JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 8 Januari 2016

Doa Hari Jumaat :: DOA BUAT KITA



بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمع
 
 Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat bersamaan 27 Rabiul Awal 1437H. Muga diberkati oleh Nya jua. Alhamdulillah. Ya Allah kami ini sering melakukan apa yg kami suka, mudahkanlah, juruskanlah dan kazimkanlah kami melakukan apa yg
Engkau suka, bukan sesuka hati kami. Dan berikanlah kami kepuasan dan ketenangan dlm melakukan nya serta dijauhkan drpd penyakit2 hati yang boleh merosakkan dan merugikan kami. Sila baca surah alkahfe di hari jumaat yg mulia ini. Muga segala usaha kita mendapat berkat serta keredhaan dari Nya jua. In sya Allah. Aameen.

Doa hari Jumaat

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari yg mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu utk melaksanakan segala tanggungjawab yg telah diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim. Jadikanlah alQuran itu penyuluh hati kami, tunjukkan jln yg benar utk kami ikuti, jelaskan perkara yg bathil agar kami jauhi, corakkan akhlak kami dgn sifat-sifat mahmudah n lindungilah kami sifat-sifat mazmumah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon
keampunan dari segala dosa kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami n seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

14 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)