JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 16 April 2013

Berjaya juga menghabiskan :)

Memang tabah sungguh Si Hanan ini... bila bab sedih dengan saya sekali menangis... sungguh menghayati saya dengan jalan cerita novel... yg amat saya bangga dengan penulis ini, memberi saya info yg amat bermanfaat buat saya... mengikut al quran dan hadis untuk bergelar seorang muslimah yg sejati untuk dunia dan akhirat... 



SINOPSIS
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

18 ulasan:

  1. sy mmg hebat tang menanges time baca novel ekekekeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe sama dgn akak... suka nangis smpi en suami pun heran :D

      Padam
  2. bila baca novel ni..nak cepat-cepat habis...nak tau lastnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni ikut Dan jer... Bila sempat Baca... tu yg berbulan baru habis hehehe

      Padam
  3. OKje malas baca novel CH...hehe buruk perangaikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okje, tengok movie jer... akak ikut sempat jer nak baca novel ni ;-)

      Padam
  4. Macam best je buku ni Kak..
    nti try2 cari di Kedai Buku sini..
    banyak pengajaran nya...

    BalasPadam
  5. tengok tajuk pun dah best nie......nak kena cari juga nie......

    BalasPadam
  6. assalam yatie..menarik rasanya cerita ni...teringin pulak nak baca...lama dah tak baca novel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Acik Erna... saya sebenarnya pun dah lama tak baca novel.. itu hari bawa anak pergi pesta buku... tu yg beli bila baca sinopsis nya mcm menarik :D

      Padam
  7. macam bess je ni...nk kena rembat gak ni...

    BalasPadam
  8. bila baca sinopsis tu, rasa skrang jugak nak baca...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)