JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 4 Oktober 2016

10 PESANAN IMAM SYAFIE SEBELUM MENINGGAL DUNIA..

Assalamualaikum
Helaian ilmu  303
22 Zulkaedah 1437
25/8/2016

*PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA*

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia,
beliau sempat mengajak sahabat-
sahabatnya agar membuat perubahan
jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa
yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka lakukanlah 10
perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan
mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu
menqada’kan segala kewajipan yang
tertinggal, iaitu dengan memohon maaf
daripada orang yang dizalimi, membuat
persiapan untuk mati dan merasa cinta
kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang
tabiat suka menabur fitnah, jangan
suka kencing merata,
memperbanyakkan solat tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan
Nakir, iaitu jangan berkata dusta,
sering berkata benar, meninggalkan
maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan
kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas
dalam amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang
tabiat suka mengumpat, wara’, bantu
orang beriman dan hidup dalam
suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu
menangis lantaran takutkan kepada
ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah,
membuat kebaikan kepada ibubapa dan
memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan,
penjaga syurga, iaitu redha kepada
qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima
bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu
dengan sering bersalawat kepada
baginda, berpegang kepada sunnahnya
dan bersaing mencari kelebihan dalam
beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak
manusia kepada kebaikan, mencegah
manusia daripada melakukan
kemungkaran, bencikan kepada
sebarang maksiat dan tidak melakukan
kejahatan.

*Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.* *Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.* *Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."* ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Alhamdulilah

🌟😊

Sumber : Google


Sumber : WhatsApp

p/s Kesibukan melanda ni.. selepas habis seram.. cuti lagi.. pastu kerja dah bersusun menunggu.. hihihi..
Nanti saya BW kekawan ye..

9 ulasan:

  1. Terasa diri kakak ni terlalu banyaknya kekurangan dan perlu memperbaiki sebelum mati. Takutlah Yati.

    BalasPadam
  2. Terimakasih perkongsian ini...merenung diri yang semakin senja ,adakah mencukupi bekalan nya nanti.

    BalasPadam
  3. Terimakasih perkongsian ini...merenung diri yang semakin senja ,adakah mencukupi bekalan nya nanti.

    BalasPadam
  4. SAMA2 KITA BERMUSAGABAH DIRI N MEMPERBAIKI KEKURANGAN DIRI SEBELUM BERANGKAT PULANG KPD-NYA

    BalasPadam
  5. Wkmsalam.
    Terima kasih di atas perkongsian.

    BalasPadam
  6. Moga Allah memberi kekuatan untuk menyempurnakan hak hak mereka. Terasa terbeban sungguh dengan hutang hutang yg banyak ni ....

    BalasPadam
  7. Moga Allah memberi kekuatan untuk menyempurnakan hak hak mereka. Terasa terbeban sungguh dengan hutang hutang yg banyak ni ....

    BalasPadam
  8. Banyaknya kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Semoga Allah berikan lebih hidayah dan peluang untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)