JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 5 Oktober 2016

RENDANG KERANG MUDAH DAN SEDAP 😆😊

Salam petang yang ceria kekawan.. 😆😊 ^__^

Hari ini saya cuti.. tadi habis jumpa doktor pukul 10.30am.. alhamdulillah kaki Nabil dah ok tapi kena buat juga rawatan susulan 2 minggu lagi.. lepas tu saya terus hantar sekolah.. yg saya punya appointment lagi 2 bulan.. doktor kurang dos ubat sebab jantung berdegub laju kata doktor.. baru saya teringat pagi tadi bekfes kopi di Segamat Rel hahaha.. saya ni kan doktor pesan tak boleh minum kafen .. degil sungguh saya ni kan.. bila dah sihat sikit macam tu lah..
Jom lah kita ketajuk entri ye kekawan.. masak rendang kerang tu petang ahad yg lalu.. masa cuti awal muharam.. masa tu baru balik gader2 dgn geng ladies sekolah ke Kuala Selangor .. 2H 1M.. insyaAllah saya update entri tengok helang makan dan malamnya tengok kelip-kelip.


Pagi ahad tu sebelum chek out .. kita orang gi bekfes dulu kat pekan Kuala Selangor tu.. macam2 kuih kampung yg jumpa... lepas chek out hotel terus menuju ke pantai remis.. smpi sana lebih kurang pukul 11.00am.. ingatkan nak memborong ikan tapi nelayan tak balik lagi.. jadi saya borong aje kerang 3 kilo.. sekilo RM6.00 katanya.. tu yg jadi rendang kerang tu.. saya sampai rumah pukul 2.00pm.. singgah dulu kat Dominos.. dorang nak makan pizza pulak.. 
Masak rendang ni petang dan dibantu sepenuhnya oleh chef Nabilah..😆😆😊
Saya suruh dia bersihkan kerang.. pastu rebus sekejap dan kupas kulitnya senang saya nak masak nanti.. kebetulan cili dan bawang masa buat rendang ayam pucuk ubi tu ada lagi dan santan pun ada satu kilo lagi... jom lah kita merendang..

RESEPI RENDANG KERANG MUDAH

Bahannya :
✅ 3 kilo kerang(rebus & kupas kulit)
✅ 5biji bawang merah
✅3 ulas bawang putih
✅ 1 inci kunyit hidup
✅1 inci lengkuas
✅2 inci halia
✅2batang serai dihiris
✅ 15 tangkai cili kering(rebus)
✅1 kilo santan
✅ 1 keping asam gelugor
✅ daun kunyit
✅daun limau purut
✅ 1 batang serai diketuk.
✅garam secukup rasa

Caranya :
1. Kisar cili kering dengan bawang,halia,serai,kunyit,lengkuas sehingga lumat. Kemudian panaskan sedikit minyak utk menumis bahan kisar.
2. Bila bahan kisar dah naik bau wangi masukkan santan. Kacau sehingga kuah kering sedikit .. kemudian baru masukkan kerang rebus,asam keping , garam secukup rasa.
3. Apabila hampir kering masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan serai yg diketuk. Ikut kekawan lah nak kering macam mana ye.
4. Lepas boleh diangkat dan dihidangkan.

Pagi tu Nabilah suruh saya masak nasi lemak sebab nak makan dgn rendang kerang, saya buat juga sambal tumis sardin kegemaran Nabil.. jadinya hari isnin tu sampai tengahari makan nasi lemak hahaha... ye lah mak sibuk membasuh pakaian yg gi melenjan ke Kuala Selangor 😆😆😆😊😊.

14 ulasan:

  1. Sedapnya rensang kerang..kalau masak ngan pucuk paku pun best...

    BalasPadam
  2. Wkmsalam.
    Kerang memang sedap dibuat rendang.
    Tapi harganya sekarang boleh tahan mahal.
    Yang besar boleh sampai RM8.00 sekg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bleh cari saya kalau nak kerang tp area Sabah la RM24 1kg isi kerang berasaan dgn 5 ks 6 kg kerang yg masih berkulit

      Padam
  3. waaaaaaaaaa dh berapa minggu cari kernag asik tak jumpa2
    dh mcm ngidam lak kih2...sedangkan tak peknen pun

    BalasPadam
  4. kalo part rendang ni memang malas sikit nak buatnya. haha. saya follow akak juga :)

    BalasPadam
  5. Wuiiii....syok betui noh melenjan dgn kengkawan. Kalau mak mmg tak mengharap le dapat pelepasan cenggitu tu weyh....

    Pergh...kalau rendang kerang fresh cenggini mesti lebih sedapkan.... Masa Raya Haji hari tu buat gak rendang kerang tp kerang yg dah siap kopek.

    BalasPadam
  6. Kalau rumah akak kerang ni tak sempat nak merendang ....buka kulitnya separuh dah masuk mulut .Akak suka juga rendang kerang tapi Iman ada alahan kulit akak jarang beli kerang ,udang dan seangkatan dgnnya.
    Bestnya yatie dapat beli kerang segar...tambah sedap lah rendang nya kan.

    BalasPadam
  7. Kalau rumah akak kerang ni tak sempat nak merendang ....buka kulitnya separuh dah masuk mulut .Akak suka juga rendang kerang tapi Iman ada alahan kulit akak jarang beli kerang ,udang dan seangkatan dgnnya.
    Bestnya yatie dapat beli kerang segar...tambah sedap lah rendang nya kan.

    BalasPadam
  8. Rendang kerang sedapnyaaa..
    Bab buang kulit kena tabah ni...

    BalasPadam
  9. pernah makan sekali je.. huk2...

    tapi rasa macam tak puas, sebab kering kecik2.. T_T

    BalasPadam
  10. Sedapnya rendang kerang ni, CH. Tengok gambarlahkan, rasa tak tahu dah CH tak bagi sikit ^_^

    Wah, sempat melenjan rupanya dia!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)