JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 21 Januari 2016

PECUTAN AWAL UPSR - B. MELAYU & B.INGGERIS... mama pulak yg serammmm ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya..

Pada 17hb Januari 2016 , sekali saya dan Najeeha berpagian keluar untuk seminar Pecutan Awal UPSR bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula. Kalau tak ikut ketinggalan pulak anak saya ni. Zaman sekarang ini kalau tak ikut sama pengedaran zaman , ketinggalan kita. Dah tahun ini UPSR 2016 mengikut format baru. 

Bagi sekolah kebangsaan telah diberi soalan diagnostic untuk UPSR 2016 ini, untuk membuat kajian sama ada anak2 boleh menjawabnya. Jadi Najeeha menjawab soalan diagnostic ni di seminar tu, sebab najeeha sekolah persendirian.. Diatas tu untuk soalan Bahasa Melayu bagi kertas 1 untuk pemahaman dan kertas 2 untuk penulisan..


Ini pula soalan diagnostic untuk Bahasa Inggeris, tahun ni dah jadi dua kertas, Kertas 1 untuk pemahaman dan Kertas 2 untuk penulisan. Dibuat sama seperti kertas Bahasa Melayu, cabaran untuk anak2 UPSR tahun ini.

Ini pula sesi penerangan pada ibubapa, gambar blur sikit sebab lampu di tutup utk pancarkan slide dari guru tu..


Bila diterangkan oleh guru tu, ramai ibubapa yg menjadi seram *__*

Saya ni lagi seram .. emak dah 40 series +++ ni lagi lah tak tahu nak mengajar anak ni.. Dulu saya ambil PENILAIAN DARJAH 5 pada tahun 1980 dah 36 tahun berlalu.. sesiapa yg lahir tahun seangkatan tahu lah kan.. semua soalan objektif sebanyak 50 soalan.. Masa tu ada kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kira-Kira/Ilmu Hisab(Matematik sekarang ni), Sains Dan Ilmu Alam (Geografi sekarang ni). Darjah enam tak ada peperiksaan besar, masa tu lebih pada kokurikulam kata orang sekarang, main bola jaring, kiranya banyak bersukan jer lah darjah enam tu..

Keputusan Penilaian Darjah 5 tu keluar pada tahun hadapannya.. jadi masa tu saya cuma dapat 2A dan 3B.. yg A tu percaya tak Sains dan Bahasa Melayu.. Jadi saya pernah ditawarkan ke MRSM.
Ingat lagi masa tu hanya 6 orang ajer yg dapat tawaran ini.. jadi kena duduk peperiksaan lagi untuk masuk MRSM ni.. peperiksaan diadakan di Sekolah Rendah Aminudin Baki di Kuala Lumpur. Pagi selepas subuh saya dan arwah abah dengan menaiki motor pergi ke sekolah tu. Sampai sana saya punya lah menggigil kesejukan + ketakutan hahaha.. dalam 6 orang tu, 2 orang aje yg berjaya memasuki MRSM tu.. saya dan 3 kawan saya tu tak berjaya  huhuhu :(

Ehhhh meh sambung cerita balik.. jauh melancung.. melencung saya ni:) 
Diakhir program tu, seperti biasalah dapat lah sijil penyertaan ini..
Semoga Najeeha menjadi Permata Genius untuk UPSR 2016.
Mama hanya mampu mendoakan dan memberi Najeeha tuisyen untuk membantu najeeha menghadapi UPSR ini, usaha Najeeha itu yg perlu utk mencapai kejayaan.

18 ulasan:

  1. Yati nak tahu kakak memula tu terbaca percutian awal bukan pecutan. Asyik fikir nak cuti pulak org sibuk nak buat persediaan periksa. Apalah kakak ni Yati kan:)

    Sebenarnya tak kiralah format lama ke baru setiap kali nak ada periksa besar anak-anak memang hati kita sedikit kecut Yati. Semoga anakanda Jeeha dipermudahkan semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai kak yati..saya pun sama mcm kak zakie! Dok baca tajuk PERCUTIAN AWAL! hahaaa...

      semoga segalanya dipermudahkan utk Najeeha ya!

      Padam
  2. WALAU NAMPAK BERAT PADA YATI TAPI PADA NAJEEHA OK JER TU..MOGA SUKSES DLM UPSR KELAK..

    BalasPadam
  3. Kira ada 6 paper ye, memang risau tentang anak-anak ni. InshaAllah Najeeha terang hati akan berjaya.

    BalasPadam
  4. eh bagusnye kak...awal2 dah ade pendedahan gini...so anak murid n parents akan bersedia...lagi2 dgn format upsr 2016 ni baru.... 6A tahun nieh...aduhh sakit jiwa murid2 ngan parents...harap2 anak2 kite dpt adapt dgn bende baru nieh...

    BalasPadam
  5. mmg seram bila anak nak periksa.. mak kita dulu macam tu tak???

    BalasPadam
  6. memang seram bila anak nak periksa, mak kita dulu macam tu tak??

    BalasPadam
  7. Bagus2..setakat ni iman belum lgi ikuti apa2 seminar..bgus najeha banyak ilmu boleh dpt byk format2 juga di ajar serta tip2 ..

    BalasPadam
  8. Good luck utk Najeeha...semoga akan berjaya dgn cemerlang dlm upsr nanti.Aamiin
    Kena ready dr skrg....

    BalasPadam
  9. Kalau sebut peperiksaan semua ibubapa mengharapkan anak2 berjaya. In syaa Allah Najeeha boleh lakukan yang terbaik.

    BalasPadam
  10. nasib la dua anak saya dah lepas cuma risokan si kecik ni je sok2 kalau dah sampai masa dia nak amik UPSR camna la pulak ye...tapi tu la fikir yg positif inhsaa Allah semua ok2 je...Najeeha nampak paling cute antara kawan2 lain...moga Najeeha sukses dalam peperiksaan nanti...chaiyokkkkk

    BalasPadam
  11. Mengimbas kenangan silam masa kakak amik penilaian darjah 5 dulu dpt result yg membolehkan kesekolah berasrama ,ada ke patut kakak hantar sijil original bersama surat permohonan ....huhuu jakun betul pasal potocopy masa tu...lagipun urusan buat sendiri.

    BalasPadam
  12. Semoga cemerlang menjadi permata genius Najeeha...
    Betullah CH zaman kita mmg Penilaian Darjah 5.....Eh boleh awak ingat pulak ye ada 50 soklan....mak mmg lupa. Keputusan kita sama le weyh....Saya Math ngan BM A. Entah camne agaknya boleh dpt A....Bukan belajo pun.hihi....
    Saya pun dpt gak ujian MRSM tu. Tp tak dpt masuk punnn....
    Seronok bila ingat kisah lama kan...

    BalasPadam
  13. English dah jadi 2 paper yek.. kadang-kadang rasa kesian kat anak-anak. Tahun 6 dah tension. Kita dulu darjah 6 rileks je. :)

    BalasPadam
  14. Good luck najeeha... anak saya baru darjah 3, tapi sistem pendidikan sekarang mmg tak sama mcm zaman kita dulu... dulu pi sekolah seronok, banyak main je... sekarang anak2 pi sekolah asik stress je..

    BalasPadam
  15. assalamualaikum....

    terima kasih sudi singgah blog ciput saya.... klu berminat handsocks pm2 la saya...hehee

    Anak saya UPSR tahun lepas... result ok la jugak...anak lelaki ni lain sikit... anak perempuan rajin... insyaAllah akak najeeha berjaya....:)

    BalasPadam
  16. anak saya tahun ni UPSR jugak... huhu berdebar maklum la anak pertama.. tapi tengok dia, rilek je :-)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)