JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 8 Mei 2017

PAIS IKAN ..... emmmdapnya...😍😘

Salam petang yang ceria kekawan :)

Lama saya tak berkarya disini dengan entri masakan saya kan hihihi :) sibuk saya dalam bulan2 yang lepas ..
Masakan pais ikan ni semalam .. lihat ada pulak jual di pasar tani pagi tu.. tengok besar-besar pulak ikannya bilis putih ni.. saya beli dalam 300 gram ajer.. bila masak ni.. tentu teringat almarhumah mak suka sangat buat pais ikan dulu-dulu.. pais udang sungai pun sedap .. mana cari udang sungai sekarang ni kan..

Resepi saya cukup mudah kekawan.. resepi dari bonda yang tercinta kan.. air tangan orang tua kita memang sedap.. sekarang kita pulak... anak2 suka bila kita masak.. masa saya memanggang pais ikan ni.. aromanya menyucuk hidung Nabil.. 
"sedapnya bau ni mama, mama masak apa?" soalnya..
nampak sangat tak sabar nak makan.. 
"ini namanya pais ikan" balas saya.. nanti dah siap kita makan ye ujar saya lagi..

Jom intai resepi mudah saya ini.

RESEPI PAIS IKAN

Bahannya :-
  • 300 grm ikan bilis putih (ikut suka ikan mana yang anda suka ye)
  • 3 biji bawang merah*
  • 10 biji cili api *
  • 2 batang serai dihiris-hiris
  • 1 mangkuk kelapa parut ambil putihnya
  • 1 inci kunyit hidup* (*ditumbuk lumat)
  • 2 helai daun kunyit dihiris-hiris
  • sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Daun Pisang untuk membungkus 
Caranya :-
  1. Siang ikan dan cuci hingga bersih ..ketepikan
  2. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat. bersama garam. bila dah lumat masukan kelapa lepas tu tumbuk sehingga mesra kelapa dengan bahan tumbuk tu.
  3. Kemudian gaulkan ikan dengan kelapa yg telah ditumbuk dan masukan daun kunyit  yg telah di hiris tadi... rasa garamnya kemudian perap sekejap.
  4. Lepas tu bungkus didalam daun pisang sehingga selesai
  5. Kemudian panggangkan diatas kuali leper , saya panggang guna pemanggang ajaib tu jer, dengan api yg perlahan lebih kurang 15 minit lepas tu terbalikan dan panggang lagi selama 15 minit lagi..
  6. Bila siap di masak bolehlah dihidang... 
Senangkan kekawan hehhe... SELAMAT MENCUBA


12 ulasan:

  1. saya yang menengoknya ni pun dah kecur air liur apatah lagi nabil yang mencium baunya..hmmm sedap tu kak

    BalasPadam
  2. Dari semalam lagi tergoda tapi xmo kuar umah, abis cmner nak dapatkan ikan bilis tu UA oiiiiiiiiiiiiiiiii????

    BalasPadam
  3. Dah lama sangat akak tak buat pais ti...sedapnya.Guna ikan biji nangka pun sedap ....hihi aku xtaulah nama sebenar.Makan dengan nasi panas menyelerakan pais ikan ni.

    BalasPadam
  4. Dah lama sangat akak tak buat pais ti...sedapnya.Guna ikan biji nangka pun sedap ....hihi aku xtaulah nama sebenar.Makan dengan nasi panas menyelerakan pais ikan ni.

    BalasPadam
  5. sedapnya kak pais... tp dana tak penah bt sndiri or mkn yg guna ikan billis... biasa penah mkn ngn ikan tenggiri or ikan tongkol

    BalasPadam
  6. nampak sangat sedap....putih btul bilisnye yea...jarang rietta jumpa yang putih bersih mcm tu....

    BalasPadam
  7. Tak pernah lagi makan pais ikan ni...

    BalasPadam
  8. CH, biasanya pais yang saya buat warnanya merah (warna lada merah) dan pedas. Seingat saya tak pernah pulak saya guna kelapa parut. Yang ini memang tak pernah cubalah tapi saya memang suka masak pais macam ni, CH. Tengok gambar pun dah terliur. Nak cari jugalah ikan bilis besar ni nanti!

    BalasPadam
  9. Yang saya tau ni dinamakan otak-otak...org Serkam Melaka dulu2

    BalasPadam
  10. Yang saya tau ni dinamakan otak-otak...org Serkam Melaka dulu2

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)