
PadamSalam..nampak sedap puding karamel tu....nyaman jer mkn time br kuar esbok :)
BalasPadamtgk puding ni tiba2 rindukan angah...feveret dia...huhuhu.....
BalasPadampeberet suamiku ini.. ooo onampak mudahjer yerk.. ajaib laktu...
BalasPadamfuhh...telan air liur je la...mmg kegemaran noe ni...
BalasPadamdah cubaikut resepi ni..fuhhhh sodap...alhamdulillah menjadi...suami pulak yg x suka sbb ada telur katanya....
BalasPadamdah cubaikut resepi ni..fuhhhh sodap...alhamdulillah menjadi...suami pulak yg x suka sbb ada telur katanya....
BalasPadamAssalammualaikum.. saya baru je beli pemanggang ni. Tapi x pandai nak pakai. Minta tunjuk ajar dari akak boleh??
BalasPadamTq singgah.. selalulah berkunjung ke blog akak.. boleh aja nak tunjuk ajar fiza..
Padammana nk dptkan bekas bentuk love tu..puding cntik n menarik slps siap ..
BalasPadamBekas love beli kek Anis Coklat Moist tu TN
PadamSis sy amek rcipi sis..da cba..sdp..tq ya
BalasPadamTengok gambar je pun dah yummy!!! Kalau makan lagi lah syok. Sedapnya.. Nikmatnya...
BalasPadamFirst time buat menjadi sedap pulak tu..
BalasPadamThanks ror the share...bru nak try buat nie...harap harao menjadi la...
BalasPadamKukus dlm pemanggang ajaib? Good idea.boleh try
BalasPadamwww.rahsiaummi.com
wahh sedap ni..hikhikk senang pulak tu..
BalasPadamBETUL BETUL BETUL
BalasPadamwoww..nmpak menarikk..boleh cube nih..
BalasPadamtapi
WAJIB BACA NI -----> PCOS Dan Peluang Kehamilan
tak pernah try buat sendiri..minta izin share resepi yer..tq
BalasPadamIbu Riana Onlineshop
mekasih kak tuk resepi ni..saya nak try la hehe
BalasPadamKak.. yg asen vanila tu masuk bile
BalasPadamMasuk ditelur tu
Padamsalam. tepung kastard tak guna ke??
BalasPadamTak guna
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkena tutup ke bekas tu masa kukus??
BalasPadamnak tanya,kalau guna full cream milk dutch lady boleh ta?
BalasPadam1/2 cawan tu mcm mne...
BalasPadam1/2 cawan tu mcm mne...
BalasPadam