Assalamualaikum dan salam sejahtera kekawan.. mesti seronok bercutikan.. kalau yg menyambung cuti hari ini lagi lah seronok... 5 hari direct bercutikan... Nasi Jagung ini saya bukan buat semalam tetapi pada hari sabtu lepas.. memenuhi permintaan hero saya yang seorang tu...
Bila dia mula bertanya "Mama bila nak makan nasi mentega ?"
"hehehe.. tahu lah mama tu.. ni mesti nasi minyakkan" tanya saya balik..dan saya nak tengok dia makan banyak buat lah apa yang di pinta...
Maka jadilah nasi jagung yang sungguh sedap pada tekak Nabil dan 2 orang kakaknya.. maka bertambah-tambahlah makan dia orang...
Nasi Jagung |
Nasi jagung ni saya regukan dengan ayam ungkep, sayur campur dan rendang kerang... aduh bukan anak jer yg bertambah makan, mama dia pun sama bertambah-tambah makannya hehehe :D
Ada yg tergoda dan terliur tengok makanan diatas... hehehe "iye ke ada yang tergoda?"... biasa jer kan.. tapi kawan saya komen di FB " Ni kenduri ke lunch?" hahaha
Jom kita tengok resepi nasi jagung yang sangat mudah disediakan... boleh lah nak cuba cuti 3 hari ni nanti.. tapi cuti 3 hari ni saya pun ada jemputan kenduri kahwin... makan rumah orang kendurilah nampaknya :D
RESIPI NASI JAGUNG
Bahannya
- 3 cawan beras
- 3 cawan air
- 1 cawan air jagung (tapi air jagung dari tin tu)
- 1 cawan susu cair
- 1/2 tin jagung manis
- 1/2 inci halia*
- 3 biji bawang merah*
- 3 biji bawang putih*
- 2 sudu besar minyak sapi
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji bunga cengkih
- 1 incin kayu manis
- 1 kiub perasa ayam
- garam secukup rasa
Caranya :-
- Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bahan hiris, bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
- Selepas itu masukan air, air jagung,susu,kiub perasa ayam, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.Kemudian masukkan nasi kacau sedikit dan alihkan kedalam rice cooker.
- Apabila nasi hampir masak masukkan jagung kedalamnya dan kacau bagi sebati sedikit, kemudin tunggu nasi masak.
- Bila nasi sudah masak barulah nasi digemburkan sedikit.
- Sedia untuk di hidang bersama menu pilihan anda :))
Senangkan ... Selamat Mencuba :D
assalam..mmg terlur pun tgk menu lunch tuh..
BalasPadamlama x dengar org masak ayam ungkep..huhu
Akak masak ayam ungkep ni terliur tengok blog kak ratna tempohari masak ayam ungkep ni.. tu yg cuba :D
Padamwowww... marbelesssss... terbaik lah! =D
BalasPadamJomm Kella cuba masak pula :D
Padamsedap je Kak... pernah makan nasi jagung ni, bos masak kan..hehe..BOs org Muar sllu lah dpt makan ini semua..
BalasPadamnnti nak cuba jgk kak.. hubby mesti suka ni..;)
En suami akak pun bertambah makannya Atie... memang sedap katannya... :D
Padamnampak sedap.......boleh rasa tak... kak yati.......selalunya yan masak pulut jagung.....nasi belum pernah cuba.....lepas nie...kot....
BalasPadamSedap Yan... cubalah buat.. terasa manis jagung tu :D
Padamaduilaaa sis. sedapnya tgk but nak mebuatnya tu...alahai.
BalasPadamkenapalah kita ni tak rajin mcm sis ek? T__T
Senang ajer.. Rose cubalah.. mesti sedap Rose buat daripada akak nanti :D
Padam