JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 16 Disember 2014

ROTI JALA MODEN

Assalamualaikum kekawan.. selamat petang ...

Ini kes baru balik sekodeng FB.. ehe :)

Tengok resepi Roti Jala Moden ni macam mudah jer... apa lagi 

save dulu kat sini.. nanti senang kita cuba pulak ye..

RESEPI ROTI JALA MODEN


Bahan-bahan:
Tepung gandum 3 cawan
Air 2 cawan setengah
Susu segar (optional) 1/2 cawan - kalau tak mahu letak susu letak air
2-3 titik pewarna hijau cam Ummi buat
1 biji telur
3 sudu besar mentega
Secubit garam...
Cara-cara :
-Satukan semua bahan diatas dengan whisk dan tapis bancuhan..
-Panaskan non stick pan
-Lenserkan dengan minyak zaitun atau minyak masak biasa (celup kitchen towel dlm minyak sikit dan lapkan pan.
-Isikan adunan didalam botol sos yang bermuncung tiga . Atau kalau tiada gunakan acuan roti jala yang biasa. Bila panas paipkan adunan diatas pan secara melintang dahulu dan kemudian menegak. Saya gunakan api kecil.
-Bila permukaan adunan pucat..maknanya roti jala kita dah masak and bolehlah menggulung..Ummi rasa gulung ini ada banyak cara.
-Cara saya, lipat roti sepertiga atas dan bawah angkat dalam pinggan dan gulung dari tepi hingga ke hujung..
-Teruskan menjala hingga adunan habis..
Selamat mencuba !!!

12 ulasan:

  1. acik ada botol tu tapi tak tau guna dan tak pernah guna untuk buat roti jala pun yatie

    BalasPadam
  2. kakak beli satu je botol muncung 3 tu tak dapat nak wat warna warni ...tapi yang bagus nya senang digunakan.

    BalasPadam
  3. sura ada beli satu camni..nampaknya kena cari satu lagi..boleh wat 2 kaler..:)

    BalasPadam
  4. kreatifnya
    yg biasa tu pun mcm susah jer nk bt...

    BalasPadam
  5. Jamu mata kat sini dgn roti jala...sedapnya. br menyebut2 ni...

    BalasPadam
  6. nmpk mudah bahan pun sikit je..tp tulah kena carik botol yg ada lubang cmni dulu la..baru bley buat

    BalasPadam
  7. ha... bila nak rajin buat mcm ni lagi x tau la... hihihi\

    BalasPadam
  8. tau takpe kak yatie..mudah..warna warni pulak tu..pembangkit selera..

    BalasPadam
  9. Saya sangat suka roti jala.. Bila nak makan lagi ni..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)