JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 12 Mei 2017

AIR NABEEZ 🍺 eeemmm sedapnya ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yang barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Ini yang saya buat malam tadi untuk saya mihum sahur pagi ini.. sedap sangat jom cuba..

InsyaAllah saya puasa Nisfu Syaaban hari ini.. saya walaupun tak puasa selalu juga buat air Nabeez.. lebih baik air Nabeez dari jus lemon sebagai detox.. 

Puasa dah dekat.. lagi 2 minggu ajer kan kekawan... semoga kita semua dapat berjumpa dengan Ramadhan tahun ini.. Jomlah kita buat air Nabeez untuk minum setiap kali sahur.. sunnah yang ramai orang tidak tahu.



🍺 Air Nabeez 🍻

Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.  Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

🍷Cara2 :

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik2 isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

🍹Selamat mencuba 😊

11 ulasan:

  1. Terima kasih, CH. Baru tahu. Boleh cuba lepas ni. Nak dekat-dekat Ramadhan ni, stok kurma memang banyak.

    BalasPadam
  2. Akak baru2 ni dpat tahu dari fb info air neebez ni yatie.Dah pun cadangkan pada suami utk sahur air ni ramadhan nnti ,maklumlah kedua orgtua ni kurang sehat seperti dulu bimbang menjejaskan puasa.

    BalasPadam
  3. Mesti cuba juga ni, ingat byk naw bahan2 eh, kurma je oklah, senang, amik kurma masuk je dlm air kosong, kan senang tu.

    BalasPadam
  4. saya dok blend kurma ni sekali dgn ESP shaklee

    BalasPadam
  5. wahhh terima kasih... nak try jugaklah

    BalasPadam
  6. Masa kat Bradford selalu buat sbb puasa lama..
    Tapi letak dlm fresh milk...
    Memang rasa bertenaga sepanjang hari walau puasa hapir 17 jam..
    Huwaa, tiba2 rasa rindu fresh milk kat sana :(

    BalasPadam
  7. selalu Hsna blendkan aje kurma dan esp protein.. memang bagus untuk tenaga sepanjang puasa.. tade la bad mood bagai

    btw tq for sharing this akakku..=)

    BalasPadam
  8. Nak cuba buatlah Ti....Kurma pun ada tu.
    Yelah kan selain boleh detox, dapat jugak pahala sunnah

    BalasPadam
  9. Den dah try Ti.... tapi den masuk esbok. Nanti bulan pose nak buatlah. Den guna kurma madu yg bapak mertuo den bagi dulu tu. Harap tak expiredlah kurma tu haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)