JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 1 September 2015

BIG DAYS .. NURIN & NISHAM ~ 30 OGOS 2015

Pada hari minggu lepas kakak Alang saya menyambut menantu sulong, Anak kak lang yg sulong Nurin.. setelah bertunang hampir 2 tahun.. DISINI (sedih pulak tengok entri tu sebab masa tu arwah abah ada dan mak pun sihat lagi), sepatutnya dilangsungkan pada cuti sekolah bulan lima tu hari.. tetapi masa tu mak baru sebulan kena stroke.. jadi terpaksa di tangguhkan ke bulan lapan.

Pada hari khamis tu kak Alang dah bawa mak ke rumahnya.. jadi saya mula cuti hari khamis lagi utk jaga mak.. dan membantu menolong membuat gubahan hantaran utk anaknya.. 
Alhamdulillah majlis berjalan lancar .. iya lah kenduri sulong , ramai sungguh tetamu yg hadir.. abang ipar saya ni keluarganya ramai di Singapura.. pada hari Jumaat mereka telah turun ke sini..


Pagi tu pada pukul 10.30am telah diadakan majlis akad nikah.. pengantin dinikahkan sendiri oleh ayah nya.. dengan sekali lafaz.. sah lah Nurin menjadi isteri kepada Nisham.. tapi yg kelakarnya... abang ipar saya ni yg gemuruh lebih.. dia yg berpeluh-peluh masa nak menikahkan tu..

Hadiah rantai utk akad nikah ni.. (tak nampak pulak kalong tu )


Pukul 2.00 pm pulak waktu bersanding.. buat hari yg sama senangkan.. dah lah pengantin lelaki ni dari Perak.. 

Bab ni yg Nabil suka.. silat pengantin.. lepas tu ada lak pulak berlawan-lawan tu.. memang teruja lah anak2 lelaki ni kan..

Kompang ni lah yg memeriahkan pengantin dan tanda kedatangan pengantin kan kekawan.. yang bestnya bila nyanyian mereka tu ada unsur usik-mengusik utk pasangan pengantin yg duduk bersanding tu :D


Berselfie dengan pengantin ni dah jadi acara wajib ye kekawan.. ni pun saya ambil dgn kemera handphone cap ayam saya ni.. kebanyakan gambar di ambil oleh kak Nabilah.. saya banyak dalam bilik menjaga emak.. tambahan ramai juga yg menziarah mak bila datang ke majlis ni.. rumah kakak saya ni di Kg Melayu Sri Kundang, berhampiran Tasik Biru Kuang tu.. jadi ramai jemputan kak lang tu , anak2 nya adalah kawan2 mak juga.. Ada yg baru tahu mak sakit.. menangis kesedihan mereka .. 

"Semoga perkahwinan Nurin berkekalan hingga ke syurga
Barakallahu Lakuma Fii Khair"


11 ulasan:

  1. Selamat pengantin baru buat Nurin dan suami...
    semoga terus berbahagia dan bertambah tambah rezeki :)

    BalasPadam
  2. Salam Merdeka...
    wah!tahniah...tahniah... :)

    BalasPadam
  3. Selamat pengantin baru buat nurin moga berbahgia hingga ke jannah

    BalasPadam
  4. Pengantin sama cantik sama padan..semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke Jannah :)

    BalasPadam
  5. Selamat Pengantin Baru Buat Anak Buah Ko T...Semoga Kekal Hingga akhir hayat mereka...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah

    tahniah keduanya..
    P/s area s.alam boleh jer..
    Kcg tnh jer knor jual..bleh wspp knor anytime..in shaa Allah.

    BalasPadam
  7. Anak sedara yatie sorang lagi brkawen ya ....sian mak yatie tak sehat pulak dlm kemeriahan ini.
    Moga pasangn pengantin bahagia brkekalan

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... semua berjalan lancar biarpun mak tak dapat sama-sama menyaksikan tapi sekurang-kurangnya Kak Lang taklah rasa terkilan sebab mak tetap ada yg menjaganya. Sedih tu tetap sedih Yati. Mak katakan...

    Tahniah buat Nurin dan pasangan.

    BalasPadam
  9. Selamat pengantin batu buat kedua pengantin.

    BalasPadam
  10. Selamat pengantin baru buat Nurin & Nisham. Secocok nama kedua-dua pengantin *_* Saya ada baca kisah mereka bertunang tak silap. Tak sangka dah 2 tahun masa berlalu ya. Sekejapnya rasa alahai...

    Majlis kahwin ni kalau ada rewang, buat macam style kat kampung dulu-dulu memang seronoknya lain sungguh berbanding dengan majlis perkahwinan kat bandar nikan, CH.

    BalasPadam
  11. Memang nampak meriah CH.....
    Selamat Pengantin Baru buat mempelai....moga bahagia hingga ke jannah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)