JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 14 Jun 2016

MEE WANTAN KARI UDANG GALAH... eemmmm dapnya ^__^

Salam petang yg ceria kekawan... :)


Masak macam ni dah tentu weekend kekawan.. ~__^
Ini iftar kami pada ahad tu hari kekawan..
Anak2 nak makan mee kari pulak..
Kita layan jugak lah kan..


Nak jus tembikai..
Saya layan jugak..
Air tembikai tu Najeeha yg hendak..
Jadi tugas membuat jus kita serahkan pada nya hehehe..
Nabil pula suruh tinggalkan sikit untuk makan tembikai tu..

Pergi pasar tani shah alam pagi tu..
Tengok udang galah tu selonggok dalam pinggan tu RM20.00
Adalah dalam 20 ekor kot size yg sederhana..
Tapi manis lah dibuat kuah mee kari tu..
Resepi saya cukup mudah kekawan.. tak banyak sangat bahannya ..
Sekejapan siap hahhaha.. itu pun beriya budak2 ni dan mak bapak budak bertambah hahahha..

RESEPI MEE WANTAN KARI UDANG GALAH

Bahannya :-
- 18 ekor udang galah size sederhana
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*ditumbuk
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 4 sudu besar kari daging
- 1 tangkai daun kari
- 1 biji bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- sedikit kayu manis
- 2 biji bunga cengkih
- 1 biji kentang - direbus dan dilenyek.
- 2 biji tauhu goreng yg telah dipotong 
- 2 mangkuk sederhana santan
- Air Asam jawa
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Tumis bahan tumbuk, rempah kari, bahan herba, dengan cili kering kisar sehingga naik bau wangi.
2. Kemudian masukan santan, air asam,daun kari dan kentang leyek tadi.Masukan garam juga.
3. Akhir sekali baru dimasukkan udang galah dan tauhu goreng tadi. Rasa garamnya dan asamnya, jika kurang masam boleh tambah 1/2 keping asam keping.
4. Apabila dah mendidih dan elok masaknya boleh lah ditutup apinya.

Bahan sampingan :-
- 2 keping mee wantan..direbus seperti gambar
- 1/2 bungkus mee kuning cap siti - ini kakak nabilah yg hendak.
- Taugeh dicelur
- Lada Merah dihiris
- Daun sup
- Sawi dicelur
- ikut suka kekawan kalau nak letak telur rebus.
Saya malas merebus telur tu.. bahan tu pun dah cukup hihihi

Saya suka makan dengan mee wantan sebab dia lembut ajer mee dia.. Najeeha , saya dan Nabil suka mee wantan.. yg kak nabilah nak mee mak siti dengan en suami..
Saya buat betul2 untuk makan berbuka jer.. tu yg semangkuk tu jer kuahnya.. yang pasti licin anak beranak makan..

19 ulasan:

  1. Erm. Sedapnya...twrus rindu Mee kari my mum...

    BalasPadam
  2. Aduh kak tgk aje dah teringin nak buat ni..
    Boleh buat berbuka puasa (kalau rajin) hihi

    BalasPadam
  3. adui..mi kari la pulak...sedap ni

    BalasPadam
  4. gemok udang tu..slalu mkn mee kari kerang

    BalasPadam
  5. alahai sedapnya. udang nampak segar2 jer

    BalasPadam
  6. sedap jgk bt mee kari ptg nih... tp bahan2 lak tak ckp

    BalasPadam
  7. Kak....telan ailio saya nengok. Sedapnya ☺

    BalasPadam
  8. wahhh... sedapnya mee kari wantan mee... 1st time tgk...hehe

    BalasPadam
  9. CH oh CH! Sampai hatimu buat kita terpaksa mengkopipes resepi ni. Bilalah nak buat. Kecur air liur, CH. Boleh tak nak kepam aje air liur dalam mulut? Hahaha!

    BalasPadam
  10. wow...udang galah tu mengancam la kak...dah lama lynn tak makan udang galah...last year dapat beli sekilo di rompin...memang best...

    BalasPadam
  11. Sedaplah pula tengo mee kari udang tu .. 😊

    BalasPadam
  12. sedapnyaaa...
    blh simpan resepi ni..utk cuba..

    salam ramadhan buat akak n family..

    BalasPadam
  13. Anak anak kita tak suka mee mee ni CH....diaorng nak nasi jugak sebab tulah mmg jarang sangatlah buat mee ni kalau time puasa.
    Macam murah jugak tu....udang Galah Rm20 henggit dapat 20 ketul....boleh sangat tu. Dapat sorang 4 ketul udang hihi

    BalasPadam
  14. yummy...tgk resipi ni...teringin plak nk buat....smlm pergi mydin nmpak banyak mee kuning...boleh la buat juadah esok, hr ni dah ada menunye...hehehe...

    BalasPadam
  15. Menggodanya mee kari udang galah ni..klau dekat nak ngendeng semangkok..

    BalasPadam
  16. *Testimoni pesakit kanser yang menggunakan produk keluaran En Mohd Zuhairi Bin Noordin yang berjaya sembuh.*

    Nama:Muhd Haziq
    Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4

    Nama: Cik Atirah(tunang sakit)
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama: Anak Pn Rashidah
    Kanser: Leukimia

    Nama:Haji Ahmad Hasnal, 49tahun
    bengkak Prostat

    Nama:Pn Syarifah
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama:En Muhd Muzamen
    masalah paru2

    Nama:Pn Hidayah (ibu sakit)
    Kanser usus

    Nama:En Sukrizal bin Idris
    Batu Hempedu

    Nama:Che Amat bin Saad Kanser Usus tahap 2

    Nama:Muhd Aidil Izzat, Kanser Burkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4



    Nama:Pn Uni Hamimi (anak sakit), Kanser Lymphoma tahap 2


    Nama:Pn Faridah (anak sakit), Kanser paru-paru tahap 3

    Nama:Pn Mazli (cucu sakit), Leukimia Acute ALL B CeLL

    Nama:Mohd Hamdan
    Virus kencing tikus

    Nama:Puan mastura kanser ovari ke hati dan paru paru tahap 4 dah sembuh

    Nama:Pn Nor Sabariah kanserPayudara dan Asma

    Nama: Amirah(Pn Zuraini-ibu)
    sakit Asma

    Nama:Pn Hani(anak sakit)
    sakit Asma kronik

    Nama:En Mohd Asri
    kanser usus tahap 2

    Nama:Pn Arbaayah,
    Sirosis hati tahap 3

    Nama:Muhd Luqman, Kanser Gastrointestinal stromal tumor,spindle type,high grade tahap 4

    Nama:Pn Aida (anak sakit)
    Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic ALL tahap 3

    Nama:Pn Noraini bt Yusof
    Kanser payudara tahap 3

    Nama:Pn Zalina bin Ismail Kanser payudara agresif

    Nama:Adik Muhd Afif Aksha, Kanser Lymphoma tahap 2

    Nama:Adik Muhd Ilham bin Md Mazri, Kanser Leukimia B cell acute lymphoblastic

    Nama:Mohd Syafwan bin Syafi, Kanser Leukimia chronic lymphocytic tahap 3

    Nama:Pn Zainani Azra
    Kanser payudara positif hormon tahap 3

    Nama:En. Abdul Kadir
    masalah paru-paru tersumbat kronik copd

    Nama:En Sharizal bin Taib, kanser Lymphoma B cell tahap 4

    Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah, Kanser hidung tahap 4

    Nama:Norizah bt Mohd Nor, Kanser Payudara jenis hormon tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said,
    kanser payudara tahap 2 sembuh

    Nama: Siti Nur Hidayah bt Abdullah, kanser pangkal hidung tahap 4

    Nama: Adilah bt Ghazali, kanser payudara tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said, kanser payudara tahap 2


    *Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :*

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)