JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 11 April 2014

GORENG IKAN TAMBAN KENTANG BERLADO ...sodappnyaaa :)

Assalamualaikum kekawan... moga sihat dan ceria :)



Selain ikan bilis, saya suka juga anak ikan tamban ni buat goreng, masa saya nak singgah beli ikan bilis kat tempat biasa di Pasar Tani Shah Alam tu, terpandanglah ikan tamban yg cantik ni sebab susah sikit nak dapat ikan tamban ni.. ikut musim.. jadi saya beli 1 kilo, saya suruh penjual tu bungkus 1/2 kilo, sebab saya nak beri mak di Kuang, mak pun suka ikan tamban ni

Ikan tamban - Google


Ini rupa ikan tamban tu kekawan.. memang kena rajinlah untuk membuat kulit putih silver tu..
Kekawan pernah makan ke ikan ni.. selalu kekawan masak apa ye.. saya selalu goreng dengan kentang atau tempe ke.. 
Sonang jer resepi sambal berlado saya ni kekawan :)

IKAN TAMBAN KENTANG BERLADO

Bahannya :-

  • Semangkuk kecil ikan tamban yg siap dibersihkan
  • 2 biji kentang dipotong
  • 3 biji cili merah*
  • 10 biji cili api*
  • 4 biji bawang merah kecil* (*dikisar)
  • Garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, goreng kentang sehingga kekuningan, angkat , ketepikan.
  2. Goreng pulak ikan tamban sehingga garing, angkat, ketepikan.
  3. Lepas tu baru ditumis cili yg telah dikisar sehingga wangi, letak sedikit garam ye.
  4. Kemudian selepas cili masak, masukan ikan tamban dan kentang yg digoreng tadi. Gaul mesra.
  5. Siap untuk dimakan bersama nasi putih panas.. perghh memang bertambah makan tu ehe :)


22 ulasan:

  1. Silap beli jadi liat kan .. ke atau cara masak tak betul..tapi memang sedap kalau dapat jenis yang masin sangat..

    BalasPadam
  2. ikan tamban saya suka goreng garing. krup krap krup krap nanti

    BalasPadam
  3. Assalam
    Lauk sahur bln puasa ni
    Mkn dgn nasi panas2 baru masak sedap
    Blh tambah sepinggan lg

    BalasPadam
  4. biasanya noe goreng je Yatie...

    BalasPadam
  5. Dah lama sy tak makan ikan tamban ni kak..kecik2 dulu arwah ayah suka sangat beli ikan ni... sedap bila makan goreng garing2...:)

    BalasPadam
  6. Ini lauk kesukaan anak aku yg kedua tu T..dlm sebulan tah berapa kali aku meladokan kentang Tamban/Bilis ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samo dgn anak aku Nee.. buek lak podeh.. lagi bertambah mkn eh ;)

      Padam
  7. sedapnya tambannnnn.... goreng garing2..pehh

    BalasPadam
  8. mcm ikan masin kan?

    haha..buta ikan..tp rasa kenal ikan ni. eh ke salah?

    BalasPadam
  9. Idah tak pernah beli pun... :D tapi ikan goreng berlado memang superb...!

    BalasPadam
  10. Salam ziarah Dan ukhwah. Pekena dgn nasi panas2. ada kari sket, fulamak, mentua lalu buat2 tak nampak heheheh

    BalasPadam
  11. sedap ye....telah add anda sebagai follower..ahli yang ke 276..tqvm

    BalasPadam
  12. ikan ni memang sedap goreng garing-garing... dah masuk kentang dengan pedas cili ni lagi la kak oiii...mau bertambah makan

    BalasPadam
  13. salam...thks alot dah sudi singgah di blog putri...^_^

    BalasPadam
  14. goreng garing2 campurkan bawang dan lada hijau hiris ,dah diangkat bubuh kicap saja pun sedap yatie...akak sesekali goreng dengan tepung berempah goreng garing....x pandang dah lauk pauk lain.

    BalasPadam
  15. Suke .... Sesuai buat waktu sahur ... Nyum ... Nyum ...

    BalasPadam
  16. Kalau yg segar or kering nza suka yg goreng garing2. Mkn dgn nasi panas2..sedap.

    BalasPadam
  17. ikan banyak tulang dan sisik hehe...so saya cuma sesekali ja belik ikan ni..yg masin punya..makan dgn pulut dan kelapa..

    BalasPadam
  18. memangler sedapni.. kalau der berlado ladonimemang sedap... makan tak hengatni...

    BalasPadam
  19. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)