JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 19 Mac 2014

TAUHU SUMBAT KETAM.... Yummy :)

Assalamualaikuk kekawan ... selamat petang :)

Tauhu sumbat ketam ni kalau nak buat kena weekend sebab banyak sikit kerjanya, nak goreng tauhu nya, pastu nak sumbat balik ... tapi hasil nya memang MELETOP sedapnya kekawan... makan dengan nasi putih panas... boleh bertambah nasi dibuatnya.... uittsss hilang diet saya dibuatnya...

Namun begitu bahannya tak lah susah sangat pun kekawan. Jom intai resepi dibawah...

RESEPI TAUHU SUMBAT KETAM
Bahannya :-
  • 5 keping tauhu
  • 5 keping ketam frozen food
  • 1 biji bawang besar dicincang kecil
  • 2 ulas bawang putih dicincang kecil
  • Sedikit daun bawang dan sup di cincang kecil
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada sula
  • Garam
  • 2 biji telur
Carannya :-
  1. Goreng tauhu sedikit kekuningan, tunggu sejuk sebentar, kemudian potong dua, keluarkan isi tauhu, buat hati-hati ye takut kulit tu terkoyak. Lepas tu hancur-hancurkan isi tauhu tersebut.
  2. Untuk intinya, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi, masukan ketam yg telah dicincang kecil sehingga masak. Kemudian masukan isi tauhu yg dihancurkan tadi. Tabur kan lada hitam dan lada sulah. Perasakan garamnya. Akhir sebaru dimasukan daun sup dan daun bawang, kacau sekata. tutup api.
  3. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti tersebut kedalam kulit tauhu tadi sehingga padat.
  4. Setelah tu pukul 2 biji telur tadi dengan sedikit garam. Tauhu yg telah disumbat tadi dicelupkan kedalam telur . Kemudian goreng sekali lagi.
  5. Maka siaplah untuk dihidang bersama cili sos... 



11 ulasan:

  1. kalau cicah kuah kacang pun sedap,kan..

    BalasPadam
  2. hmmm....sedapnya......boleh juga guna udang kan Kak yati.....

    BalasPadam
  3. alahai..sedapnya...terus rasa lapar..ketam tu ble tukar ngan ayam..daging kan?

    BalasPadam
  4. simple dan barang yg diguna pun sikit jer kak..tapi hasilnya buat org kenyang jd lapar balikk.. :P

    BalasPadam
  5. kalau ratah mcm tu pun sedap rasanya… nyum nyum!

    BalasPadam
  6. aduhh..niesa ni xreti makan tauhu sumbat..haha..tp xpernah lg denga tauhu sumbat ketam nih..

    BalasPadam
  7. Menarik ni.. Selalu sy gunskan ikan kembung

    BalasPadam
  8. best idea ni, guna ketam. ros pernah buat tapi inti daging kisar. tq for sharing blh try nanti

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)